Dah masuk Oktober, cerita Ogos baru nak post.
Haha.
Orang busy camnilah. Apapun, cerita kena masuk sini juga sebab nanti nak throwback senang. ;)
1. Happy birthday Kokin!
Aktiviti sambut birthday Geng GCB! Macam biasa, create group nak prank. Kali ni nama group Kakak Rendah. Plan siapa nak beli hadiah, siapa nak order kek, bila nak pi office. Dah la Ogos banyak cuti berderet, payah betul nak selit.
Apapun, misi sukses. Terharu Birthday Girl siap speechless.
Happy birthday Kokin. Suka gambar ni. Kan main happy semua. Semoga dikurniakan umur, hidup dan rezeki yang berkat ye Kak. GCB love you. Semoga kita semua berkawan kerana Allah, dan Insha Allah sampai pencen, sampai Syurga, aaamin.
Birthday kad, tugas I. Malas nak fikir susah-susah. Print gambar tepek gini je. Haha. Dasar pemalas fikir!
Nak nangis dah lettewww tapi control. Best kan perasaan dapat buat orang happy ni.
Tema hadiah tahun ni: Body Shop. Tukang beli hadiah, Koyam
2. Farewell for Melen!
Memang last day dia time tu. So, she assumed memang dah takda apa-apa majlis dah since semua orang macam busy. Then, kak muna ajak dia pi makan kat bilik meeting sebab ada jamuan lebih, terus DITERPERANJATKAN. Haha.
Lepas majlis farewell kami sambung ngopi kat Mesa Mall.
Next weeknya pula, kami tolong dia pindah barang dari USIM ke UIAM.
Solat Maghrib kat R&R Sg. Besi kot ni. Then minum-minum sebelum meneruskan misi ke UIAM.
Selesai misi kat UIAM, ngopi pula kami lagi kat area UIAM.
Sambung balik gambar Farewell Melen. Haha. Tq korang sebab jemput I sekali. Seronok jumpa geng office lama balik.
Hadiah kenangan dari Melen untuk kami. Tq Melen.
3. Selamat Hari Lahir Ibu!
Since birthday ibu jatuh pada Raya Haji, so, petang tu kami buat makan-makan. Menu petang tu I masak nasi daging. Menu yang terpaling senang, dan ibu tak pernah buat. So, bila Ibu makan, takdalah dia komen banyak. Haha.
Suka tengok gambar ni walaupun background belakang tu haha. Muka Iman Raneeya tu memang sebijik muka Ibu I. Sweet aja tengok gambar ni.
Birthday Nenek, tapi yang nak tiup lilin, yang nak potong kek, yang sibuk, semestinya cucu-cucu lah.
Happy birthday Ibu. Semoga Ibu sentiasa sihat dan sentiasa ada bersama-sama kami semua. Terima kasih Ibu untuk segalanya. Tak dapat kami bayangkan kalau Ibu tiada. =(
Kebetulan petang raya Haji tu ada juga saudara mara yang datang ziarah, so merasalah air tangan I. Tengok gaya diorang makan tu macam sedap je, so I assumed diorang suka dan enjoyed the food.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan