Jumaat, 27 Julai 2018

Terlajak raya.

Syawal lama dah berlalu, tapi raya tetap bersambung siap jadi pasca raya.
Haha.
Almaklumlah, jadual masing-masing semua tak menentu, tapi dalam masa yang sama tetap nak menjamu rakan-rakan dan saudara mara juga, tu yang sampai terlajak raya tu.

Ayat, raya kan sebulan tu tak boleh guna dah untuk tahun ni sebab bulan Zulkaedah pun orang tetap sambung raya juga.

Beraya ke rumah kak ipar ketiga sambil sambut birthday Bapa mertua. Selamat hari lahir abah!

Seronok bila dapat berkumpul macam ni. Yang paling seronok dah tentulah bergosip. Kahkahkah! Yang kedua, makanan yang melimpah ruah sampai senak perut melantak.

Reezqy beraya dengan kawan-kawan tadika lepas tu sambung tidur di sekolah. I ok je anak tidur sekolah sebab tadika berdekatan dengan rumah mak mertua. In case kalau dia nangis, I minta tolong je mak mertua pi ambil.

Tapi abah I marah. I balik dibebelnya. Alah abah ni. Akak dulu pun macam tu lah. Abang tak bagi camping, tak bagi itu, tak bagi ini. Dah masuk universiti baru rasa pergi camping bah!

Berkesempatan melawat ex-officemate yang dapat baby! Tahniah Yana! Syok aje tengok orang dapat baby. Best kan bau baby!

Memenuhi jemputan raya Geng Tetampa. Kak Mas tak dapat join sebab dia last day puasa enam time ni. Thank you kak Halina for the invitation.

Raya kali ni musim buah kan, so I belasah durian, rambutan dan sate je. Walaupun sedar kalori semua tu tinggi, tapi T_____T Makanan sedap kan, mana  boleh tolak.

Kau jangan macam-macam Reezqy, nak terjun kolam lak. Kang viral abang oi, pi beraya rumah orang siap mandi kolam ikan! Haha.

See, dia mesti nak lain. Orang makan duduk, dia makan berdiri.

Kami juga berkesempatan menziarahi Paklang dan Maksu Azreen  di Subang Jaya dan Rawang sebelum pergi ke rumah Kakak Azreen (Ampang) (rujuk gambar 1).

Mak mertua memang dah banyak kali ajak pergi, tapi sebab jadual masing-masing busy (Iya mak, jadual penuh. Ain sampai tak buat open house tahun ni =p), so, lepas Syawal lah baru boleh bawa.

Anak student Arab kat sini. Comel kan? Kalau pregnant ni, kena tenung budak ni selalu, so boleh lah dapat baby ghope mix Arabian. Haha.

Gambar dua atas ni sambutan raya Office sebelah. International department. Walaupun cuba tak nak makan nasi, bila nampak nasi dagang, tak keruan jadinya. So, kita ambil juga lah sesenduk.

Sekarang selain musim durian, musim buah cherry ni juga kan. Tengah murah cherry sekarang ni. I suka fresh cherry. Haishh, terasa-rasa gigi terbenam kat buah cherry yang lembut ni.

Next, jemputan makan-makan raya rumah Kak Mas (geng tetampa). Dia masak laksa johor my favorite. Sedapnya! I makan tambah dua kali. Tengok orang pro buat, cara potong timun pun betul aje.

Anak kak mas dan anak I satu kelas. So, bila datang raya, ada ajelah projek mereka berdua.

Laksa Johor marbeles air tangan kak mas!

Time makan-makan kat rumah Kak Mas juga, Kak Najwa bawa dessert arab, Kunafa. Rasa dia cheesy pastu manis. I boleh telan, tapi tak boleh makan berulang-ulang .

Beraya ke rumah rakan sekolah teknik, Botak. Kebetulan suami dia tak sihat, kita ziarah sekali.

Last but not least, beraya ke rumah Ucu (Mak Su) Azreen di Rawang. Patutnya gambar ni kat atas, tapi jadi last lak.

Berziarah sambil makan, makan dan makan lagi. Harapnya, dengan makan banyak, berat I tak lah naik banyak =p


Wassalam.


1 ulasan:

  1. lapar la tgk menu2 tu..thn ni tkde merasa laksa johor kt mn2 open house

    BalasPadam