Khamis, 6 September 2018

Our sweet escape: Ke Kolumpo!

Riadah waktu kerja = Sila apply cuti rehat, lepas tu buat aktiviti yang mengembirakan kau while orang lain tengah bekerja.

Apply cuti rehat tau! Jangan waktu kerja kau pergi beriadah lak. Itu curi tulang namanya =p

Haha.

Syok sebenarnya buat macam ni sebab keluar dating time orang tak ramai, lepas tu release tense sekejap sebab dapat cuti untuk beberapa jam dari penat kerja dan lelah menguruskan keluarga.

Kami memang plan nak buat macam ni tapi dulu semua sejabatan, payah lah sikit. Kang empat-empat takda, tertangguh pula operasi jabatan.

Now dah ada peluang, so jom!
Kami sarapan pagi di kedai Pak Ya, UPM dulu. I yang suggest situ. Saje nak mengimbau tempat zaman belajar dulu dan yang penting sarapan kat situ semua sedap dan banyak pilihan.

Melen memang dah list down banyak tempat menarik kat KL tapi disebabkan kejar masa dan ambil kira faktor cuaca, so lokasi pertama yang dituju adalah Taman Eko Rimba KL.

Taman Eko Rimba ni terletak berdepan dengan KL Tower dan Rumah Terbalik. So, ada tiga tempat yang boleh lawat patutnya tapi kami pilih Taman Eko Rimba je.


Walaupun satu tempat aje jadi pilihan, tapi best juga pergi sini. Tujuan utama kami keluar pun memang untuk happy happy so memang kami teramat happy lah pergi sini sebab seronok bergambar. Haha.

Life isn't about the destination, but the journey that gets us there.

Happy faces!

Jambatan gantung ni takdelah panjang mana, tapi sebab kami patah balik, takmo turun ikut jalan bawah sebab takmo lalu jalan berbukit, so kami patah  balik aja kat jambatan gantung tu.



Antara view dari jambatan gantung. Dapat lihat kehijauan dan bangunan-bangunan di KL. Sihat mata I haritu sebab banyak tengok hijau.

I post gambar ni kat FB & IG.
Memang ramai lah puji kurus.
Kahkahkah.
Kurus-kurus pun berat i masih kekal lagi 73kg ye. Harap maklum.

Meh I share teknik bergambar nampak kurus:

1. Silang kaki macam selalu I buat.
2. Bila bergambar, tangan kalau boleh biar terangkat. Jangan dedua jatuh/berada di sisi badan. Itu faktor tambah kebesaran dalam gambar.
3. Bila berpakaian, selitkan warna gelap sebab warna cerah akan buat kita nampak besar.
4. Kenal angle sendiri. Ada orang bila ngereng pun nampak besar juga. Ada orang badan dia besar, bila ambil gambar tengak pun kadang nampak slim bila pakai baju gelak. So, sila kenal angle diri sendiri.
5. Snap gambar tu janganlah dekat melekat dengan objek. Jarakkan sikit. So, takda lah tertonggok kau seketul sebiji dalam gambar tu.

Haha. Sekian.

Enjoying the view & our happy moment together! Melen mana? Dia lah yang tukang snap! =p

Selesai Taman Eko Rimba, patutnya naik KL tower. Konon nak try Sky Box.

Tapi bila memikirkan naik jambatan gantung pun, bila bergoyang dah seram, terus takut pula nak naik KL Tower. Tak dapat bayangkan duduk atas gelas see through lepas tu nak pandang ke bawah, Ya Allahhhhhhhh takut!

So, kita tukar plan pi tengok wayang cerita Pulang. So, kita ke KLCC lah sbb show time kat situ je yang kena dengan masa kami.

While tunggu masuk, kita surprise kan Melen yang akan tamat perkhidmatan. Tanjat dia. Haha. Nasib lah ada kedai kek area situ, tercapai hasrat I nak cucuk cake topper tu.

Tata Taman Eko Rimba. Next time I nak datang bawa budak-budak dan nak try jogging kat situ lak.

Kami sama sibuk dengan tourist nak bergambar kat sini. Padahal Malaysian. Kahkahkah. 

Pulang, sedih lah! Nangis tengok cerita ni. Apalah erti kapal belayar tanpa pelabuhan! Lain kali kalau sayang tu luah kan!

Haha. Emo!


Lepas wayang habis, dalam pukul 4 lebih kami keluar dari KL. Kena keluar sebelum orang balik kerja, kalau tak mereput lah kau dalam jammed.

Then sampai Nilai, having dinner together. Selesai dinner, maka semuanya kembali ke pangkal jalan.

Thank you korang for the sweet escape! Next time ada masa kita spent time together lagi ya ;)

Wassalam


4 ulasan:

  1. Wow! girl days out.
    Dah lama tak buat.
    Pernah plan juga idea ni, bercuti time orang lain kerja tapi masih sekadar planning hahaha...
    KL Eko Rimba tak pernah pergi lagi.

    BalasPadam
  2. bila dpt peluang camni mmg syok...mmg kena amik cuti jln2 ngan kwn2..kira mcm me time juga la...pernh juga buat ngan bff...kami pi spa manjakan diri pastu mkn2 hehe....eh 73kg..nmpk kurus je orgnya

    BalasPadam
  3. aku selalu je amek cuti time org lain keje...amek satu hari day off lepak2 ngan geng dari breakfast sampai hitea...latest aku keluar ngan geng pi times square pi masuk escape room..pastu masing2 gelabah tak tau solution nak kuar dari escape room tu cemana...hahaha...

    anyway, kenapa ko tak nampak mcm 73kg pun....mcm 60kg je...ke penimbang ko salah ni? hahaha...

    BalasPadam
  4. wah. seronok ni. mmg sweet escape sungguh.

    BalasPadam