Biasalah, kalau majlis macam ni, yang seronok nya budak-budak. Orang tua lebih kepada nak bersembang sambil makan, sambil membawang eh!
Yey, gambar complete cucu kepada ibu abah I. 5 orang . Coming soon hujung tahun nanti, Insha Allah. Payah nak ambil gambar mereka berlima ni. Ni pun snap banyak kali, then pilih yang terpaling elok sedap mata memandang.
Ha, tengok, siapa yang beriya nyanyi lagu birthday. Hari-hari pun birthday dia. Alahai Reezqy, tengok gambor awak ni nampak comel geram ommak ko tengok. Tapi bila buat perangai, rasa nak siku-siku kan aje.
Jenuh tarik Reezqy sebab nak snap gambar tiga orang yang sambut birthday ni. Aatef 4 tahun (1 Julai), Haikal 3 tahun (22 Julai), Rayeesa 2 tahun (31 Julai). Happy birthday anak-anak Mami. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah ye.
Kek Rayeesa dan Aatef adalah air tangan ibu I.
Kami ada buat game juga untuk kanak-kanak. Just simple game. Then, menang ke tak menang, semua dapat hadiah. Sonang camtu. Takdelah drama nangis airmata tak dapat hadiah nanti. (Reezqy la tu yang selalu camtu =p)
Happy 2nd birthday adik! Alahaii, budak susah senyum ni. Dah besar nak jadi Profesor agaknya. Muka ketat aja. Suruh senyum pun dia bo layan.
Yang diraikan. Baby Iffat. Geram dia ni. Bam bam sangat. Berat 7 kilo. Pegang lama-lama longoh tangan.
The support sytem! Penyeri majlis aje sebenarnya. Haha. Missing hajar (balik mandi) dan Ella (pi kenduri). Kalau tak orang inilah yang paling sibuk dalam majlis-majlis gini. Kahkahkah. Makcik I yang baju songket hijau. Yang seorang lagi tu menantu sulung dia.
Star of the day! Menu paling laku keras ni. Jemaah surau lepas baca doa pun tuju yang ini dulu.
Musim buah-buahan, maka moh lah sedekan buahan yang ditanam oleh arwah emak. Terima kasih emak dan ayah. Tanaman dulu membuahkan hasil yang lumayan tahun ni. Dapat kami semua makan dan bersedekah. Semoga tenang arwah emak dan ayah di 'sana', aaamin.
Trademark pakcik I kalau kenduri, air dia mesti paling sikit 4 jenis, paling banyak berjenis-jenis. Kahkahkah. Tu pun, orang surau dah sampai, dia tak sempat nak blender kedondong untuk buat air kedondong asam boi.
Kambing aqiqah, tiga ekor lagi buat lauk, sekor golekkan.
Kudapan sampingan, aiskrim.
Pelbagai kuih moden dan tradisional sebagai pencuci mulut.
Gambar game untuk kanak-kanak lagi. Ada banyak, tapi cukuplah tepek dua kat sini. Tepek gambar ni sebab belakang tu ialah rumah tempat I membesar. =)
The lauk pauks yang semuanya masak sendiri dan kuih muih lagi.
Wassalam.
meriah...senang celebrates skali....kambing bakar yummmm
BalasPadammeriah sungguh menu2nya...masak sendiri pulak tu...terbaek lah...
BalasPadamair pun kemain meriah...mcm2 jenis ko...hebakkk
wahh meriahnyaa :)
BalasPadam