Rabu, 29 Ogos 2018

Aidiladha 1939H

Salam,

Alhamdulillah, walaupun Aidiladha kali ni public holiday nya sehari je dan I rasa serabut dengan macam-macam benda, tapi dapat berkumpul dan habiskan masa kualiti bersama keluarga tu, seronoknya, Allah je yang tahu. Alhamdulillah, terima kasih Allah =)


Sebelum raya, elok je husband  balik dari bersukan, dia demam. Tiba-tiba je ok. Pagi Jumaat tu dia elok je breakfast dengan I, pi sesi interview, meeting, then petang tiba-tiba badan gigil dan panas melampau.

Tak lengah-lengah, bawa ke klinik, ambil ubat. Ingatkan lepas makan ubat, rehat secukupnya, akan ok, tapi makin bertambah. I tak suka kalau suami demam. Patah sayap rasanya dan of couse, I menyampah kena drive. Kahkahkah.

Hari Ahad pagi tu, Rayeesa pula berjangkit sebab dia asyik nak berkepit dengan bapaknya. Lagi orang demam, lagi panjang merengek Dediii Dediiii. T_____T Hai la adik oi!


Pagi raya haji, Ibu dengan anak-anak perempuannya. 
Rutin kami macam biasa je lah. Mandi sunat, sediakan makanan, bergambar, lepas tu pi makan kat rumah saudara mara.
Disebabkan Aidilfitri haritu tak semua ada, kali ni, moh paksa semua bergambar.

Not proper Raya attire, tapi boleh lah. Janji ada gambar kenanga. Abah I memang tak pakai complete time raya haji ni. Dia malas nak pakai sampin sebab dia kata payah nak kencing. Haha. Dah tetua ni paham-paham ajelah.

Rayeesa on off demam. Siang macam ok, malam kan main panas badannya. Lepas bergambar, pi visit rumah paklong makcik yang dedekat dengan rumah ibu je. Jalan kaki pun sampai.

Muka tak larat suami. Dia marah panggil bergambar, tapi kita paksa juga. Ingat nak cari jubah untuk match dengan suami dan anak-anak tapi, dah busy jaga orang sakit, tak sempatnya pun. Kita pakai aje lah baju apa yang ada.

Aidiladha 2018 - Korbankan keinginan sendiri untuk berbakti kepada famili gitu. Pengorbanan juga tu kan. ;)

Wassalam.

2 ulasan:

  1. wah sempat beraya jugak ek, k lily tak balik pun sebab tak de cuti hah

    BalasPadam
  2. Salam aidiladha... :)

    Jemput join segmen di blog...

    http://seindahcerita.blogspot.com/2018/09/segmen-top-commentators-blog-nieyl.html

    BalasPadam