Memaparkan catatan dengan label Ceritera Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceritera Cinta. Papar semua catatan

Rabu, 29 Julai 2020

Hilltop Cuisine, Kota Warisan

Salam semua,

24 Julai yang lepas anniversary kami yang ke sepuluh tahun. Alhamdulillah, through thick and thin we stand strong together. Dalam sepuluh tahun  bersama ini, 'laut' mana yang tak bergelora, pantai mana yang tidak dilanda badai? Ada, tetapi sama-sama lah kita atasi dan baiki. Umur dah meningkat, anak pun makin membesar, dalam apa jua keadaan dan keputusan yang nak dibuat, kena fikir baik buruk, lebih dan kurang dalam setiap permasalahan. Haha!

Untuk tahun ini, Azreen ajak  makan kat tempat yang sedang viral sekarang iaitu Hilltop Cuisine, Kota Warisan. Ikut ajalah. Kita bagi peluang dia urus sepenuhnya. Janji dekat, sebelum pukul 10 malam dah sampai rumah dah.

Happy 10th anniversary B! Kita tidak sempurna, kita tidak hebat mana, moga segala ketaksempurnaan dan kekurangan kita menjadi asbab untuk kita sentiasa memperbaiki diri sebagai umatNya. Jangan berhenti menyayangi I kerana Allah taala ye B!

The Imans, the Amanah dariNya! Terima kasih menjadi anak  kami, penyeri hidup untuk sepuluh tahun ini,  memberi peluang kepada kami menjadi ibu bapa, menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberiNya sebaik mungkin. Kadang kecundang dalam mendidik mereka, tapi tetap kena  bangun supaya tak putus asa.

Hmmmm, Reezqy yang masih addicted to gadget sebab time PKP dulu inilah BFFnya. Kerja sekolah pun kat situ juga, dah jadi habit dah. Sehari tak pegang hp macam ada aje yang tak kena kat dia.

Thank you Kak Iman jadi photographer haritu.  Melayan ajelah makpak bergambar. Makan kat sini,  bertabah ajelah sambil makan, sambil orang lalu lalang bergambar. View kat sini lawa lagi-lagi kalau time sun set.

"I like your eyes you look away when you pretend not to care, I like the dimples  tahi lalat on the corners of the smile that you wear, I like you more, the world may know but don't be scared"
Kali ini dia buat surprise. Haha! Tahniah, anda berjaya. I gelak besar ajalah. Malu pun ada sebab I tak beli apa-apa =p Order shopee hari-hari, tapi hadiah anniversary nan hado untuk dia kahkahkah.

My fav picture. Tengok gambar ni teringat pokok dalam drama Korea Hotel Del Luna. My fav drama juga tu. Bila  malam, memang limpahan cahaya memenuhi tempat ni. Kalau guna camera mahal memang dapat capture sebijik sebijik cahaya.


Landmark kat sini. Beratur orang nak bergambar. Kita pun menyelit sama sambil minta tolong orang ambilkan. BBNU ambilkan, so cantik la elok gambarnya. Thanks Dik =)


Tempat ni jadi viral sebab view lawa kot. Lepas tu gambar time sunset lawa macam kat oversea (orang kata la), I tengok biasa je. Almaklumlah, I bukan selalu travel ke luar negara. Untuk food, rasa dia ok je pada I. Bila makan tu, sekadar makan dan takda rasa nak repeat lagi. Apapun, selera orang lain-lain. Sedap kat korang, mungkin ok je kat tekak kita. Kan?

Lepas makan, Azreen ajak lepak sampai pukul 10 malam. Minta mahap zahir batin ajelah ye B. Moh la kita pulang aje ke rumah. Landing baring-baring kat katil lagi best dari melangok kat tempat ramai orang ni. See, faktor umur, ginilah! Makin tua, makin lagi suka melepek dan berada di rumah.

Akhir kata, teruslah bercinta seperti esok kau akan pergi, nescaya kau akan menghargai dan menikmati setiap detik dan saat yang ada semaksimanya.

Till then semua!
Selamat Hari Raya Aidiladha  dan selamat berhujung minggu bersama keluarga.
Stay safe & stay healthy too.
=)


Sabtu, 9 Mei 2015

Mengenang cinta dia.




Lagu yang tak pernah bosan walaupun dengar 800 juta kali. Almaklomlah, lagu yang orang tu bagi bila nak tackle kita balik dulu. Haha.

Nanti kalau ada masa, seacrh lagu Love is blind. Penyanyi Ramzi ft. Ash King
Motip?

Hayati lirik lagu tu. Then fahamkan. You should move on lah.
Ok.  Kena move on je. Lagi?

Iya. Move on. Itu je.
Baik fikir betul-betul nak cakap apa. Nanti menyesal lagi buat kali kedua.

Fikir tentang lagu tu.
Lagi?

Hoi! Nak cakap apa lagi?
Kahkahkah. I ni lurus. Kalau you suruh I fikir lagu tu, I fikir lagu tu jelah. I takkan fikir lain.

Ain!
Aren! =p


Khamis, 31 Januari 2013

Aku suka dia.

Raw picture credit to google.

Pagi-pagi, on the way nak ke office:

Best lagu ni Yang. *senyum-senyum
Teringat masa kita mula-mula bercinta.

Awak ni dah kenapa?
Cepat sikit drive tu. Kang lambat sampai office kang.

*___*


Haha. Kesian suami pagi tadi sebab I malas nak melayan. Pagi-pagi nak pergi cari rezeki, tak boleh mood jiwang-jiwang ok. Kang ke laut semua kerja I kang sebab asyik mengingat Dea, mood bunga-bunga kang.
Nak jiwa-jiwa sila malam karang ye. Eh? =)


 Apapun, meh kita lihat lirik lagu yang suami I suka sangat ni.


Aku suka dia oleh Ainan Tasneem
~ lagu nak bajet muda rumaja jers!

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

~ Hehe. Ye, betul. Awak yang dulu tegur I kat court tu B setelah 3 tahun tak bertegur sapa. Kalau awak tak tegur I on that day,  jangan haraplah I nak tegur you dulu sampai bila-bila pun, memang tak kahwin la kita macam harini. As you said, ego I kan tinggi setinggi gunung Himalaya.

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

~ Lepas you tegur tu, I rasa biasa-biasa je. Tapi I tahu you ada rasa sesuatu kat I. I boleh baca semua dari pandangan mata, tutur kata, sms you yang hari-hari I terima semua tu lah. Tapi, I buat-buat tak tahu je dan I tak boleh kata apa pun time tu sebab masing-masing ada komitmen dengan pasangan masing-masing. You dah bertunang dan I pun konon-kononnya nak kahwin dah.

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

~ Betul sangat. Rasa itu lama-lama datang. Even nak elak, tapi dia datang melonjak-lonjak lak. Lagi-lagi  bila masing-masing terlibat dengan krisis perhubungan cinta yang dihempas badai gelora, terus masing-masing jadi rapat berkongsi duka dan menangis bersama.

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya


~ Perhubungan cinta masing hancur di ketika itu. Disebabkan itu, I cuba jarakkan diri antara kita sebab I taknak disebabkan masing-masing putus cinta, I takut nanti kita membina cinta atas rasa kasihan terhadap apa yang menimpa. Macam-macam alasan lah I bagi. Lagi-lagi  bila you sibuk  banget ajak jumpa, pi dating semua. Selagi boleh elak, I elak sehabis mungkin.  Tapi, lagi I jauhkan diri macam-macam alasan I bagi, lagi galak lak you mendekati. Galak ahhh you ni!

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

~ Ye, you ada cakap semua ni kat I, dan you kata, you taknak hilang I lagi untuk kali kedua. Tapi, I serba salah nak terima, dan I rasa elok kita kawan saja. Macam-macam ooo yang I dah tempuh dalam bercinta, ingat I senang-senang saja nak terima you dengan tangan terbuka. So, I cakap, kalau ada jodoh kita, ada la, kalau takda, tukan dah ketentuan Dia.


Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya


~ You tetap mencuba, mencuba dan terus mencuba walaupun I buat tak tahu aja. Yang lirik ni I tak  berapa tahu lah nak komen sangat. Boleh? ;p

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

~ Yang ni, I takde bagi you nota apa-apa pun. I hanya hantar satu sms yang terang lagi jelas, takde nak berkias-kias bagi hint, 
Kalau you suka I, nak sangat I ni, pi jumpa mak bapak I, pinang I, kita kahwin. Ha, hadaplah muka I hari-hari lepas tu. Kalau takat nak bercinta-cinta macam remaja tu, I rasa I takda masa dah kot. Umur pun dah berapa, ingat hidup I ni nak dihabiskan untuk bercinta je ke. I dah penat, bercinta-cinta, plan itu ini, lepas tu putus.  Haha. Ambik kau, nak sangat kan. 

~ Alhamdulillah untuk diri I juga lah, sebab you memang beria, you memang ikhlas, terus you ikut I balik jumpa ibu abah dalam bulan Oktober gitu, bincang-bincang, I lak jumpa parents you, terus bertunang Februari tahun berikutnya. Lepas tu tak nyempat-nyempat, terus set date kahwin bulan Julai. Haha lagi, padan muka I, terus kena gari. Berani sangat kan cabar-cabar you!


Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

~ Alhamdulillah dan terima kasih Tuhan. Bukan takat cinta je yang dah you terima dari I rentetan dari semua kat atas tu. Macam-macam dah lah you dapat. Kasih sayang, kebahagiaan, kepergaduhan, kemerajukan, masam manis perkahwinan, mmuah mmuah haha, benih cinta dah nak masuk dua, badan yang selim jadi gemok- gedempol, segalanya lah, tak tertulis semua. Semua dah dapat kat you. Haha. Suka tak? I rasa you suka dan gembira. Ini berdasarkan pengamatan I dari keadaan fizikal badan dan tidur nyenyak mu tiap malam.


Aku suka dia

~ Suka je ke? I bukan takat suka dah kat you tau. I cinta you sampai syurga. Love till Jannah omputihnya ok. Sebolehnya, segala yang I buat adalah untuk memastikan kita sama-sama ke syurga nanti, Insya Allah. I taknak jumpa orang lain dah kat sana sebab I dah biasa menatap muka you hari-hari kat dunia ni. =)


Ok dah. 
Luahan perasaan untuk seorang insan yang nama dia ada sama-sama dengan I. Terima kasih kerana sudi berkongsi hidup dengan wanita tak berapa cantik ni dan sudi melayan karenah mood tsunami tak menentu dia hari-hari tanpa jemu. Nak sangat kan tahu isi hati I, ha, ambik kau! Bacalah sampai muntah.


Notalipscumel:
Semoga dia akan baca dengan penuh perasaan lah. Almaklomlah, mamat tu bukan jenis nak  baca tulisan panjang-panjang. Bagi surat cinta dulu pun, dia baca paragraph 1 je, yg lelain tak  baca. ;p I ni tak reti sangat nak cakap-cakap sebab kalau cakap yang keluar semua bahasa menyakitkan hati je, so I tulis lah. Semoga you happy ye.


Khamis, 13 Disember 2012

Mari mengenang cinta lama. Eh?

Eh eh eh.
Tajuk boleh buat kena tidur luar malam karang kalau suami terbaca  ;p
Nak taip mari mengenang cerita lama sebenar sebenarnya tapi tertaip cinta lama pulak. Nak cancel-cancel, malas pulak, so biarkan je lah tajuk macam tu.

Nak cerita tentang cerita lama, haruslah tepek gambar lama. Tak gitu? Ko tengok, ko tengok. Kan main lah selim uols bila tengok gambar lama. Nangeh tengok gambar lama sendiri. 

Ok, back to the topic, alah, i saja je nak mengenang-ngenang cerita cinta lama dengan suami. Saja je nak mengeratkan hubungan kasih sayang yang i rasa makin hambar ni. Haha. Kan main! Kalau orang salah tafsir ni, mau kata rumahtangga I berantakan gitu.

Takdolah berantakan pun. Berumah di tepi pantai kan, memang kadangkala ada dilambung ombak light-light gitu. Tapi takdelah  sampai ter tsunami. Kahkahkah. Tapi kan, i punya teori, lagi kita suami isteri bergaduh, lagi erat kasih sayang. Kan? Maunye tak, bila dah gaduh, haruslah nak kena pujuk-pujuk, nangis-nangis, peluk-peluk, eh?

Haha.

Normal lah kan perempuan mengandung, emosi tak tentu arah. Ada time ok, ada time parah. Tapi yang I perasan, pregnant yang ni, I memang suka cari gaduh dengan suami sendiri. ;p Rasa puas je hati kalau dapat bergaduh. Bila dah bergaduh tu, mula la terasa suami dah jauh lah, hubungan hambar lah, suami dah tak sayang lah and etc.

Ada je benda-benda kecik yang boleh jadi punca nak gaduh. Tutup suis tak cabut plug pun nak marah nak sentap. Tak tolong angkat baju pun nak kecik hati. Tak tolong basuh pinggan dalam singki pun air mata dah bergenang-genang sayu. Gilo! Benda kecik aja nye punn. Haihhh lah Nur Ain Hawani.  Haha. Terus tukar nama dah.

So, jom lah kita mengenang ceritera cinta dulu, agar menyemarakkan lagi api cinta asmara tu.
Kahkahkah.

Ceritera cinta I dengan suami ni boleh buat siri drama Korea. Kalau tak caya meh baca sini.

Tengok gambar pulak.


Ni gambar selepas ditunangkan dalam Februari 2010.
Manis-manis gula, lagi manis cinta saya. ;)
Again, slim kan main!


Hmm,
Ok,
Dah lah. 
Nanti-nanti kita sambung.
Tiba-tiba je malas dah nak taip.
Mood tak tentu arah lah weh.

Apapun, 
To Dakpink,
Ingatlah,

The best thing in life is finding someone who knows all your mistakes and weaknesses and still thinks you're completely amazing.

So, toksah nak cari gaduh sangatlah dengan suami sendiri!

;)

Khamis, 25 November 2010

Setahun yang berlalu


*pixa: credit to su anna joe

dalam setahun yang berlalu ini,
hati teringat,
time mula nak berbaik semula.
asek ditanya soalan yg sama, "bila awak nak keluar dengan saya?"
dan ai jawab, kalo ada jodoh, nanti kita keluar la. *bajet artis+jual mahal.

dalam setahun yang berlalu ini,
hati teringat,
1st time berbuka puasa tahun lepas & 1st time jumpa semula.
serba tak kena.
bajet cun, kontrol sini sana.
nak suap nasi pun rasa macam nak tersuap lubang hidung je.
jujurnya, ai segan yang teramatlah saat berjumpa bertentang mata.
almaklumlah, 3 tahun takbertegor sapa.

dalam setahun yang berlalu ini,
hati teringat,
time ditanya, "boleh tak saya nak jaga awak? saya nak jadi guardian angel awak"
ai jawab, kalo diizinkan Tuhan moga adalar jodoh kita, doa ye?

dalam setahun yang berlalu ini,
pesan mama sentiasa tersemat di dalam hati,
"sayang orang yang sayang kita"
ternyata,
betol kata mama!
sebab orang yang sayang kita, akan berusaha untuk bersama kita.
orang yang hanya main-main cinta, bercinta sekadar melepas batuk di tangga.
kan ma?

notalipscumel:
hepi anibeseri 4 bulan habie.
 =)

Rabu, 21 Julai 2010

Tika ini dan saat itu.

Kamu,

saat pestime melihat kamu dalam kursus induksi dahulu,
hati berdetik,
ele, sangat poyo mamat itu, bajet cam bagus je ko kan!. *stetmen dengki
dan ada terasa juga,
kamu seperti selalu memerhatikan saya. *prasaan

saat digandingkan berdua menjadi emcee ketika induksi,
gigil saya terlebih-lebih,
bukahlah sebab anxiety disorder yang digembar-gemburkan,
tapi,
sebab debaran jantung yang dabeltriple kencang di saat kamu berdiri di sebelah. =p

saat melihat kamu dari belakang sewaktu selesai solat berjemaah dalam kursus BTN,
hati berdetik secara tiba-tiba,
kan bez kalo mamat baju melayu biru itu jadi suami. haha.
tapi, cepat-cepat hati istighfar semula bila memikirkan saya suda berboyafren di ketika itu.

saat kamu menjauhkan diri dari diri ini,
hati berkata-kata,
dah orang tanak kawan dengan kita, kita tak boleh paksa.

saat mendengar kamu telah menjadi tunangan orang,
hati tiada rasa,
tapi berbisik kepada Tuhan,
Ya Tuhan, kalau dia bukan jodohku, jauhkan dia dariku. jika dia sememangnya untukku, kau kembalikan dia kepadaku.

saat ditinggalkan sang boyafren, dan saat menatap gambar kenangan ketika dalam train,
air mata bercucuran sambil mulut mengucapkan,
sampai mati kamu bukan jodoh saya. tuhan jauhkan dia dari saya. *nak kata sedih tak sedih, tatau nak kata apa.saat rakan-rakan suka bercerita tentang kamu kepada saya,
hati pedih sedih,
bercampur-baur dengan rasa menyampah,
dan mulut berkata, saya tak suka kamu, *egois
takan suka kamu sampai bila-bila.

saat melihat kamu di gelanggang tempat bermain,
pura-pura tidak menyedari kamu,
tapi kalo ada kesempatan akan mencuri-curi pandang,
kemudian,
senyum diam-diam di dalam hati,
walaupun sedar kamu milik orang.

saat kamu menegur di suatu hari setelah bertahun tidak bertegur sapa,
hati hairan bin ajaib,
tapi berpura bagai tiada apa,
menerima kamu sekadar teman biasa.

saat semua cinta meninggalkan,
saat diri sudah hilang rasa untuk semua itu,
saat hilang keyakinan untuk setiap hari mendatang,
kamu datang menyelamatkan, mengurai segala kekusutan.
meminjamkan bahu dan tangan,
mendengar segala rintihan.

saat mulut mengatakan tiada rasa apa antara kita,
dalam hati,
sebenarnya,
ada cinta.

Tuhan mengapa sekarang, tidak dahulu,
satu jawapan yang ada,
Semua yang tuhan jadikan ada sebabnya.
Kun fa ya kun.
Kalau Tuhan nak ia jadi, ia jadi,
Kalau tak, ia takan jadi.
Kerja Tuhan,
tak siapa yang tahu.

Rabu, 10 Februari 2010

Cuba cari tajuk puisi ini???

Masih ingat tatkala
Ombak melanda
Hati terluka
Angkara panas jiwa muda
Mencetus persengketaan
Mencetus kekusutan antara
Engkau dan aku
Dahulu

Alhamdulillah syukur
Zon kesuraman berlalu
Rawan lenyap hadir bahagia
Enak dan indah
Emosi tercipta untuk
Nur sebuah kisah indah

Jangat direnggut
Alunan melodi kebahagian
Moga dengan
IzinMu Ya Rabbi
Adam dan Hawa ini akan mengecapi
Nikmat bahagia hakiki

notalipscumel:
1. puisi terakhir ai hasilkan untuk melengkapkan assgnmnt penglahiran bakat =p
2. sebentar lagi mau meeting. adoiainabil, kene amek MOM. mau nguap2 ni kang!


♥,

Jumaat, 17 Julai 2009

Kenapa jd mcm tu? sbb ia tanak jd mcm ni...


satu ceritera untuk dikongsi bersama.
(nape love itu tidak warna pink?)

suatu masa dahulu, seorang jejaka dan seorang gadis saling memendam rasa. masing2 tau ada rasa suka antara mereka. mereka rapat dan berkongsi segalanya. tapi, atas takdirNya, si gadis memilih insan lain untuk menjadi kekasih. si gadis tau dia telah mengecewakan hati si jejaka, tetapi dlm pada masa yg sama dia terpaksa memilih si insan itu atas kerana simpati dan ikot rasa.

walobagaimanapun, jodoh si gadis dan si insan tak sampai ke mana kerana jodoh tak panjang.
si gadis terima dan sesungguhnya dia tersiksa dgn perpisahan itu. dia juga menganggap ia balasan tuhan kerana melukakan hati org yg mengharap padanya.

dlm masa yg sama, si gadis cuba berharap agar ada sinar utk dia dan si jejaka. tapi, berita yg diterima, si jejaka sudah berpunya dan akan ke gerbang bahagia. si gadis kecewa tp dia redha. mungkin si jejaka mmg bukan ditakdirkan untuknya. segala benda dan perkara mengenai si jejaka didelete tros tmasuk ym & frenster. sbb dia tamo tau pape tentang si jejaka dan dia tamo hatinya sakit & terluka. pada si gadis, mungking Tuhan nk bagi dia rasa, apa yg ditanggung oleh si jejaka itu dlu. bile syaitan menghasut, kadang2 terdetik juga di hati si gadis agar si jejaka takan capai gerbang bahagia itu. jahat kan?

masa berlalu, hari berganti, si gadis menjalani kehidupan seperti biasa. ade ketika, rasa rendu masa bersama datang menjelma. tp si gadis pujuk hati bahawa jodoh mereka tiada. si gadis hanya mampu memandang si jejaka dari kejauhan dan tak mampu menggapainya. kadangkala, di setiap majlis, si gadis cuba tercari2 si jejaka hanya untuk memastikan si jejaka ada.

jodoh dan pertemuan tuhan yang tentukan. satu pertemuan secara kebetulan terjadi dengan seseorang. walopun berat hati si gadis untuk menerima, tp atas dorongan rakan-rakan yg tamo si gadis bersedih dan atas usaha si jejaka yang beriye, si gadis cuba buka hatinya. cube menerima segalanya walopun sedar perbezaan yang ketara antara dia dan org itu. berkali2 si gadis suarakan ketidakyakinan itu kerana tanak menyesal di kemudian hari, tetapi org itu beri semangat dan keyakinan bahawa segalanya kan baik2 saja. si gadis juga pujuk hati bahawa tidak guna untuk menanti lagi.

ingt panas smpai ke petang, rupanya hujan ditengahari. bahagia yang dirancang tiba-tiba terhenti kerana kesilapan gadis sendiri. si gadis menyesali dan cube memperbaiki, tetapi tidak diterima oleh org kerana org itu merasakan dia tersilap percaturan dan mungkin dia belum btol2 bersedia.

dan ketika itu juga, satu berita yg diterima membuatkan kisah lame terkenang semula. dan satu pengakuan yg tidak disangka buat si gadis kelu tak boleh berbicara. Si gadis tertanya, kenapa jadi mcm ni? kenapa tak jadi begitu?

......

♥,