Memaparkan catatan dengan label Dakpink. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dakpink. Papar semua catatan

Khamis, 28 Mei 2015

Surprise!!!

Pagi tu, I memang dah plan, tak payah make up pergi office sebab I nak turun dan hadir Majlis Zikrullah dan Solat Dhuha office I. Even I ni si Urusetia yang menguruskan program itu setiap minggu, dari jamuannya, dari remindernya, tapi masa untuk turut sama tu memanglah terhad sangat. Ruginyalah tak dapat turun walaupun kawan-kawan selalu kata,

Kau tolong uruskan pun dah dapat pahala Ain. 

So I nekad, haritu kena pergi juga. Lantaklah, apa nak jadi, kita tetap nak pergi juga. Kita nak pahala mengurus, pahala buat ibadah pun kita nak juga. Haha. Tamak!

Kemain lah kan, nekad semua. Sekali masuk Whatsapp Bos,

Meeting pagi ni masuk. Ketua Protokol kena ada.

Terus, pahala tah ke mana, hambiklah kau ahli mesyuarat mengadap muka I yang suci murni tanpa secalit make up.  :p


Selasa, 12 Mei 2015

32 tahun yang dipinjamkan.

Technically 32, 18 at heart. Haha!

Alhamdulillah, 32 tahun Allah pinjamkan usia untuk terus melihat dunia :)

Alhamdulillah, di kelilingi ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan yang sentiasa menjadi contoh tauladan, sama-sama memimpin ke arah kebaikan dan tak pernah lokek berkongsi segala ragam dan rencah kehidupan.

Alhamdulillah.
Terima kasih Tuhan untuk semua yang dipinjamkan.
=,)



Jumaat, 30 Mei 2014

12 Mei 2014: Part 3, Korean Food.

Salah satu wishlist I for this year adalah nak makan Korean Food. Tapi bila cakap kat Azreen, dia cakap, kalau nak Korean Food pi makan sendiri dengan kawan-kawan. Korean food is not his taste. Haha.

Maka dengan itu, bersempena meraikan birthday I dan Kak Alina, kami telah plan untuk mengambil cuti dan pergi menikmati Korean Food. Tempat pilihan adalah di Dubu Dubu Midvalley.

Sebelum menikmati makanan, kami telah pergi tonton wayang terlebih dahulu. Cerita Spiderman yang sampai ke harini I malas nak cerita bila Azreen tanya best ke tak. Heroin mati oi, perempuan mana yang suka tengok movie gitu. Takde ending they live happily ever after =( So, tak payah tanya I cerita tu best ke tak sebab I tak kuasa nak cerita deh.

Ni je lah tekak yang I boleh lalu telan. Korean Pancake. Sedap ni. Rasa macam kuih udang. Kak Muna yang order benda ni, tapi I yang habiskan.

I ambil set chicken bibimbap. Ni memang I teringin sangat-sangat nak makan. Lagi-lagi bila bloger post pasal benda ni, nampak menarik sangat bibimbap ni. Tapikan, tulah, kalau dah tekak orang kampung, haha, empat kali suap je yang I mampu. Lepas tu tolak tepi dah. I is cannot go sebab rasa muak.

Bibimbap Ayam yang indah di mata I tapi tidak lah rasanya. 

Makan ni I tak ingat namanya. Yang pasti, I salah order. Sebab kalau tak silap, I order chicken wing, tapi yang sampai benda ni. Dia kata, I tunjuk gambar ni tadi. Ok, kita terima je lah. Rasa dia macam yong taufu dengan sos masam manis pedas.

Hero cerita untuk haritu. Nasib I order air aloevera ni. Dapatlah coverline tekak yang tak tentu arah rasa makan makanan korea tu.

Dengan rakan seperkorean, Kak Alina. Time bujang dulu, I selalu juga numpang tidur rumah Kak Alina ni kalau ada program office yang habis lambat atau nak pergi dating. Haha.

Love is in the air gitu. 

Giyomi!

Pose bebas.

Candid.

Pose serius tapi I gelak. Kak Alina order bibimbap juga tapi ada cheese. Lagilah, dua kali suap je dia dah tak boleh telan. Kalau yang biasa pun muak, tambah cheese lagi nangis kot kalau suruh I makan. Haha.

Rakan seperkorean: Kak Alina, Kak Muna, Kak Ain. 

Kami ke Midvalley  naik train je on that day. 

Kak Muna ni officemate I, merangkap rakan persukanan.

Kak Muna marah asyik ambil gambar. 

Alah kak, rilex lah. Bukan selalu dapat ambil gambar tanpa 'handbag' macam ni tau. Peace kak, no marah-marah!

Program haritu diakhiri dengan penyerahan 'surprise' i tok kak Alina. Kami share bulan birthday tapi tarikh lain-lain.

As conclusion, Alhamdulillah wishlist I tercapai nak merasa makanan korea. Even muka I ada mix Korea haha, tapi I memang tak boleh masuk dengan makanan diorang ;p

Isnin, 26 Mei 2014

12 Mei 2014: Part 2, terima kasih sayang-sayang semua.

Kemain, macam hartisss hah, sambutan harijadi ada part-part.
Kahkahkah.

Sejak umur dah masuk tiga siri, campur pula dah dua kali I sambut harijadi dalam pantang (best oi sambut harijadi dalam pantang, siap kek pun tak boleh makan), memang I dah tak harap sangat dah hadiah-hadiah ke sambutan-sambutan segala ni. Cukuplah, I sambut harijadi dengan buat solat sujud syukur sebab dipanjangkan lagi umur untuk hidup di dunia ni, lepas tu dapat pelukan dan ciuman kasih sayang dari suami dan anak-anak, itu semua dah memadai.

Tapi tulah, orang-orang tua kata, kalau taknak tu lah yang mendapat. Alhamdulillah, dapat juga hadiah dari mereka-mereka yang menyayangi I. =,)

TQSM GCB yang tiap-tiap tahun tak pernah miss bagi present. Tahun ni dapat telekung pula. Alhamdulillah, bertambah pahala yang memberi kalau I selalu guna nanti.

Tqsm cinta hati pengarang jantung. Tahun ni kan main banyak betul lak plan you kan? Tu semua coverline time pantang dulu lah tu kan kan kan? Haha. Tq for the card. Ucapan dalam kad tak payah tunjuk lah ye. Kang muntah lak uols baca. Haha.

Dari GCB, hadiah yang tak dibuka lagi.

Dari cinta hati pengarang jantung lagi. Sejambak rose yang dihantar oleh Abang Itam. 

The cake! Cake ni sebenarnya dari officemate ye, bukan dari suami yang I tulis dalam entri NI.

Wakil GCB, Kokin. Tqsm kak. Dulu, Kokin ni juga pernah hadiahkan I oven tau time birthday. 

Dari geng sama birthday, Kak Alina. Tqsm kak, for the choc with the cute teddy. 

Khamis, 15 Mei 2014

12 Mei 2014: Part 1, surprise yang tak berapa nak surprise.

Jujurnya, I memang suka surprise kan orang. Rasa macam happy je dapat gembirakan orang dengan sesuatu. Kalau dia rasa terharu, lagi rasa best sebab effort kita membuahkan hasil. Semangat ok, kalau orang ajak komplot. Haha. Tapi, setakat ini, belum ada lagi sesiapa yang berjaya surprise kan I. Haha.

Since my birthday jatuh hari bekerja, dan malam tu pun husband wish sambil kejut I bangun tidur, then wish happy birthday, lepas tu dia suruh I tidur balik, I rasa macam, eh dia ni. Tu je ke? Dah la kejut orang, tak bagi apa-apa, lepas tu I terkulat-kulat sensorang sebab susah dah nak tidur balik, tapi I tetap terfikir, mesti ada apa-apa nanti-nanti ni.

So, Isnin, 12 Mei 2014, I pergi office macam biasa. Otw, husband tanya, boleh tak nak lunch date harini? Dia suruh I pilih nak makan kat mana. I jawab boleh je. Jadilah kan, hadiah birthday orang belanja lunch date kat tempat best pilihan hati I.

Kat pejabat pula, officemate tanya, lunch hour pergi mana, I jawab, tak payah  belanja harini sebab dah ada boyfriend nak belanja. Korang next time ok. Banyak hari lagi boleh belanja sempena birthday I. Haha. Officemate nampak macam kecewa, siap cakap, tak boleh cancel ke lunch date tu. Of course lah tak boleh, boyfriend tu, kang cancel, berdosa tau. Tapi dalam hati, I dah agak, mesti ada something yang diorang nak buat ni. :p

Isnin, 12 Mei 2014

Selamat ulang tahun kelahiran Cahaya Mata!


Alhamdulillah, terima kasih Allah :)
31 tahun ini,
dalam turun naiknya,
jatuh bangun,
dan pelbagai asam garam kehidupan yang telah ditempuh,
Alhamdulillah semuanya diterima dan dipelajari untuk memperbaiki diri.

Terima kasih keluarga, suami, anak -anak dan kawan-kawan kerana dalam 31 tahun ini sentiasa ada dalam apa jua keadaan.

Selamat Hari Jadi Cahaya Mata :)
#bulanmeibulanain

Isnin, 10 Mac 2014

Shawl: kagum dengan si pemakai.



I suka tengok orang yang pandai pakai shawl. Lagi kagum kalau dia pandai pakai, jenis yang pakai simple je tapi cantik,  cara lilit tak semak nampak kemas, dan warna-warna pilihan pun selembut dan sesedap mata memandang je. Orang-orang yang pakai shawl ni pun nampak up-to-date dan trendy.

I memang teringin nak pakai shawl tapi sebab ada garis panduan dari suami bab pemakaian tudung ni, oleh itu sesekali je lah kita lilit-lilit. Suami I bagi dua pilihan je, satu pakai tudung bawal sebab katanya, bila I pakai tudung bawal akan remind kan dia detik perkenalan kami. Yang kedua, pakai tudung ada owning tu sebab sesuai dengan bentuk muka.

Kalau I pakai shawl, suami kata muka I macam kuih donat terlebih yis. Nampak bulat dan muka macam mualaf baru masuk Islam dan dia is tak gemor melihatkannya. T______T Lagipun, bila I pakai shawl, memang akan ambil  masa sikit nak bersiap terutama bab nak melilit-lilit tu, teruslah lambat pergi kerja. Maka, dengan itu, kita pakai apa yang suami suka je lah ye walaupun hati kita mengelinjang nak juga bershawl semua.

Lagi satu, bila I pakai shawl, memang akan jadi tempat Iman Reezqy selit-selit sambil sangkut tangan dia je lah. Terus jadi tak semenggah. Tu belum masuk dia tarik-tarik lagi nak cium shawl sebab dia ingat kain selimut kakak dia agaknya. Herot bengot terus tudung Mummy dia.  Tang selit-selit ni juga akan jadi bila I pakai tudung bawal. Bila pakai tudung bawal kan kita akan pin kerongsang di kiri kanan bahu kan, so, dekat situ juga dia akan masukkan tangan, dan berbelit-belit terus dengan tudung. Dah satu kerja lain kena buat pulak, tak kena buka pin untuk keluarkan tangan dia, tak pun minta tolong suami cari kat mana punca dia masukkan tangan.

Jumaat, 7 Mac 2014

Ain ya nun



Lepas je orang install, terus test dan taip nama sendiri. 
Haha.

Selasa, 22 Januari 2013

Easy, breezy, covergirl!



Haha.
Takde America, Asia, or apa-apa  Next Top Model pun kat sini.
;p

Hanya nak tunjuk eyeliner yang I rasa best je guna.
Best wooo lukih-lukih mata.
Sila dapatkan di kaunter Maybelline berhampiran anda!

Khamis, 13 Disember 2012

Mari mengenang cinta lama. Eh?

Eh eh eh.
Tajuk boleh buat kena tidur luar malam karang kalau suami terbaca  ;p
Nak taip mari mengenang cerita lama sebenar sebenarnya tapi tertaip cinta lama pulak. Nak cancel-cancel, malas pulak, so biarkan je lah tajuk macam tu.

Nak cerita tentang cerita lama, haruslah tepek gambar lama. Tak gitu? Ko tengok, ko tengok. Kan main lah selim uols bila tengok gambar lama. Nangeh tengok gambar lama sendiri. 

Ok, back to the topic, alah, i saja je nak mengenang-ngenang cerita cinta lama dengan suami. Saja je nak mengeratkan hubungan kasih sayang yang i rasa makin hambar ni. Haha. Kan main! Kalau orang salah tafsir ni, mau kata rumahtangga I berantakan gitu.

Takdolah berantakan pun. Berumah di tepi pantai kan, memang kadangkala ada dilambung ombak light-light gitu. Tapi takdelah  sampai ter tsunami. Kahkahkah. Tapi kan, i punya teori, lagi kita suami isteri bergaduh, lagi erat kasih sayang. Kan? Maunye tak, bila dah gaduh, haruslah nak kena pujuk-pujuk, nangis-nangis, peluk-peluk, eh?

Haha.

Normal lah kan perempuan mengandung, emosi tak tentu arah. Ada time ok, ada time parah. Tapi yang I perasan, pregnant yang ni, I memang suka cari gaduh dengan suami sendiri. ;p Rasa puas je hati kalau dapat bergaduh. Bila dah bergaduh tu, mula la terasa suami dah jauh lah, hubungan hambar lah, suami dah tak sayang lah and etc.

Ada je benda-benda kecik yang boleh jadi punca nak gaduh. Tutup suis tak cabut plug pun nak marah nak sentap. Tak tolong angkat baju pun nak kecik hati. Tak tolong basuh pinggan dalam singki pun air mata dah bergenang-genang sayu. Gilo! Benda kecik aja nye punn. Haihhh lah Nur Ain Hawani.  Haha. Terus tukar nama dah.

So, jom lah kita mengenang ceritera cinta dulu, agar menyemarakkan lagi api cinta asmara tu.
Kahkahkah.

Ceritera cinta I dengan suami ni boleh buat siri drama Korea. Kalau tak caya meh baca sini.

Tengok gambar pulak.


Ni gambar selepas ditunangkan dalam Februari 2010.
Manis-manis gula, lagi manis cinta saya. ;)
Again, slim kan main!


Hmm,
Ok,
Dah lah. 
Nanti-nanti kita sambung.
Tiba-tiba je malas dah nak taip.
Mood tak tentu arah lah weh.

Apapun, 
To Dakpink,
Ingatlah,

The best thing in life is finding someone who knows all your mistakes and weaknesses and still thinks you're completely amazing.

So, toksah nak cari gaduh sangatlah dengan suami sendiri!

;)

Rabu, 5 Disember 2012

Masih ada hati lagi tu...


Kahkahkah.
Gelak guling-guling tengok baki cuti.
;p

Tapi,
I tetap nak apply yang tinggal satu hari tu juga.
Tetap nak habiskan juga.
Lantakkkkkkk.


Orang kata,
Alah, perempuan pregnant, cuti dah habis, apa susah.
Pergi je klinik minta MC lepas ni kalau nak cuti.
Orang pregnant senang dapat MC.

Eh eh,
Tak juga ye tuan puan.
Dua kali I pergi klinik.
Sebab betul-betul sakit time pregnant,
boleh, Dr tanya macam-macam?
Memang susah sangat dia nak bagi MC.


Apapun, selamat bercuti-cuti Malaysia dan luar Malaysia uols.
=)
Moh apply cuti moh!


Khamis, 17 Mei 2012

12 Mei 2012. #2

Alhamdulillah, petang tadi baru sahaja selesai menghadiri temuduga dan telah selamat menghadiri Majlis Sambutan Hari Setiausaha Kampeni Kubah Biru.

2 perkara besar selesai dalam satu hari. Lega!


So, jom sambung balik entri tentang 12 Mei 2012 episod dua. Ingat drama tv je ada episod-episod? ;p


So, as requested by me, Azreen telah menunaikan 'hadiah hari jadi' yang i nak.
=)

Setelah macam nak pecah dapur kelentang kelentung dikerjakan oleh suami, inilah hasil yang telah dibedal hingga licin oleh I.

Haha.
Sodap weh!


Tak tahulah apa nama resipi ni siap ada fries, telor dadar ke apatah, pastu siap letak sos serta jagung dan buncis yang telah siap dicelur katanya bersama lamb yang dah dimarinate. Eh b, jagung and buncis tu, bila i gigit bukan di celur ea, tapi macam dicelup je dgn air panas. Haha.

Apapun, food with love yang you masak tu memang sedap lah.
Next time please buat lagi ye. =)


Im happy sangat, hadiah hari jadi I telah ditunaikan.
Terima kasih cinta hati.
=)


B,
The best thing in life is finding someone who knows all your mistakes and weaknesses and still thinks you're completely amazing.

Thank you so much for your love and 'kesabaran' tinggi itu bila bersama i.
Dan terima kasih juga sebab selalu kata i ni amazing.

Love you B.
No doubt!

Eh, ni entri birthday ke entri cinta ni?
Haha.

12 Mei 2012, Happy birthday Ain!

Selasa, 15 Mei 2012

12 Mei 2012. #1



Kepada Encik Azreen,
Again, untuk tahun ketiga di hari jadi I, yang kita sambut bersama buat tahun ketiga, surprise you tak menjadi lagi. Haha.
Next year cuba lagi ye sayang.
1 4 3. No doubt even surprise tak menjadi.
;p


Kepada Iman Raneeya,
Mummy loves you sayang. Mmmmuah.
Suka ko ye main kertas warna-warna tu buat sepah!


Kepada co-organizer,
Amy, Aja dan Ella.
Terima kasih kerana berusaha bersungguh-sungguh tapi tak berjaya mana pun. ;p
Uols hilang time majlis, ingat I tak perasan?
Ini Nurain lah! Semua I dah boleh baca.


Kepada family,
=,)
i love you, you love me, we're happy family.
with a big hug and a great kiss from me to you,
Tqsm for celebrating my birthday.
Eh, lagu Barney jadi lagu lain? Mampuih Iman Raneeya marah kang! ;p
Abah, Ibu, Ikin, Amy, Dikwan, Mak, Cuzies, Aunties & Uncles,
I love you all so much ketat-ketat sangat, tahu!


Apapun,
Im 29th sudah!
Im blessed with a great husband, a lovely daughter and a happy family.
Alhamdulillah and thank you Allah!

Again,
happy birthday to me.
=)



Jumaat, 11 Mei 2012

Percaya pada rezeki Allah s.w.t.

Dah hampir nak 6 tahun bekerja, dah hampir nak 6 tahun tinggalkan alam temuduga, tup-tup baru-baru ni terima surat panggilan temuduga.

Perasaan time tu memang happy gila lah sampai minta suami belanja sebab dapat surat panggilan temuduga je. Haha. Diulang sekali lagi, dapat surat panggilan temuduga je ye, kan main dah siap minta belanja.

Tapi bila hari temuduga makin dekat,
perasaan gementar, takut, dan perasaan lain yang sewaktu dengannya, yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata makin bergelodak, mengelenjit-ngelenjit dalam hati dan perut ni.
Mak oi ai!

Oiiiiiiiiiiiiiiiiii,
I DAH MULA TAKUT DAN GEMENTAR OK!

Ditambah pula dengan info yang calon-calon lain punya kelayakan Masya-Allah, hebat tak terkata jika dibandingkan dengan I yang hanya staf sokongan ini. Terus terasa diri ini lagi semakin kerdil bak menara KLCC dengan rumah comel bezanya. Rumah comel? Hah, hentam je lah!


Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!*jerit kuat-kuat dalam hati sambil mata tenung skrin notebook lepas geram.

Kalau lah I masih seorang kanak-kanak comel di ketika ini, mahu rasanya time ni nak je lari ke Aboh, nangis-nangis ngadu minta peluk untuk tenangkan diri. Haha.

Tapi dah besar panjangkan, paling boleh pun minta suami peluk je lah nampaknya. Eh?
;p


Apapun, I cuba positif.
=)
Kita cuba je lah setakat yang terdaya.
Usaha pasti jaya.

Kalau ada rezeki saya untuk ini, pasti ia ada dengan izinNya.

Kalau takda ada,
Mungkin Tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi untuk saya?
Mungkin SPA8 dan jawatan lain yang telah terisi mungkin di situ ada rezeki nanti?
Kan?

Oh, I ada aim juga sebuah universiti baru yang akan dibuka untuk mencuba nasib di sana. Mana tahu kan di situ ada rezeki I juga.


Janji cuba, usaha selagai selagi daya. * Haish, nervous punya pasal, sampai salah taip dah.

Ehem-ehem,
Segala rezeki kan Allah s.w.t dah janji.
Yang penting percaya pada Dia.
Percaya pada rezeki Allah Subhana wata'ala.
;)

Khamis, 10 Mei 2012

Nak apa hadiah birthday?

Suami: You nak apa ye untuk hadiah birthday?

Isteri: Tak nak apa. Cukuplah dapat awak je sampai syurga. *kenyit mata

Suami: Mengada. Betul-betul lah. Cuba bagi tahu, awak nak apa untuk hadiah birthday kali ni. I bagi handphone ye. Kesian awak sebab Iman Raneeya dah pecahkan hp awak. Tadi kat hospital, kawan Ikin pun pakai S2 juga. Kalau awak keluar hp awak time tu memang malu lah.

Isteri: Kong ajaq arr tu. I keluar je hp I tadi jawab call. Tak malu pun. Nak malu apa pakai hp ni. Janji boleh jawab call, sms sudah lah. Hp canggih-canggih pun tapi pakai kredit nak buat apa.

Suami: Tak nak hp? Ke you nak I bawa you pergi candle light dinner?

Isteri: Apa-apa jelah. Yang penting no surprise-surprise. You tau I ada heart- attack kan? Kang pengsan siapa nak dokong. I dah lah fat and boring. Haha.

Suami: Aku lempang kang. Boleh serius tak. Last tanya ni. You nak apa hadiah birthday?

Isteri: Haha. Nak tau sangat?

Suami: Ha lah!

Isteri: Ok. B, sejak kita kahwin hampir nak dua tahun ni, I je yang hari-hari masak. Kalau ada pun yang you masak untuk I, maggi tu je lah. Sama ada maggi ada telur, atau maggi takda telur.

Suami: You tau kan i tak tahu masak?

Isteri: Ye, tahu. Oleh itu, sempena hari pertambahan umur I sabtu ini, i minta ampun dan maaf sangat pada you sebab request hadiah ni. B, i nak sangat you sediakan satu masakan untuk I yang i boleh makan. Burger pun tak pelah janji you yang masak, air tangan you sendiri. Dah masak hias cantik-cantik macam dalam masterchep tu taw. Pleaseeeeee B! Kalau tak reti pi google resipi.

Suami: Errrrrrkkk. T_____________T


Haha.
Amekkawwww!!!!

Rabu, 14 Mac 2012

Bila si bam-bam bajet model.



Photog Ofis: Kak, saya nak test lighting ni. Jap lagi nak ambil gambar untuk website. Meh tolong jap. 'Berdiri je' kat sini.

Kakak: Ok.

Photog Ofis: Klik.klik.klik.klik.klik.klik.klik. *beratus juta kali sampai model lenguh kaki.

Hasilnya?

Ha'ahhhh, ahkakkkkk memang berdiri je pun kat situ tak buat apa. *tangan di dada mata ke atas.
Tu baru 6 keping je I letak ya. Kalau letak lagi bebanyak gambar kang, ada pulak yang tak lalu makan menengoknya.
Haha.

Rabu, 15 Februari 2012

Majlis Bacaan Yasin & Ngobrol-ngobrol.

Sabtu lepas, sekali lagi keluarga belah mertua buat Majlis Bacaan Yassin & Ngobrol-ngobrol. Kali ni buat dekat rumah Pak Lang Azreen, di Subang Jaya.

Oleh kerana, selepas kahwin dulu I tak sempat nak 'menyalang'*amalan melawat pakcik makcik di rumah mereka selepas majlis perkahwinan untuk kenalkan suami/isteri Pak Lang Azreen sebab masa tu sibuk dengan threatened miscarriage dan morning sickness, so, kali ini i mengambil peluang yang ada untuk melakukannya.


Sampai-sampai aja rumah Pak Lang pada haritu, dah Maghrib, so masing-masing sibuk lah pergi bersolat. I pun tak ketinggalan sibuk juga, menyuap si kecil yang dah kelaparan. Lepas orang semua dah selesai solat, barulah turn i pula terkedek-kedek menunaikan suruhanNya. Pssst, sejak jadi mak ni, I asyik jadi orang last je lah dalam semua perkara. =p =p =p


Selesai semua solat Maghrib, terus ja mula baca Yasin sebab dah malam kan, kang tunggu lama-lama, lambat pula balik Nilai nanti.


Majlis diteruskan dengan makan. Menu utama malam itu adalah Nasi Ayam terbaik Mak Lang. Sedap sangat ayamnya. Nasi ayam ni kalau kuah cili dia sedap, memang laju je lah menyuap kan?


Lagi gambar bersama makanan.
Apa kejadahnya tah I pose gitu. Azreen pula tak habis-habis dengan jersi MU nya sebab malam tu ada game MU vs Liverfool. Haha.

Sejak kena tarbiyah, Alhamdulillah, Azreen dah pandai dah beza mana yang wajib dihadiri dan ketepikan yg duniawi yang tak menjamin apa-apa pun di akhirat nanti.

Ark ark ark.
Syabbas Azreen betta!


Mummy yang makan terpaksa kepit Iman Raneeya yang dah tak boleh terlepas dan duduk diam.


Sambil makan dessert bubur kacang yang sangat sedap tu, majlis diselitkan dengan sesi pembentangan AJK Family Day.
Bermula dengan AJK Logistik,


Kemudian diikuti dengan AJK Sukaneka.
Ha, gempak tak kiteorang siap ada slaid bagai?
Semangattttttttttttt!!!!


Span Bocor Mak Jemah!
Kau mampu?
Haha.
Nama game kain main gempak walhal gamenya perah span berair ke dalam botolnye jeee puuunn.


Masa ni tengah buat apa tah. Tak ingat pula I.


Kan main khusyuk memasing dengan penerangan tentang acara sukaneka.


Dek kerana masing-masing yang terlalu happy mendengar kan tentang acara-acara sukaneka yang dipertandingkan, terus malam tu juga dibuat pembahagian kumpulan.

Setelah sebulat suara mengundi,
So, inilah hasil kumpulan yang akan bertanding di acara sukaneka family day nanti:


Kumpulan 4.


Kumpulan 1.


Kumpulan 2.

Untuk ahli kumpulan 3 tiada gambar sebab dorang tak dapat hadir time majlis ni. Tua muda kecil besar tak terkecuali ya kena join juga.
=)
Tak sabar nak tengok dorang bersukaneka awal Mac ni.
Haha.


Notalipscumel:

Psst hubby:
14 Februari 2012 ~ 2 tahun kita telah dipertunangkan.
=p