Semalam genap 12 tahun I berkhidmat di kampeni sekarang.
Ya Allah, pejam celik pejam celik, dah 12 tahun, anak pun dah tiga!
Semalam juga berlaku tragedi sentap mak nak.
Elok lah, hadiah 12 tahun berkhidmat.
Orang PTJ baru tanya, eh, jabatan lama tak jemput ke Jamuan Raya?
Terus rasa macam entah tak tahu nak bagi reaksi apa, malu ke, segan ke, entahlah tak tahu nak kata apa. Siapa yang pernah rasa, dia tahu kot situasi tu macam mana.
Almaklumlah, I kan tak boleh move on lagi dengan Jabatan lama. Keluar lunch pun dengan orang Jabatan lama. Apa-apapun, dengan orang Jabatan lama. Eh, kau ni! Sila move on ya!
Walhal selalu pesan kat hati, bersangka baik dalam segalanya tapi semalam dia jadi macam down, sedih, rasa tak dihargai. Kau dah kenapa, ko ingat kau PM? NC lama pun orang boleh lupa gitu, inikan pula kau takat Setiausaha, ada takda sama je pun!
Oleh itu, moh la kita move on terus. Kita keluar ajelah group mana yang masih berkait lagi dengan jabatan lama. Tah apa yang I tunggu pun tak tahu lah masih wujud dalam group tu. Patutnya ambil iktibar dari ex-staf terdahulu. Tak sedar-sedar juga. Move on please!
Berbalik kepada cerita 12 tahun berkhidmat,
Sekarang di jabatan baharu, jabatan ketiga selama 12 tahun berkhidmat.
Bos, Alhamdulillah, nampak macam ok. Tak ok, pun I ok kan aje. Semoga bos ok ajelah sentiasa ya, aaamin.
Rakan sekerja, mana yang lama tu, I ok je. Kot diorang tak ok dengan I, I tak tahu lah.
Ramai gak adik-adik muda di jabatan ni. Mostly sambilan. Semoga ada rezeki diorang ni dapat tawaran kerja kontrak at least, so akan secure sikit.
Jabatan baharu I ni boleh dikatakan panas sebelum ini dengan macam-macam isu. Deal dengan foreigner ni kau faham-faham ajelah. Bila dengar dulu pun takut, bila kena masuk sini, jadi lapan juta kali takut. Siap kena ada motivator bagai bagi semangat. Kalau tak memang depress rasa nak pergi je jumpa Kaunselor kat sini.
Dua bulan dah kat sini,
Mungkin sebab staf pun ramai yang dah bertukar, rumors semua tu dulu dah takda dah I rasa.
I tengok semua bagus je, kerja teratur, staf berinformasi, officer pun mantap aje semua. Takde pun asyik lilit shawl I tengok. ;p
Teamwork pun kuat. Bos pun very humble down to earth, siap slumber chit chat dalam group whats app dan order kuih raya. Kahkahkah!
Meeting pentadbiran pun very informative. Semua yang staf patut tahu, diberitahu. My first meeting pentadbiran, siap nama I naik sebab mata CPD tak cukup! Adoi, manalah nak cari mata CPD ni.
Semoga I terus rasa selesa dan gembira berkhidmat di sini. Kita kena suka apa yang kita buat baru boleh bekerja dengan gembira. Insha Allah, semoga Allah permudahkan segalanya, Insha Allah.
Selagi khidmat diperlukan, Insha Allah, kita akan setia. If ada rezeki di tempat lain pun, Insha Allah I akan istikarah untuk menerimanya. Apapun, hargai segala apa yang kita ada, sebelum diambil Dia, Insha Allah.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan