Jumaat, 30 Oktober 2026

27 tahun persahabatan


Teknik Port Dickson, 1999-2000

Persahabatan bukan tentang siapa yang kamu kenal paling lama, tetapi tentang siapa yang selalu 
ada dan tidak pernah pergi walaupun masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri =)

I hate hostel life, tapi tak pernah benci kawan-kawan yang sama-sama berjuang untuk terus kekal waras berada di asrama untuk menuntut ilmu walaupun seniornya hmm tah apa-apa.

Kami berempat ni tingga di area Negeri Sembilan je, tapi tu lah, kalau berjumpa tu, hanya time raya. So this year, kita try ajak ngopi di petang hari. Moh kita! Macam biasa, I selalu jadi yang pertama sampai.


Cikgu Hajar, melangkah masuk dengan riangnya lepas waktu persekolahan tamat.


Dr. Anum, yang slowmo dan tenang-tenang saja walaupun lambat dan dia tinggal paling dekat dengan tempat nak jumpa.


Ekorn, yang dah edit gambar dia jadi AI, paling last sampai padahal dia yang suggest tarikh dan masa. Patutlah dia suggest 26 Oktober untuk jumpa, rupanya, Selangor cuti! 


Makan-makan, gelak-gelak sambil sambut birthday semua.


Syukran Anum, buah tangan dari Indonesia


Last minit diorang suruh bawa hadiah, I grab dari kedai yang ada di situ je lah.


Lengkap semua ada!


Dah 40a, satu kek share berempat je lah. Roti bakar pun ambil sorang satu. Haha.


Our hi-tea @ Tea Garden


Yang selalu diceritakan dalam blog ni.


Insha Allah, jumpa lagi Disember nanti =) 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan