Rabu, 1 Ogos 2018

Rezeki dikongsi bersama

Alhamdulillah, dalam minggu ni dan minggu lepas tak putus-putus rezeki makan sebab orang belanja. Lagi nak elak makan, eh, lagi dia mendatang. Macam mana nak turun kilo nye pun!

Takpalah, kita makan sambil beringat juga. Kang tak penuhi pelawaan orang, kita kita sombong lak kan, so, moh kita!

Thank you Jab, belanja kami KFC. Ex-office mate ni. Semoga murah rezeki kau sekeluarga. Now dia dah di jabatan lain. Beberapa orang dalam gambar ni termasuk I pun dah di jabatan lain sekarang. So, bila ada peluang dapat makan semeja ni, memang mengimbas kenangan lama ajelah. Seronok je dapat gelak-gelak.

Hi kalori dan gula! Jaga diri baik-baik ye dalam badan saya =p


Terkenang-kenang sungguh Caffe Latte SR ni!
Seterusnya, kita penuhi jemputan Melen lak. Dia dah niat nak belanja kami kalau menang pertandingan yang dia join, so rezeki dia, menang lak. Maka, dikongsi la rezeki itu bersama kami di Secret Recipe. Thank you Melen. Semoga dipermudahkan urusan menuntut ilmu  kamu nanti ya!

Sekarang musim durian, so ada pula yang niat nak ajak makan durian. So, jom korang!

Durian kampung, sedap, lemak manis. Makan banyak pun tak paneh!
Kami tuju tempat makan durian yang dekat aje during lunch hour supaya tak lewat masuk pejabat. Team pelaksana kan, lambat masuk jadi isu pula. So, beringat-ingatlah kita.

Terima kasih Puan Aina belanja kami KenDURIan. Semoga murah rezeki bahagia dunia akhirat sebab belanja kami. Tak cukup korum ni sebab ada yang tak datang sebab ada komitmen lain. So, kita redah mana yang ada je lah.

Wassalam.




2 ulasan:

  1. wehhhh...aku rasa aku mcm dah lama giler tak mkn kepsi...terliur pulakkkk...grrrrr...

    BalasPadam