Kitanya merancang, Allah juga yang menentukan segalanya. Alhamdulillah, selesai 3 minggu komitmen dengan kumpulan koir UR.
Perjalanan yang tak mudah, tetapi Alhamdulillah, dapat pengalaman yang indah, mengenali staf dari jabatan lain, berlatih bersama-sama demi menjayakan pasukan ini.
Moh la simpan kenangan di sini untuk dikenang di masa hadapan. Hello, panggung PUSKEB. Setelah kena sidai oleh JKKNS dengan macam-macam tarikh, akhirnya dapat masuk semula berlatih di panggung ni untuk pertandingan akhir.
Cikgu yang dirindui. Haha.
Terima kasih cikgu, banyak curahkan ilmu tentang muzik kepada kami. Minta maaf tak dapat bagi MENANG.
Kesayangan semua ni walaupun perangai macam-macam ragam. Terima kasih tetap bersama sehingga ke akhirnya.
Majlis Bacaan Yasin dan Doa selamat memohon keberkatan dariNya untuk pasukan kami. Namun, tiada perkenanNya. Mungkin ada yang lebih baik lagi rezeki untuk kami selepas ini.
Terima kasih anak-anak kerana memahami passion kami dan sentiasa support. Siap nangis ya makpak tak menang =(

Tiada ulasan:
Catat Ulasan