Minggu lepas adalah sesi untuk bertemu dengan cikgu sekolah anak dan mengambil report card. Untuk Sesi Reezqy, I hadir dengan anak-anak sahaja since Azreen berkursus dan untuk sesi Raneeya, kami hadir bersama-sama ke sekolah.
Sesi pertemuan dengan Cikgu Reezqy went well dan lega hati bila cikgu kata Reezqy adalah budak yang bersemangat belajar, suka menyanyi, hafazan bagus dan pandai urus diri. Cuma ada time bila dia moody, kalau suruh buat memang dia diam je tapi cikgu minta maaf siap-siap pada I sebab cikgu kata, dia tak layan moody Reezqy dan bertegas suruh buat juga.
Ok la tu cikgu. Marah cikgu tu takat mana ajelah nak banding dengan marah ommaknya. Haha. So, I jawab ok je cikgu, kalau mana yang salah tu didik dan tegur lah dia.
Since Reezqy mula tadika pada umur 5 tahun (sama juga macam Raneeya), tengok semua subjek dia dapat A, senyum simpul I dalam hati. Alhamdulillah abang, walaupun kat rumah sampai tegang urat leher mak kau nak menyuruh kau menulis membaca, nasib kat sekolah, elok je perangai dia.
Semoga mood abang yang riang dan ceria nak pergi sekolah akan berterusan macam tu sampai masuk sekolah rendah, menegah mahupun universitas, Insha Allah ;)
Untuk sesi Raneeya, I pergi bertemu cikgu sekolah pagi dan Azreen pergi berjumpa cikgu KAFA. Cikgu dah tetapkan semua makpak untuk sesi ni tak boleh lama-lama. So, kita pun kena faham dan tanya yang perlu ajalah.
Perasaan I time tu, ada rasa nervous juga sebab ujian sebelum ni, kedudukan dalam kelas dia adalah no. 37 daripada 39. Walaupun sekarang orang dah tak tengok nombor dah, orang kira bilangan A, as a #tipikalmom haishhhh, i tetap tengok nombor juga =p
Sebelum exam haritu, I cakap kat kakak, kalau kakak nak Mami dan Dedi bawa tidur hotel, kakak kena jawab exam betul-betul dan dapat semua A tau. Lepas jawab exam bila ditanya tentang exam sama ada senang atau susah ke soalan, semua dia jawab semua ok kecuali Math.
Kesiankan anak-anak, darjah satu pun subjek dah banyak =(
Overall, Alhamdulillah, ada peningkatan untuk result exam kakak kali ni. Dari nombor 37 naik 27. Ok lah tu nakk, naik 10 tangga. =p Yang I heran, Bahasa Melayu Pemahaman dia boleh dapat B. Haha, ngikut sapalah ni? Mami tak pernah tau Bahasa Melayu dapat B ye anak!
Sesi sekolah KAFA pun result exam kakak ok. I rasa sebab dia ada basic tadika arab, so, most of the subjek markahnya ok. Cuma Sirah, cikgu kata soalan jenis banyak kena baca ayat panjang, ramai pelajar careless, so tu ramai ada yang tertinggal jawab soalan. Kes malas membaca lah ni.
Walaupun di zaman sekarang, orang kata, jangan push anak dalam pelajaran, bagi masa kat mereka, tapi bila tengok anak I struggle nak adjust diri dengan pembelajaran sekolah rendah masa awal-awal dulu, I rasa as parents, kita kena juga main peranan kita. Tak banyak sikit, kena guide dan encourage juga anak-anak. Of course kita tak nak anak kita tertinggal.
Semoga semua anak-anak kita akan sentiasa dipermudahkan urusan, dilapangkan dada untuk terus menuntut ilmu, Insha Allah.
Wassalam.
anak-anak masa kini banyak benau yang nak di pelajari, so parents jangan push sangat lah kan
BalasPadammmg kesian kan kat budak2 skrg...kemain tough subjek depa ni...aku tgk math budak2 ni aku yg stress...grrrrrr...
BalasPadam