Selasa, 17 Julai 2018

Kena masak, tapi diet. Hmmm..

Siapa masak untuk bekal anak?
Siapa balik kerja kena masak untuk bapak dan anak?
sila angkat tangan!

Haha. Kita geng! Meh sep lima sikit.
Tapi untuk bekal anak tu, harini dah start I masak untuk bekal sendiri je sebab anak tak nak dah bawa bekal.
Dia asyik merengek tak nak bawa bekal, untuk elak dia kemurungan ke sekolah, kita tunaikan lah. Ikut ko lah kakak, janji pi sekolah happy sudah.


Tengok dalam handphone ada gambar masakan (rajin snap je, pastu peram), maka meh la kita letak dalam blog supaya anak-anak baca nanti dia tahu, Ommak ea memang masak untuk bagi korang makan ye anak-anak.

Adoi, telan air liur tengok ketupat palas tu. Even frozen je pun, I tetap suka. Bab pulut-pulut ni memang love sangat sebab tulah mengembang aje tak turun berat. Yang ni I tak masak. Kebetulan ibu bekal kan sambal bali, I frozen kan, emak mertua bekalkan rendang, I frozen juga so bila nak makan, kita panaskan aje kesemua! Senang kerja den.

Ini tak masak. Tapi mendapat buah kedondong kawan bagi. Gulp! Cicah kicap cili padi boh gula sikit lenyek belacan. Nyum nyum memang hadap sorang ajelah.

Hello my diet! I start nak cuba Atkins ya kawan-kawan. Dengan harapan boleh turunkan 10 kilo, aaaminnnn. Susu, jagung, epal sebelah, roti tabur telur. Semoga istiqomah lah hingga capai berat yang dikehendaki.

Bekal anak. Mee goreng dengan pelbagai haiwan dan tumbuhan. Yang mee masuk bekal anak. Yang haiwan tumbuhan masuk mulut Ommak.

Bekal anak lagi. Masak lemak sayur bayam di pagi hari. Lawankan dengan ayam goreng. Faham-faham ajelah pagi kan, macam-macam nak dikejar. Tangan lak ada dua je. Tak sempat nak kacau2 kuahnya tunggu didih. Mendapatlah masak lemak pecah minyak tajuk dia.

Tekak teringin. Kan musim durian sekarang ni. Kita lawankan dengan pulut dan santan. Sedap yaaaaamatttt! Hi diet! =p

Bekal anak. Roti tulurrrr. Nampak simple tapi inilah kegemaran diorang. Hari-hari bawa ni pun takpa, tapi Ommak kau tak lalu ye. Harap maklum. Lagi satu depa ni suka sangat kuewteow goreng. Pun, I tak layan sangat, sebab bukan favorite kita.

Ada satu pagi tu, bangun tidur nak makan nasi lemak. Ini gara-gara pi rumah orang, makan nasi lemak sambalnya tak kena dengan tekak. So, esok kita masak untuk tekak sendiri. Timun takda. Nak suruh suami pi pasar pagi-pagi buta memang tak la kan, so kita belasah ajelah rebus brokoli makan dengan nasi lemak. Haha. Ambil dapat je ko kan Ain!

Day 2 untuk menu ghope gini. Snacking buah. Tengahari makan roti sapu peanut butter sekeping. Malam makan buah dan susu. Workout sikit. Setiap Rabu dan Jumaat jogging.

I tak tahulah bertahan sampai bila, tapi Insha Allah I harap I tabah untuk menurunkan berat 10 kilo. Go Ain go! Dah turun 10 kilo nanti tinggal 60kg je. Lepas tu boleh slow down dah, keep exercising, then number lima come to mama! Target I ialah 58 kg dengan ketinggian 163cm. Ingat nak target 54kg berat zaman anak dara, tapi tu extreme sangat lak, so kita target 60 je lah dulu.

Dulu zaman bujang senang je nak turunkan berat. Putus cinta je tak makan seminggu, 5 kilo turun. Sekarang, putus kasih sayang sekejap dengan suami (merajuk), mogok lapar, sehari je pun bertahan, lepas tu balas dendam makan balik banyak-banyak.

Haha. Celah mana lak berat tu nak hilang kak oi! =p

Wassalam.

2 ulasan:

  1. Masak campak- campak tu memang sodap..semua kek ataih tu memang sokmo sodap la...

    BalasPadam
  2. macam lebih kurang je berat kita dengan ketinggian yang sama.
    nak diet, control makan. lepas tu suami suka menduga ajak makan bersama. bila anak makan tak abis, kita jugak yang makan. eh, nyampah berat tak turun turun.

    BalasPadam