Rabu, 18 Julai 2018

Drama tv: Jangan benci cintaku


Me: If i jadi Fika, I minta cerai je. Suami dah tak sayang kita, ada perempuan lain pula, nak tunggu apa lagi. Dia ada rupa, belajar tinggi, boleh bina kerjaya dan cari jodoh yang lebih baik lagi. Yang Husna ni pun satu, rosak imej orang bertudung. Ngade betul kacau suami orang.

Suami: If i jadi suami dia, I kahwin je dua-dua. Kahkahkah.

Me: Dasar jantannnn!!


Lelaki kan, gitulah! Senang aje dia punya solusi.

Now,  I dah terlekat pula dengan drama TV3 ni. Tu la payah kalau dah tertengok episod satu, mesti nak follow episod lain lak. Nasib lah anak-anak dah tak minta kartun dah time cerita ni tayang. Kalau tak, memang perang lah.

Tertarik dengan jalan cerita ni sebab satu, Zahirah tu lawa, suka tengok dia. Kedua, hero macam Aaron Aziz, so I suka. Ketiga,  watak perampas tu bertudung. Hamboiii, lepas ni mesti orang akan kata, bertudung tak semestinya baikkk.

Watak Husna tu memang menjadi betul. Kalau tak, takkan lah I yang tengok ni sakit hati.

Awal-awal episod dulu, I geram dengan Fika ni. Dah kenapa kau tinggal suami macam tu je. Ikut sangat kata hati tu. Tapi sekarang, bila dia dah bersedia untuk jalankan tanggungjawab sebagai isteri (eh, boleh ea pilih nak bersedia ke tidak walau dah ada ikataan sah) rasa kesian pula dengan dia sebab dia terpaksa bertahan sebab tak mahu suami dia tinggalkan dia. Come on Fika! Fight for your right la.

Apapun, tak sabar nak tengok endingnya nanti. Semoga yang baik-baik sahaja lah untuk Fika. Husna, I rasa mungkin ada kanser perut kot, sbb dia selalu sakit perut. =p





1 ulasan:

  1. mmg gedik husna tu..mmg minta penampar...mmg smua emo ngan perampas laki org camtu

    BalasPadam