Rabu, 25 Julai 2018

Trenponas Reezqy

Reezqy kalau pagi-pagi, dah sarapan kat rumah makan koko krunch dengan susu, jadi tabiat dia kena berhenti kat stesen minyak beli roti krim untuk dia makan lak.

Mana lah kau tak berat bang!

Mami, nanti beli roti abang kat trenponas
Petronas lah abang

Trenpomas
Petronas! Tu bukan Petronas. Kan warna kuning. Shell.

Kalau warna hijau baru Trenpomas?
Iya, Petronas.

Kalau warna hijau gelap?
Mana ada warna hijau gelap.

Ada mami. PAS.
Haha!
Politik pun masuk juga.

Snap gambo tunjuk ke Nenek Ani, Rayeesa gigit abang. Nenek kata, padan muka sebab nenek pun tahu dah kan perangai abang macam mana =p

Reezqy, dia paling selalu kena marah sekarang ni, dulu Kakak je sokmo.

Kakak dah kurang buat perangai dah. Mungkin penat kot dengar ommak ea membebal. I pun sekarang dah slown down dah dengan kakak. Sebab dia dah ada perasaan kan sekarang. Tahu malu bila kena marah. Tahu sedih bila kita kata, kakak tak boleh buat perangai selalu, kalau mami takde nanti, siapa nak jaga adik-adik kalau perangai kakak tak betul, terus nangis sedu-sedu.
Haha.
So kita treat dia macam kawan perempuan lah. Tak boleh marah sangat dah. Kena tanya elok-elok, girl's talk. Compact powder dan lip gloss pun dah beli utk dia sendiri.
Alhamdulillah, takda dah dapat WA yang asyik ngadu perangai dia dari cikgu lagi dah.

Reezqy pula sekarang, dia punya cheeky nya, tantrumnya, eh, melebih-lebih pulak dari adik. Since I sorok handphone ni, lagi dia tunjuk perangai kat Dedinya. Dengan I dia cover lagi sebab dia tahu ommak lagi garang dari bapak kan!

Haritu Rayeesa gigit dia kat dahi. Geram agaknya ye dik. Asyik kau aje yang kena, dah geram, tu yang membalas. Reezqy ni memang suka menyakat adiknya, tapi selalu Rayeesa bo layan je. Kena bentes jatuh pun, Rayeesa rilex aje bangun jalan balik. Tapi, tah angin apa tah datang haritu, terus Reezqy mendapat.

Apalagi, meraung kuat la si abang. Padahal, bila tengok, takdelah teruk mana. Being Reezqy si attention seeker, nangis memang kena lebatlah. Baru semua orang tahu, dia tercedera kena kokak dahi dengan Rayeesa.

Kadang nak gelak pun ada ragam diorang ni. Kadang stress. I bukan boleh budak nangis-nangis ni. Kemurungan je rasa.

Tapi bak kata Azreen, time ni je lah kita hadap yang. Esok dah besar, masing-masing dah duduk bilik aje. Kita hadap muka kita sesama kita ajelah nanti.

Alahai masa, jangan lah bergerak cepat sangat please!

Wasalam.



2 ulasan:

  1. ya Allah nakalnye. haha

    BalasPadam
  2. anak no 2 mmg selalu pelik sikit peragai hehehe mcm wani no 1 lebih penyayang maybe dia kakak :)

    BalasPadam