Rabu, 16 Januari 2013

Masa bersama sahabat.

Haha.
Cerita adalah yang dah lama tapi baru gegeh nak post. ;p
Almaklomlah, motivasi untuk kerja dan keluarga awal-awal tahun ni kan tinggi, so blog terletak tepilah sekejap. Kahkahkah.
Vajettt pekerja dan wifey berwawasan sangat gitu.

Actually, as PENGOMEN (pekerja gomen) --> P  E  N  G  O M  E N, baca bebetul, bukan PEROMEN taw, haha, waktu rehat di hari Jumaat adalah masa yang sangat dinanti-nanti oleh para wanita dan sohabat rapat. Rehat lama time tu weh. Haruslah diisi dengan program makan-makan makanan paling sedap dan bergosip dengan gosip hangat lagi terkini berita sensasi.  Yang rajin bersoping lak, time rehat Jumaat ni je lah masa untuk merembat apa saja dengan puas hati sebab suami takde bersama.

Kan kan kan?
;)

I kalau hari jumaat takdelah nak pergi soping ke hape, sebab kad bank i, i simpan dalam wallet suami. Eh eh, bukanlah suami I king control sebab pegang kad  bank i tau, tapi i yang simpan sendiri sebab kalau kat tangan I nanti, ada ajalah yang I pi tekan-tekan online tau-tau je duit dah habis. Takpun, kalau kad kat I, I pandai pi tekan duit sendiri lepas tu buat C.O.D transaction. I khennnn bijak.

Tapi apapun, kalau suami, bila dia nak keluar duit dia, harus inform I as menteri kewangan dulu lah. Kena bagi kertas kerja dulu senarai harga, kalau  semua ok baru lah I approvekan. Ha, nampak? suka shopping, tapi dilantik jadi menteri kewangan family, kau hado? Haha.

Berbalik kepada tajuk, ni gambar hari Jumaat yang mana satu tah, I pun dah lupa. Ni masa keluar dengan sohabat volley2. Pi makan Nandos. Kan main makan Nandos, bajet omputih. Tapi, I sangatlah tak boleh makan kat sini sebab sos dia tak kena dengan tekak I. Tekak melayu I ni kena makan ayam bakar dia dengan cili sos jugak. ;p

Seronok dapat berkumpul, borak-borak. Time keluar ni, kawan I yang patah kaki tu pun ada sekali. Macam-macam cerita itu ini yang keluar. Nama je satu kampeni, tapi department lain-lain so, memang jarang lah berjumpa. So, bila keluar macam ni, dapatlah update life masing-masing.

Next, rehat jumaat hujung Disember lak. Yang ni i ingat sebab weols yang kiri 3 orang tu plan nak buat birthday surprise tok yang lagi dua orang tu, si Disember babies.

Payah weh berkomplot ni. Siap remind hari2, jangan tersalah group wassap dan terlepas cakap.  Siap time keluar on that day, I boleh request nak duduk depan lah sebab tak nak sempit duduk seat belakang sebab bontot I dah besar. Kahkahkah. Padahal, taknak Koyam selongkar beg  besar yang I bawa sebenarnya. Dah lah i tukang bawa kek.

Alhamdulillah, mission sukses juga dan si birthday girls mmg surprise dan terharu sangat. Depa memang tak terjangka langsung yang weols bertiga boleh buat surprise tok diorang in advance.

=)

To Koyam & Konee,
Happy birthday darls.
Semoga happy selalu dan dirahmatiNya di dunia dan akhirat. Semoga sentiasa sudi berkawan dengan kami dan tidak memilih bulu ye. Ark ark ark.

Ok lah.
Tu je nak share.
Cerita tentang sahabat yang dah lepas, tapi memorinya sentiasa di ingatan.
=)


Eh, next week dah 6months.
Alhamdulillah masih sabar dan tabah membawa badan dan melayan ragam baby dalam perut, baby luar perut dan bapak babies.
Haha.

Apapun, keseraman nak bersalin dan makin menyucuk2 sanubari weh!
Ahkak serammmmmmmmmmmm dengan sakit contraction dan kepedihan dijahit-jahit.
;p

Fav tagline: Semoga semuanya kan baik-baik sahaja. Insya Allah, amin.

6 ulasan:

  1. amin...
    rajin2 jalan & dukung Raneeya.. lagi senang nk brsalin. heheheh

    BalasPadam
  2. bestnya. lama tak makan Nandos. Kita doakan moga semuanya selamat utk awak dan baby :)

    BalasPadam
  3. selamat hari sahabat
    eh,ada ka hari sahabat?hari2 pun hari sahabat kan..
    hepi belated besday tuk 2 org kwn Ain tu ;p
    sekejap je kan dah nk msuk 6 bln..moga sumanya baik2 saja ye Ain.amin :)

    BalasPadam
  4. Tq Aini.
    Kalau I hari jumaat je hari sahabat. ;p

    BalasPadam