Isnin, 23 Julai 2018

Bye bye cinta lama!


Assalamualaikum,

Dah seminggu dah amalkan green tea.
So far, so good. Takdelah teruk mana pun rasa dia.
Rasa macam minum air bewarna, tapi rasa tea dia light je pastu rasa air kosong pun iye juga, yang pasti takda rasa manis pun sebab tak letak gula.

Mula-mula haritu, tersalah beli tea.
Pi beli green tea jasmine. Minum ada bau wangi-wangi  macam bau colok India sembahyang tu. Terkulat-kulat lah nak telan tapi tetap minum juga. Lepas jumpa yang green tea pure, terus yang jasmine I sedekah aje kat pantry office.

Untuk green tea ni, brand Ahmad Tea ni I boleh telan, yang Boh punya, rasa tea dia kuat sikit, so terasa pahit tu, terus jadi trauma minum.

This time dah pandai sikit. Haha.
Beli yang green tea betul, lepas tu, beli kat Speedmart, so murah RM7 compare beli kat AEON =p

Dalam seminggu ni, ada gak tersasul terminum air manis tapi masih under control lagi.
Nak ninggalkan cinta lama kan, dah sebati dengan kau, memang payah sikit lah.
Terkenang-kenang juga rasa nescafe yang lemak manis tu, siap boleh terbau-bau kat hidung ni walaupun takde siapa pun buat kat office. Ha nampak, sampai gitu sekali struggle nya!

Ayat motivasi untuk diri sendiri: 
Come on Ain, dah 35 tahun kot kau rasa sedap nescafe tu, now sila tinggalkan untuk turunkan berat badan =)

Semoga akan terus say bye bye to air manis, aminnn.
Lepas berjaya tinggalkan air manis, slow-slow kita bye bye kat desserts (oh no!), dan juga nasi.

Bye bye cinta lama, tolong jangan goda-goda kita ye!
;)

Tak sabar nak timbang berat hujung bulan ni, harap banyak lah turun!

Wassalam.


2 ulasan:

  1. aku pun tgh slow2 tinggalkan air manis..baru seminggu buat...huhu...
    anyway, aku support ko beb...insyaAllah kita boleh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, sama la kita. Baru seminggu. Semoga kita sama-sama berjaya, aaamin..

      Padam