Rabu, 26 Mac 2014

Solat Sunat Istisqa': satu pengalaman baru.


Untuk pertama kalinya, I dapat pengalaman baru bila join Solat Sunat Istisqa'  iaitu solat memohon hujan diturunkan dari Allah s.w.t yang dianjurkan oleh pelajar di sini dengan kerjasama staf. Memula tu, macam gelabah biawak jugalah bila  officemate ni ajak pergi, siap I jujur cakap, kita tak reti lah kak. Serius, I tak pernahnya join mana-mana solat minta turun hujan ni. Tapi bila diyakinkan oleh kakak tu, don't worry nanti Ustaz ajar ditambah pula kakak tu cakap, nanti boleh rekod  dan dapat mata CPD, terus rajin nak pergi sebab fikir markah CPD masih '0' lagi. Haha. Niat ko tak pernahnya nak betulkan Koin!

Tiba hari kejadian, I google jugalah cara nak laksanakan solat tu. Kena gak tahu teori oi so  baru boleh praktik. Then, pergi pula dah macam lambat tapi even lambat, tetap dapat saf depan sekali. Ha, nampak Koin! Tuhan tu nak bagi kau ilmu, dia bukakan jalan yang mudah terus dapat duduk paling hadapan. Terus rasa diri ni bertuah. =)

Sebelum mula solat, Imam terangkan tentang solat dan cara menunaikan solat tersebut. Solat sunat Istisqa' hendaklah dilaksanakan di ruang atau kawasan yang lapang seperti di padang atau halaman masjid. Cara pelaksanaan pula sama sahaja dengan solat Hari Raya iaitu dengan tujuh takbir di rakaat pertama dan 5 takbir di rakaat kedua, dan setelah itu diikuti dengan khutbah ringkas. Maklumat lanjut mengenai solat tu boleh rujuk DISINI.

Ketika rakaat terakhir dalam solat ni juga, Imam baca Doa Qunut Nazilah. Bacaan doa Imam tu memang sangat sedih. Even doa dibaca dalam bahasa arab, tapi hati I tetap tersentuh dan air mata mengalir. Bersungguh-sungguh Imam meminta daripada Nya, dan kami sebagai makmum turut hiba dan mengaminkan doa tersebut.

Alhamdulillah, selesai solat tersebut, Imam baca khutbah ringkas. Antara isi khutbah Imam yang I masih ingat adalah dugaan itu diturunkan tanda Tuhan nak kita ingat dia dan dugaan datang juga sebagai ujian buat kita. Ketika ujian datang ni, (cuaca panas dan tragedi MH370, etc), Tuhan  sedang uji kita sebagai umatnnya, adakah kita tabah serta sabar menghadapinya dan boleh bersatu padu menangani segala atau sebaliknya.

Yelah, betul kata Imam tu. Kita ni kadang-kadang dah terlalu selesa sangat. Tak salah rasanya, kalau sesekali Tuhan cuit nikmat pemberian dia. Dengan cara itu, baru kita tahu bersyukur. Dengan cara itu, barulah tahu tiba-tiba nak belajar Solat Sunat Istisqa' (I ler tu).


3 ulasan: