Rabu, 23 Januari 2013

DIY: Bunga telur manik-manik mak nakkkk.

Bunga telur manik ni, makcik I kata, digunakan time majlis kahwin orang dulu-dulu. Tak tahulah betul ke tidak, sebab I jumpa bunga manik ni di majlis kahwin kawan adik I. Terus guna contoh yang ada untuk buat bunga telur majlis perkahwinan sendiri.

Tengok contoh je terus boleh buat kan, so memang senang sangatlah buat bunga telur ni. So, moh kita belajar cara buat bunga telur manik-manik mak nakkkk ni.



Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Manik secukup rasa, banyak mana kau nak ikut suka. Size manik tu agak-agak je lah. Jangan kecik sangat, kang buta nak mencucuk, dan jangan besar sangat sebab tak elok ghoman bunga manik tu kang.
2. Dawai kelip-kelip menghelip seperti dalam gambar untuk dicucuk manik.
3. Reben.
4. Net untuk sarung telur. Sarung telur? Eh? Haha.
5. Lidi.
6. Dawai halus untuk menyimpul reben.
7. Pelilit lidi. (Tak tahu lah nak sebut apa, tapi orang guna lilit cover batang lidi tu.)


Cara membuatnya:


Pertama sekali, sila cucuk-cucukk kan manik seperti gambar kat atas ikut banyak mana uols nak kelopak bunga tu. I cucuk 21 biji untuk menghasilkan 7 kelopak bunga. Ni lah crucial part tok buat bunga ni sebab mencucuk manik ke dalam dawai memerlukan kesabaran yang tinggi. Nak senang, buat secara berkampung yakni ajaklah BFF or sedara-mara tolong.

Psssst, kalau minta tolong orang tu make sure tanya dulu boleh tolong or perlu bayar, hatta saudara sendiri. Kang kot dichop tak kenang budi lak kang main minta-minta tolong gitu je.


Dah cucuk manik-manik tersebut, secara jarak, ambil 3 biji dan simpulkan menjadi seperti dalam gambar. Simpul lah ikut suka anda, janji mesti jadi macam dalam gambar kat atas.


Settlekan semua bebijik manik tersebut sampailah jadi seperti gambar di atas. Paham tak ni? Tak paham, bagi juga paham sampai jadi.


Apabila dah settle part menggentel memanik tersebut, di bahagian lain, sila lah gunting-gunting reben dan simpulkan menggunakan dawai halus seperti gambar di  bawah ni. Guntingkan juga net mengikut size yang digemari. Kalau nak  boh telur, ikut saiz telur. Kalau nak guna buah, sila gunting net ikut saiz buah. Eh, ni size telur ayam dan buah-buahan tau. Jangan fikir lain lak ea.



Dah siap bahan-bahan yang kat atas, ambil pelilit lidi, ikut suka lah nak guna warna apa, lilitkan bahagian atas lidi, lepas tu ambil memanik yang dan digentel selang seli lilitkan sampai jadi macam pokok bunga macam dalam gambar kat bawah. Letak lah dalam 5 6 kelopak ikut suka nak rimbun mana.

Lepas tu, bawah manik yang dililit tadi, lilitikan pula reben. Sekali lagi, ikut suka anda nak reben rimbun mana. Last sekali, lilit kan sarung telur dengan pelilit dan lilit lagi sehingga hujung lidi. Agak-agaklah yang hujung lidi tu nak lilit sampai mana. Ikut suka.

Ni lah hasilnya. Bunga telur manik-manik mak nakkkk. Easy, breazy, bunga manik! Haha.

Untuk 100 pcs bunga manik ni, I buat guna bahan tak sampai RM150 pun. Kalau pandai cari kedai barang-barang yang murah, mungkin tak sampai RM100 pun bajet uols nanti.

Kalau uols double triple kreatif kan, manik-manik yang you gentel tu siap boleh dibuat hand bouquet dan bunga yang dihias untuk dulang hantaran lagi. Lagi-lagi kalau pandai match2 kan color manik, haishhh, memang cantik banget lah.


Ok, dah, tu je DIY untuk hari ini.
Selamat mencuba.
Terima kasih.

15 ulasan:

  1. oh yeh akhirnya ada jugak yg promote bunga telur manik2 kawin izma n kak long,pasni confirm byak tempahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib ko kawen dulu Ima, dapat akak jumpa bunga ni. Kalau tak, guna bunga telur Nilai 3 je lah.

      Padam
  2. pandainya ko nok...

    kalau aku, sure aku dah gagal bab2 ni nok...hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah, tangan aku keras juga.
      Prektis sokmo, jadi lah.

      Padam
  3. bestnye! tp sy dh kawen, acane?? :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah kawen, bookmark untuk kahwin Mika sok. ;p

      Padam
  4. sentap aku tawww....
    ikhlas mestilah tak ungkit2.. aku x suke tau org mengungkit nihhhhh Munafik!
    sobss..
    ni bile pny projek neh??
    igt nk dpt madu td..
    larikk....:p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoi, hoi, hoi.
      Ni aku buat tok kawan aku la.

      Padam
  5. Kak, kau buat untuk sape kawen nie kak? Azreen ke? *kidding lol* matilah aku kene block nanti!
    Ehh, part nak pusing² tu memang leceh.

    ps; sekarang memang tagline "easy-breezy" eh? HAHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah. Kalo tok Azreen, memang nak kena kerat telur lah tu. Eh. ;p


      ps: penangan top model pagi petang siang malam lah ni. tu yg asyik nyebot easybreezy. anak aku pompuan lagi lah kot.

      Padam
    2. kahkah. top model gitewww.
      Raneeya dah chinese look.
      Nie yg 2nd kalau pompuan muka model² gituuuu. HAHA

      Padam
  6. tQ...for share buat bunga telur manik ...ley wat tuk majlis anak nti...simple tp cantik n murah....


    BalasPadam