Isnin, 27 Ogos 2018

All the best Melen!

Teringat lagi masa first time interview budak ni untuk post Research Assistant kat department lama, my first impression on her, putihnya dia ni!

Haha.

Sabah baka la kau bah!
Mau tak putih melepak.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tak sangka kami boleh jadi sangat rapat berempat walaupun ada time tak sependapat.
Kopi dan pantry menyatukan kami.
Dan banyak lagi benda yang selalu kami kongsi dalam group whats app.
Dari yang serious kepada merapu, dari bab gosip, shopping, makanan dan tah apa-apa aje tah, ada aje lah.

Topik paling  berat adalah luahan perasaan bab kerja. Kahkahkah!
Kerja kan, ada up and down.
Tu lah gunanya ada kawan. Boleh share luahan perasaan.
So, takdelah meroyan kat media sosial =p

Time I bertukar jabatan dulu pun, si Melen ni gigih buat farewell video =p
Tq Melen, suka gila I ada video farewell ;)

We start with simple a hello, but ended with a complicated good bye =(
Sedih sebenarnya dia pergi. Tak dapat dah  keluar lunch sesama. Takde dah orang nak lawat kita kat department baru ni.
Haha!
Dah macam bercinta gamaknya =p

Melen selalu terlibat dengan program department lama selama setahun dia kat sana. Banyak lah benda dia belajar. Jenis ringan tulang, independent buat kerja, tak banyak bunyi bila diminta tolong, pandai bawa diri dan matang, sebab tu semua orang senang kot dengan dia.

Geng pantry, geng kurus, geng kutu RM150 haha

Our sweet memory. Gigih pi ambil gambar kat studio. Dapat lak geng yang jenis suka bergambar, hambik kau, semua kena paksa rela. Paksa paksa pun, kami enjoy je. Tengok balik gambar ni, gelak sensorang je. Kenangan indah untuk dikenang gitu.


Rindu nanti nak lunch sesama. Harap ada masa kita spent time together la ye. Kurang sorang, bila nak keluar pun rasa tak best je.

Kenangan paling best untuk I bekerja dengan Melen ni,  of course la pergi organize seminar kat Oman dulu. Serabut handle program, share bilik kat sana sebab I takmo tidur sorang, breakfast like a King kat hotel, shopping kat Matrah Souq, bergambar sampai lebam, haha. Tq Melen for gambar-gambar cantik dan pinjam telinga untuk setiap luahan!

Kenangan terindah kami berempat, ada banyak tapi yang terpaling best tak sempat nak buat posting lagi. Spend time together kat KL time kerja! Haha. Kerja gila tapi  berbaloi sbb kami enjoy dan happy =)


Dec, 2017 - Muscat, Oman
Semoga perjalanan Ph.D kau dipermudahkan Melen dan dipertemukan jodoh yang boleh membahagiakan kau dunia akhirat, aamin. =) Jangan lupakan kami. Rajin-rajin lah turun Nilai jenguk kami yang lebih tua ni.

Semoga ukhwah persahabatan antara kita juga akan kekal berpanjangan, Insha Allah.



1 ulasan:

  1. Salam perkenalan Ain,
    Best bila kita dapat gang serasi kannn.. Sama macam LZ kitaorang gelar #ganglunch sebab lain department tapi during lunch hous kami hanya akan berkumpul.. All the best to Melen juga..

    BalasPadam