Selasa, 31 Julai 2018

She turns 2!


Double the years, double the love, double the joy,
Happy second birthday Iman Rayeesa  my honeybunch, sugarplum
pumpy-umpy-umpkin, you’re my sweetie pie
You’re my cuppycake, gumdrop, snoogums-boogums, 
You’re the Apple of my Eye

And I love you so and I want you to know
That I’ll always be right here
And I love to sing sweet songs to you
Because you are so dear

Haha, comel je lagu Cupcake tu.

Dah dua tahun dah ko dik membesar di depan mata Mami dan Dedi, membesar dengan hiruk pikuk abang dan kakak kau dan kau pun dan terjangkit sikit perangai diorang. =p

Semoga adik sentiasa dilindungiNya selalu dan membesar menjadi anak yang solehah dan dirahmati Allah swt dunia akhirat. Aaaamin.

Kehadiran adik memang Mami dan Dedi tak plan pun dik.
Kelahiran adik pun mudah dah senang rasa macam nak beranak lagi 5 orang lagi je.
Haha.

So far, antara adik beradik, setakat ni adik easy going dan boleh bawa runding (haha, macam lah dah paham bahasa sangat). Tak kisah pun kalau abang kakak tak nak main dengan dia, dia main sorang-sorang je.

BFF dia sekarang ni ada tiga, Kayen (kain busuk), baby (doll) dan bobom (bantal busuk), yang akan diusung ke hulu hilir sebagai peneman setia. Don't worry, nama je bantal dan kain busuk, tapi tak busuk pun sebab memang cuci selalu.

Milestones untuk 2 tahun ni, antaranya (halahai anak dah tiga, tak banyak ingat, tapi Mami cuba),
  • Suka nau menyanyi. Abishi (ABC), Mami Dedi, dan lagu tinkel tinkel tar tar (Twinkle twinkle little star)
  • Boleh mengira 123 hingga 20 tapi masih pelat lagi. Kenal number. Kalau berhenti kat tol, dia akan sebut nombor yang ada kat kotak tu, 3 ke, 6 macam tu.
  • ABC pun kalau huruf sebiji-sebiji dia kenal dan boleh sebut. Kot huruf tu berlingkau semacam dia confius.
  • Binatang yang dia familiar termasuk babi (sebab dalam ABC little baby bum tu ada babi) dia kenal dan boleh sebut dan buat bunyi. 
  • Dulu tak bangun malam menyusu, sekarang, pukul tiga empat pagi kang dia bunyi, mameeeee syusyuuuuuu. Terperanjat ommak kau dik. Bangun macam kena renjatan letrik.
  • Dah pandai tiru apa kita cakap. Paling suka, oh no! (sambil tangan di dagu), no no no! babap tiiii
  • Kalau lalu kat Tesco mesti dia tunjuk dan cakap mamammm chikkk (makan nasi)
Setakat itu je lah yang Mami ingat. Kalau ada nanti Mami tambah lagi ye dik.


Wassalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan