Jumaat, 14 September 2018

Istana Kellie, Batu Gajah Perak

Selepas majlis kahwin Maria, kami follow pengantin pi Outdoor kat Istana Kellie.

Masa datang haritu dah perasan Istana ni, tapi sebab kami sampai Batu Gajah dalam pukul 6.30 macam tu tak berani lah nak singgah dan waktu melawat istana ni dah habis pun.

Istana Kellie ni adalah lambang cinta seorang Peladang Getah warga Scotland, William Kellie Smith untuk isterinya Agnes. Bangunan ni dibina inspired dari Istana Moghul, Agra India. Pembuat istana ni pun diimport dari Madras.

Nak tahu cerita details silalah Google =p

Pergi petang pun panas berdenting tapi time panas macam ni, kalau bergambar memang lawa lah. Natural lighting.

Oh Reezqy! Gambar kenangan ni bang. Esok dah besar, ko tengoklah perangai kau bang!



Kesian pengantin. Haha! Dapat Pak Sedara yang tengah gila bergambar dengan bendera sebab nak masuk pertandingan, memang kena kacau sokmo la pengantin nak bergambar.

 Iman Raneeya, Iman Reezqy, Athira El Zahra & Ummar Mukhtar kena paksa bergambar dengan bendera.

Pin pin pin. Pengantin lama pun nak photoshoot! Haha.

Mak Sedara, Pak Sedara dan anak-anak sedara yang buat kecoh kat sesi photoshoot pengantin. 



Sesi begambar dengan bendera lagi! Layan ajelah.

Princess Rayeesa! 
I tak pergi naik sampai atas pun time pi Istana ni. Dengan bebaju kurung, panas lagi, memang tak lah. Dah la dukung Rayeesa.

Kakak nak bergambar kat sini. Ok, save sini satu untuk kenangan.


Tiket nak masuk ke sini, Dewasa (Malaysian) RM5 (sila bawa mykad), Kanak-kanak dengan mykid RM3.

Parking pun ada yang berbayar, ada yang tak. Pandai-pandai lah pilih ikut suka nak parking di mana.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan