Isnin, 7 Januari 2013
Bebelan Dakpink #7
1. Housewife.
Dapat jadi fulltime housewife selama dua hari memang lemau dibuatnya bila Isnin nak menghadap kerjaya pulak. Haha, kerjaya uols. Jadi housewife ni lagi banyak pakai tenaga kalau nak dibandingkan dengan kerja di pejabat. Tu belum nak melayan karenah anak yang setiap masa nak kita di depan mata lagi. Memang tak cukup nafas dibuatnya. Respect tabik spring lah kat perempuan-perempuan yang mampu menggalas tanggungjawab fulltime housewife dengan baiknya.
Bila borak dengan suami tentang perkara ini, jawapan dia senang je, alah yang beriya buat kenapa. Tak suruh buat pun. Tak suruh masak pun. Jaga je lah anak tu.
Errrkkk.
Kan main jawapan.
Kotlah boleh buat camtu.
Tapi kang, telinga ni juga yang nak kena mendengar,
Yang, rumah bersepahlah.
Yang, seluar I yang warna hitam tu awak tak basuh lagi ke. Awak letak kat mana ye?
Yang, laparlah. Awak masak apa harini? Makan luar hari-hari bosan lah.
Mammi, nak mamamm.
Mammi, nak aandi.
;)
2. Setia hujung nyawa.
Bila tiba-tiba suami melayan drama, haha, rasa macam nak campak lesung batu kat muka dia je sebab sibuk melayan drama ala remaja nak mengenal cinta tu. Maunye tak? Time I nak menumbuk bawang, memasak menyediakan makan malam, time tu jugala dia sibuk jadi pengulas drama bagi pihak I.
Kan mainnnn, siap gelak gatal bagai bila part2 cinta antara hero dan heroin mula berbunga. Dia pulak yang over dari watak drama.
Baru ko tahu kan suami oi bila dah mula melayan drama dari episod pertama. Terus rasa tak boleh nak miss episod-episod yang seterusnya. So, lepas ni time I tengok drama fav I kat Bella, ko jangan nak sibuk-sibuk kacau dah ye.
3. Kekayaan yang musibah.
Dia tu cukup amal, cukup sembahyang ke, senang je dapat harta yang sebegitu?
Serius I macam terkejut bila soalan yang macam tu sampai kat I. Tapi diam je lah sebab dulu pun, I pernah terfikir macam tu juga. ;p
Apapun, bersangka baiklah dengan setiap kurniaan Tuhan. Dugaan Tuhan kat kita ni bukan takat dalam keadaan yang sedih dan menyakitkan je, kekayaan dan wang ringgit tu pun dugaan Tuhan bagi untuk menduga kita juga. Kadang-kadang kekayaan itu pun satu musibah bila tak digunakan ke jalan yang betul.
Ada orang, tak payah sembahyang, tak payah lakukan segala suruhannya, tak tutup aurat, buat apa ikut suka, tapi dia kaya. Itu yang kita nampak dari segi fizikal. Tapi dari segi dalam, kita tak tahu apa yang dia rasa. Entah-entah dia bersedih dan hidup dia kosong tak bahagia.
Ada orang pula, bersusah payah mencari rezeki, sembahyang tonggang-tonggek, beriya membanting tulang, tapi tetap tak berjaya berjaya juga kat dunia. Tapi mana kita tahu, berkat kesabaran dia atas dugaan yang Tuhan berikan, pahala dan nikmat yang besar sedang menanti dia di syurga. Dia pergi tinggalkan dunia pun mudah je nanti.
Apapun, Tuhan tu berkuasa. Kalau dia senang bagi, bila-bila masa ikut suka dia pun, dia boleh tarik macam tu je.
Kerja Tuhan kan, tak siapa tahu.
=)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
crite setia hujung nyawa tu, hero nye bdk SGB..tnye kak ikin, mst die kenal,,hahaha..amar asyraf..org msjd tnh kak..
BalasPadamklau kita fikir housewife kerjanya lebih byk dari kerja opis..tapi kita hepi bila membuatnya....
BalasPadamrezeki ditangan allah..yg baik diberkati dan sebaliknya
haha. aku ngan laki aku same naik kak. layan cerita tue.
BalasPadamkitorang magrib awal sini. by the time cerita start, dah dok depan tibi sambil tadah tangan baca doa makan.
HAHA. tapi ade masa mmg nak buat benda yg sama, campak lesung batu kat muka laki time kite kat dapur pastu die dok sebok main semakpon sampai anak jerit² panggil pun dia tak layan. haishh. gerammm!
ni baru betul bebelan nih =)
BalasPadamtp ai pun sama lah Ain..mmg tabik la kat kwn2 yg mn jd housewife sepenuh masa tu..dr pg smp mlm kj non-stop...kita kat opis ada juga time rehat,time smbyg,time gosip...erkkk time gosip...hahaha
tp mmg seronok cerita setia hujung nyawa tu.. hehehe..
BalasPadampanjang sungguh bebelan mak buyung ni..hehehe.. comel!!
haha! tak dpt imagine laki tgk drama melayu.. memang teraddict sgt la tuh..
BalasPadamBerangan jugak nk jd housewife ni tp 2 hari je pun dah cukup memenatkan. Same je sumenye. Keje opis pun pent, keje umah pun penat..
BalasPadam