Khamis, 13 September 2018

Beautiful Maria!

Maria adalah anak buah sulung Azreen. Time kami kenal dulu dia masih sekolah, dalam form four ke form three tah. Tak ingat. Azreen & her sangat close. Close seorang anak buah dan pak buah gitu.

Masa berlalu, sekarang kahwin dah dia.

Actually, post ni bercampur antara majlis bulan lima lepas dan majlis resepsi last week. Baca ajelah ye.

Majlis Nikah dan Resepsi  Perempuan dibuat bulan Mei lalu. Nikah, Jumaat malam, Sabtu pagi khatam Quran dan Resepsi Sabtu malam.

The Imans with Pelamin Nikah.  I banyak ambil video dari gambar malam tu. Haha. Sibuk nak update IG Stories =p

The husband lak kena jadi Pengacara majlis, so I la kena take over the kids. Dah menjaga tiga orang ni, faham-faham ajelah kan, memang tak sempat nak snap apa yang patut.

The photobooth. Kami rasmi time berinai petang tu. Bertabah lah Pak Mentua dan Mak Mentua melihatkan aksi pasangan pengantin lama ni =p

Kak Iman pun nak berinai sama. Siap tanya kenapa dia punya Inai tak sama macam Kak Maria.
Kak oi, inai pengantin tu ratus-ratus, kakak punya RM15 sudah! Haha.

Rayeesa yang tak reti duduk diam. Kejap memanjat, kejap berlari walaupun dengan memakai baju kebaya T___T

Family potrait: Reezqy macam biasa, nan hadolah nak participate. Dah mengantuk pun iya tu.

Next, resepsi. Majlisnya sangat meriah dan pengantin pun cantik sangat. Since Maria kahwin dengan seorang Kapten, faham ajelah protokolnya macam mana. Dengan muzik masuknya, diiringi askar dan pedang bagai, tapi itulah. I record video, bukan gambo. Haha.

Pak Sedara mendendangkan lagu dan puisi untuk anak buah tersayang.

Kawan Maria, dan juga merupakan student USIM. Since pengantin busy malam tu dan Faz pun nak balik cepat, dia bergambar dengan kami ajelah, Pengantin lama. Haha.

Jarak Resepsi Maria dengan side lelaki memang jauh sebab suami kena pi kursus. Lepas kahwin ditinggalkan gitu. =p

So, last week baru Resepsi belah lelaki. Ke Batu Gajah lah rombongan kami.

 With our Beautiful Maria! Cantik sangat dress. Orang sekarang kawin meletop-letop lah haihh baju. Geram tengok.

Kak Iman yang sibuk nak angatkan dress pengantin. Buatlah kak walapun tu ball gown dress, janji tercapai sudah hasrat kakak.

Part of our family yang join ke Batu Gajah. Tengok warna baju kami lain dari yang lain. Bila tanya husband, ada warna tema ke, dia kata takde. Tapi bila pi, mendapat lah kami aje yang lain.


Kami stay di homestay yang berdekatan dengan rumah keluarga pengantin lelaki. Bergambar bersama makcik, kakak dan anak buah Azreen.

The reception! Again, penuh dengan protokol juga. Lepas habis protokol askar, yang atas pentas tu dah start makan, majlis back to majlis perkahwinan biasa. 

Rayeesa since lepas baik demam ni, memang nak melekat ajelah dia. Balik dari Perak dan cuti panjang haritu, I sampai dapat sakit pinggang sebab minah ni asyik berdokong, dalam kereta berpangku.
Her happy face lepas majlis selesai! Tahniah Kak Maria! Semoga ikatan perkahwinan kekal bahagia  hingga ke syurga. Ok, dah boleh buat anak dah, tak yah hold-hold  =p

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan