Selasa, 25 September 2018

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017

Alhamdulillah, anugerah yang dah dijangka bila kau bertukar jabatan.
Terima kasih Allah, terima kasih ex Bos, terima kasih suami dan anak-anak yang sentiasa memahami dan terima kasih juga rakan-rakan Fakulti dan semua yang sentiasa memberi bantuan bila diperlukan, menegur bila silap dan berkongsi segala ilmu yang ada.
Anda semua adalah pemenang, tiada pengalah di mata Allah =)

For my record, setakat berkhidmat di Jabatan since 2009, I dah terima:

APC 2010
Anugerah Terpuji 2011
Anugerah Terpuji 2013
APC 2017
Alhamdulillah.

Jadilah. Kita pun bukan hebat mana. Anugerah yang manusia cipta. Anugerah kat sana, Insha Allah, harap ada la, aaamin.
Ada yang kata, kalau kita berkerja kerana Allah, kita tidak akan kisah tentang anugerah tapi manusia tu kan memang suka dihargai so bila adanya anugerah macam ni, kita tahulah orang hargai kerja kita.

Pada tahun ini juga, since Emcee tetap universiti cuti bersalin, so, I diberi peluang untuk menggantikan dia. Alhamdulillah, digandingkan dengan Emcee yang perpengalaman, so kita ceduk ilmu dan galas tanggungjawab dengan sebaiknya.

Semoga anugerah yang diterima tidak melalaikan kita tetapi diharap akan menaikkan lagi motivasi kerja, Insha Allah.


Tahniah juga untuk diri sendiri sebab confident level berhadapan dengan audience semakin tinggi, dah boleh control pernafasan sebaiknya bila jadi Emcee. Tahniah Ain! Haha.

Untuk seorang budak pemalu yang dulu kalau orang datang rumah dia dah lari masuk bilik dulu, selalu anxiety disorder bila kena present, dapat jalankan tugas Emcee dengan sebaiknya, memang rasa happy sangat dah. ;)

Please excuse my gemokness tak boleh sorok tu =p
Terima kasih untuk kenangan 2018 yang indah. Masih tersenyum lagi bila tengok gambar-gambar terima anugerah.

Alhamdulillah untuk segala yang dipinjamkanNya. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua, aaamin. =)

Wassalam.

2 ulasan: