Khamis, 31 Januari 2013

Aku suka dia.

Raw picture credit to google.

Pagi-pagi, on the way nak ke office:

Best lagu ni Yang. *senyum-senyum
Teringat masa kita mula-mula bercinta.

Awak ni dah kenapa?
Cepat sikit drive tu. Kang lambat sampai office kang.

*___*


Haha. Kesian suami pagi tadi sebab I malas nak melayan. Pagi-pagi nak pergi cari rezeki, tak boleh mood jiwang-jiwang ok. Kang ke laut semua kerja I kang sebab asyik mengingat Dea, mood bunga-bunga kang.
Nak jiwa-jiwa sila malam karang ye. Eh? =)


 Apapun, meh kita lihat lirik lagu yang suami I suka sangat ni.


Aku suka dia oleh Ainan Tasneem
~ lagu nak bajet muda rumaja jers!

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

~ Hehe. Ye, betul. Awak yang dulu tegur I kat court tu B setelah 3 tahun tak bertegur sapa. Kalau awak tak tegur I on that day,  jangan haraplah I nak tegur you dulu sampai bila-bila pun, memang tak kahwin la kita macam harini. As you said, ego I kan tinggi setinggi gunung Himalaya.

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

~ Lepas you tegur tu, I rasa biasa-biasa je. Tapi I tahu you ada rasa sesuatu kat I. I boleh baca semua dari pandangan mata, tutur kata, sms you yang hari-hari I terima semua tu lah. Tapi, I buat-buat tak tahu je dan I tak boleh kata apa pun time tu sebab masing-masing ada komitmen dengan pasangan masing-masing. You dah bertunang dan I pun konon-kononnya nak kahwin dah.

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

~ Betul sangat. Rasa itu lama-lama datang. Even nak elak, tapi dia datang melonjak-lonjak lak. Lagi-lagi  bila masing-masing terlibat dengan krisis perhubungan cinta yang dihempas badai gelora, terus masing-masing jadi rapat berkongsi duka dan menangis bersama.

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya


~ Perhubungan cinta masing hancur di ketika itu. Disebabkan itu, I cuba jarakkan diri antara kita sebab I taknak disebabkan masing-masing putus cinta, I takut nanti kita membina cinta atas rasa kasihan terhadap apa yang menimpa. Macam-macam alasan lah I bagi. Lagi-lagi  bila you sibuk  banget ajak jumpa, pi dating semua. Selagi boleh elak, I elak sehabis mungkin.  Tapi, lagi I jauhkan diri macam-macam alasan I bagi, lagi galak lak you mendekati. Galak ahhh you ni!

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

~ Ye, you ada cakap semua ni kat I, dan you kata, you taknak hilang I lagi untuk kali kedua. Tapi, I serba salah nak terima, dan I rasa elok kita kawan saja. Macam-macam ooo yang I dah tempuh dalam bercinta, ingat I senang-senang saja nak terima you dengan tangan terbuka. So, I cakap, kalau ada jodoh kita, ada la, kalau takda, tukan dah ketentuan Dia.


Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya


~ You tetap mencuba, mencuba dan terus mencuba walaupun I buat tak tahu aja. Yang lirik ni I tak  berapa tahu lah nak komen sangat. Boleh? ;p

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

~ Yang ni, I takde bagi you nota apa-apa pun. I hanya hantar satu sms yang terang lagi jelas, takde nak berkias-kias bagi hint, 
Kalau you suka I, nak sangat I ni, pi jumpa mak bapak I, pinang I, kita kahwin. Ha, hadaplah muka I hari-hari lepas tu. Kalau takat nak bercinta-cinta macam remaja tu, I rasa I takda masa dah kot. Umur pun dah berapa, ingat hidup I ni nak dihabiskan untuk bercinta je ke. I dah penat, bercinta-cinta, plan itu ini, lepas tu putus.  Haha. Ambik kau, nak sangat kan. 

~ Alhamdulillah untuk diri I juga lah, sebab you memang beria, you memang ikhlas, terus you ikut I balik jumpa ibu abah dalam bulan Oktober gitu, bincang-bincang, I lak jumpa parents you, terus bertunang Februari tahun berikutnya. Lepas tu tak nyempat-nyempat, terus set date kahwin bulan Julai. Haha lagi, padan muka I, terus kena gari. Berani sangat kan cabar-cabar you!


Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

~ Alhamdulillah dan terima kasih Tuhan. Bukan takat cinta je yang dah you terima dari I rentetan dari semua kat atas tu. Macam-macam dah lah you dapat. Kasih sayang, kebahagiaan, kepergaduhan, kemerajukan, masam manis perkahwinan, mmuah mmuah haha, benih cinta dah nak masuk dua, badan yang selim jadi gemok- gedempol, segalanya lah, tak tertulis semua. Semua dah dapat kat you. Haha. Suka tak? I rasa you suka dan gembira. Ini berdasarkan pengamatan I dari keadaan fizikal badan dan tidur nyenyak mu tiap malam.


Aku suka dia

~ Suka je ke? I bukan takat suka dah kat you tau. I cinta you sampai syurga. Love till Jannah omputihnya ok. Sebolehnya, segala yang I buat adalah untuk memastikan kita sama-sama ke syurga nanti, Insya Allah. I taknak jumpa orang lain dah kat sana sebab I dah biasa menatap muka you hari-hari kat dunia ni. =)


Ok dah. 
Luahan perasaan untuk seorang insan yang nama dia ada sama-sama dengan I. Terima kasih kerana sudi berkongsi hidup dengan wanita tak berapa cantik ni dan sudi melayan karenah mood tsunami tak menentu dia hari-hari tanpa jemu. Nak sangat kan tahu isi hati I, ha, ambik kau! Bacalah sampai muntah.


Notalipscumel:
Semoga dia akan baca dengan penuh perasaan lah. Almaklomlah, mamat tu bukan jenis nak  baca tulisan panjang-panjang. Bagi surat cinta dulu pun, dia baca paragraph 1 je, yg lelain tak  baca. ;p I ni tak reti sangat nak cakap-cakap sebab kalau cakap yang keluar semua bahasa menyakitkan hati je, so I tulis lah. Semoga you happy ye.


7 ulasan:

  1. fuuuuhhhh..
    mlm ni azreen bg sepesel sebis punyeee.
    hikkk

    BalasPadam
  2. mengenang kembali memori bercinta lah ni..

    BalasPadam
  3. so suwittt....moga hubungan bahagia akk kekal hingga ke jannah..amin..

    BalasPadam
  4. bahahaha. macam kelakar bace cerita kau ni kak!
    Tapi sweet sebab jalan cerita cinta korang kena dgn lagu. Hakikatnya aku tak suka lagu nie. sekian!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun tak suka lah oi lagu tu tapi sebab laki dah suke, kita layan kan je. Laki aku tah suke lagu tu ke tah suka penyanyi. Erkkk :p

      Padam
  5. so sweet!!!!!!!! suka sangat2 entry ni.. kenangan lama mengusik jiwa... oh, indahnya!

    BalasPadam