Khamis, 16 Ogos 2018

Masakan ibu.

Last week, since husband takda seminggu, I balik kampung dengan adik.
Kalau balik kampung tu, faham-faham lah makanannya macam mana. Dengan musim buah lagi, dengan sayur ibu abah tanam sendiri lagi. Meriah betul.

Konon, I ni diet tak nak makan nasi. Tapi bila dah hadap ulam macam ni, mana boleh kau tak makan nasi. Bertambah-tambah makan.

Ulam gini, I suka cicah dengan sambal kicah perah asam limau. Sedap yang amat makannnya.

Pucu betik lak ibu rebus dengan daun senduduk, so memang tak pahit langsung dan sedap di makan.

Jemu dah makan durian, rambutan dan manggis. Kita petiklah mulberry ibu tanam. Makan gitu pun sedap. Blend dengan fresh milk pun sedap aje I telan. Haha.

Menu fav I. Sup tulang. Lawan dengan mi sedap. Lawan dengan nasi dan sambal kicap pun sedap.

Manalah berat tak naik sekilo kan balik dari kampung =p

Wassalam.


1 ulasan:

  1. sedapnye sup tulang tu..kalo hujan dpt hirup yummmyyyy...wah mak tanam mulberry

    BalasPadam