Ya Allah, dah September dah!
Cepat betul masa berlalu.
Ogos ditinggalkan dengan pelbagai perkara manis yang belum sempat dicoretkan. Alhamduillah, bulan Ogos tahun ini manis aje untuk I. Dalam jatuh bangun, Dia selitkan juga sesuatu yang manis. Alhamdulillah, terima kasih Allah.
Since Raya Haji jatuh pada cuti sekolah, anak-anak I dah bising sebab bosan, asyik duduk rumah je.
Cuaca panas nak oi, kau tak tahu kalau berjalan, kang bertambah lagi orang sakit dalam rumah ni. Mak ko ni juga yang penat nak menjaga dan memantau kesihatan semorang tau!
So, Friday minggu cuti sekolah tu, I decide if result darah Azreen dan Rayeesa ok, takda denggi, dan diorang pun ok, moh la kita bawa anak-anak pergi Zoo sebab diorang suka pi situ.
Alhamdulillah, result darah kali kedua ok dan free from dengue. Walaupun abah I bising, dan I takut yang lelain lak demam nanti sebab pergi zoo dengan cuaca sekarang, I redah aje demi kegembiraan anak-anak.
Welcome to Zoo Melaka!
Ada yang tanya tak panas ke pi Zoo?
Dalam Zoo bagi I tak panas sebab banyak pokok, tapi nak berjalan ke parking kereta tu, Ya Allah, rasa panas macam terbakar tak tahu nak lari mana. Haha.
Sampai dalam pukul 10 lebih, naik tramp pusing kawasan Zoo, tapi tak cukup, Reezqy nak berjalan pula lepas tu sebab dia kata dia tak nampak animal dekat-dekat. Kita layankan aje.
Kat kandang gajah, boleh turun bagi makan gajah tapi kena bayar RM5 dulu baru dapat food untuk gajah.
Reezqy suka nau pergi Zoo. Dia kata nanti kita pergi lagi. Abang tak jumpa landak, zebra dan pig.
Pig pun kau nak jumpa ye bang! Tahu lah warna pink. Haha.
I cakap kat Reezqy, ni adik beradik pig. Tapi dia kata tak. Ni bukan. Pig warna pink takda muncung.
Ok fine!
Haha. Lawak aje I rasa Reezqy nak tengok pig. Ko dah besar nanti ko paham lah kenapa Mami gelak bang.
Giraffe Feeding. Pon kena bayar RM5. Nak bagi makan giraffe ni kena pegang daun tu kuat-kuat. Sebab dia ragut kuat juga. Daun tu pula time ambil jangan kena tanah, sebab nanti giraffe hilang selera dan tak makan daun yang dah kena tanah.
Bagi makan horse pula. Sila bayar RM5. Reezqy ajelah yang seronok participate dengan feeding animal ni. Yang kakak, geli lah, ee ada air liur, takut semua lah. So, duduk ajelah kau di tepi situ kak oi.
Lepas ke Zoo, kami ke Taman Burung yang berhadapan dengan Zoo. Harga tiket I tak ingat tapi kami dapat harga promo RM10 untuk dewasa dan RM5 kanak-kanak.
I tak suka tempat ni. Kahkahkah!
Burung terlepas aja. Siap ada yang bertenggek-tenggek atas kepala kita.
Dah terjerit-jerit I sebab takut. Dah la kuku kaki dia panjang, lepas tu sangkut kat tudung kita, terherot-herot jadinya tudung. Haishhh, stress masuk sini.
Si merak yang sombong. Mementang lawa, sombong lak dia. Tapi memang cantik warna bulu merak ni. Biru dia lawa.
Kepada merak, jangan sombong. Tak baik. Lawa tak bawa ke mana merak oi. =p
Family portrait at Zoo Melaka. Jadilah. I beli yang print kat frame boleh buat fridge magnet tu RM40. Dah selamat pun letak kat peti ais.
Kat Taman Burung. Disebabkan I jerit takut so, yang lain pun jadi takut. Dah berkepit aje semua dalam Taman Burung.
Tapi serius, seriau jadinya bila burung bertenggek atas kepala kau!
Zoo dan Taman Burung ni, memang bukanlah tempat favorite emak kau The Imans oi. Sementara kecil ni Mami layan kan ajelah ye supaya dah besar nanti tak keluar statement, abang tak pernah pergi zoo =p
bestkan gi zoo melaka...kita pun baru jer lepas pergi weekend hr tu...
BalasPadam