Jumaat, 27 November 2026

Sanah helwah Yerra! ~ 8 tahun

Salam,

Ayra adalah anak buah i yang bongsu setakat ini. Kalau Maklang atau Pakcu bertemu jodoh, Insha Allah, Ayra tak jadi bongsu dah.


Oleh kerana hari lahirnya jatuh pada hari Isnin, tak boleh nak sambut sebab dia pun ada exam akhir tahun, Ommak ea ajak kami datang rumah Ahad tu. Buat makan-makan sikit katanya.


Lauk masak lemak kulit rambai by Adik Ipar. Makanan pantai timur katanya. I dulu pun pernah makan kulit rambai ni, tapi arwah nenek buat masak lemak cili padi lawankan dengan ikan.


Semua nak beli hadiah sorang satu. Ha, pi la pilih.



I masak la juga. Bawa apam kartun dengan asam pedas ayam.



Banyak juga lauk adik I masak.


The cousins! Cepat ya masa berlalu. Besar dah semua.


My siblings without Pakchu yang busy bekerja.


Ayra with Mama. Happy birthday Ayra. Moga jadi anak solehah dan jangan main mekap mamilong atau kak raneeya dah yaaa, haha. Nanti Abohmu marah.


Happy family. Moga Allah jaga selalu rumah tangga adik I ni, amin.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan