Seorang wanita yang baru saja berkahwin, datang pada ibunya dan mengeluh soal tingkah laku suaminya. Setelah berkahwin, baru terserlah perangai sebenar sang suami seperti keras kepala, pemalas, boros, dan sebagainya.
Wanita muda itu berharap orang tuanya akan menyalahkan suaminya. Namun dia terkejut kerana ibunya diam sahaja. Si ibu kemudian terus masuk ke dapur, sementara si anak terus bercerita dan mengikutinya. Si ibu memasak air.
Setelah sekian lama, air mendidih.
Si ibu menuangkan air panas mendidih itu ke dalam 3 gelas yang telah disiapkan.
Di gelas pertama dia masukkan TELUR. Di gelas kedua, dia masukkan CARROT dan di gelas ketiga, dia masukkan KOPI.
Setelah menunggu beberapa saat, dia mengangkat isi ketiga gelas tadi, dan hasilnya:
CARROT yang KERAS menjadi LEMBUT, TELUR yang mudah PECAH menjadi KERAS, dan KOPI menghasilkan aroma yang HARUM.
Lalu Si ibu menjelaskan:
"Nak, MASALAH DALAM HIDUP ITU BAGAIKAN AIR MENDIDIH"
Walaubagaimanapun, ia terpulang kepada kita untuk menyelesaikannnya.
Kita boleh menjadi:
1. Lembik seperti carrot.
2. Mengeras seperti telur.
3. Atau harum seperti kopi.
Carrot dan telur bukan mempengaruhi air, mereka malah berubah disebabkan oleh air.
Sementara kopi boleh mengubah air, malah membuatnya menjadi lebih harum dan sedap.
Dalam setiap masalah, selalu tersimpan mutiara yang berharga.
Kita mudah untuk bersyukur ketika keadaan baik-baik saja, tapi apakah kita akan tetap bersyukur sekiranya kita ditimpa masalah?
Ada 3 reaksi manusia bila ditimpa masalah:
•Ada yang menjadi lembik, suka mengeluh, dan mengasihani diri sendiri.
•Ada yang mengeras, marah, dan menyalahkan pihak lain.
•Ada juga yang semakin harum, menjadi semakin kuat dan bijaksana.
Itu semua tergantung pilihan kita sendiri bagaimana kita merespon sebuah masalah.
Pilihan di tangan sendiri sama ada nak memilih untuk menjadi carrot, telur atau kopi.
=)
hmm...good info..thanks share =)
BalasPadamlove it... meaningfull.. ^_^
BalasPadamsangat2 bermakna... terima kasih Ain.. (^_^)
BalasPadamMeaningfull betul. Tq share
BalasPadam