Memaparkan catatan dengan label DIY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIY. Papar semua catatan

Selasa, 13 Mac 2018

Anyaman sarung cempedak.

Rasa kelakar je bila husband suruh masuk pertandingan kraftangan sebabnya I bukanlah kreatif. Kot pertandingan keras tangan, iya boleh sangat kita ni masuk. So, oleh kerana dah setuju, I fikir, elok i buat sarung cempedak.

Dulu, time kecik, selalu tengok arwah emak buat ni. Sambil tengok, sambil belajar, so, tahu jugalah sikit-sikit.

Untuk hasilkan sarung cempedak, dauk kelapa perlu dipotong macam dalam gambar ni. Sambil potong daun kelapa, sambil terkenang arwah mak. Terbayang dia duduk bawah pokok tengah potong daun kelapa. Lepas tu terbayang lagi dia duduk di serambi rumah, sambil menganyam sarung cempedak ni. =)

So, while husband pergi mendaki, I di bawah busy menganyam sambil jaga Rayeesa. Menganyam ye, bukan merenyam. Haha!

Tadaaaa! Hasilnya. Alhamdulillah, walau dah lama, masih ingat lagi skill  menganyam. Nervous juga time nak buat tu sebab dah lah tak practise, then main redah aje.


Yang sebelah sarung cempedak tu sarung nangka. Dulu, tengok cousin selalu buat sarung nangka ni. I hanya perhati. Sebab part sarung cempedak tu easy breezy sangat, kejap je dah siap, I try buat sarung nangka lak. Menjadi juga lah, walaupun belah belakang, anyamannya haru biru salah. So, kita tayang bahagian depan ajelah. =p

Dahulu, orang tua-tua balut cempedak guna sarung ni. Mungkin plastik mahal, so, sarung ini diguna untuk elak putik buah cempedak dari dimakan binatang. Lagipun, mungkin orang dulu-dulu, guna apa yang ada disekeliling mereka je.

So, yang bahagian belakang tu (yang bukan bersimpul), akan disarungkan ketika putik cempedak. Putik cempedak akan membesar dalam sarung tu dengan selamatnya, gituuu. Once buah cempedak nak hampir masak dan boleh dipetik, sarungnya pun dah kering dan lerai.

Untuk pertandingan ni, I tak menang pun. Yang menang akak yang buat kraftangan guna sudu. I dapat hadiah saguhati je. Ok lah tu dari takde kan. Tapi yang paling penting, masuk pertandingan ni, memang mengingatkan sangat pada arwah mak. Sambil menganyam, sambil terbayang arwah.

=,)

Al-Fatihah untuk arwah emak.





Rabu, 28 Januari 2015

DIY: Sampul surat tanpa gam

My bos ada terima jemputan kahwin. Bila tengok sampul kad ni, macam menarik pula sebab dia tak menggunakan gam. Nak buat pun I rasa mudah je ni.

Potong kertas ikut size gini.

Rabu, 3 September 2014

Cara simpan plastik.

I ada terbaca tentang cara simpan plastik ni tapi I tak ingat kat mana. Kalau tak silap I bloger tu tanya, korang simpan plastik macam mana?

So, kat sini I nak share lah cara simpan plastik. Tapi bukan i lah yang praktikkan. Ianya adalah  cara BFF I, yang pada pandangan mata I nampak sangat kemas dan tak semak mata memandang. Haha.

Kalau korang rajin dan nak nampak comel je plastik-plastik bungkusan tu, sila cuba ini.


1. Sediakan plastik.
2. Lipat tiga jadi panjang macam tu.
3. Di bahagian hujung yang empat segi, lipat plastik tu jadi 3 segi.
4. Ulang lipat 3 segi tu, dan tinggalkan sedikit hujung plastik.
5. Bahagian hujung tu selitkan lah di ruang yang ado.
6. Siap.

Faham?

Lepas dah siap lipat tu, korang boleh simpan dalam bekas bertutup or kat mana-mana je lah simpan ikut suka.

Rabu, 23 Januari 2013

DIY: Bunga telur manik-manik mak nakkkk.

Bunga telur manik ni, makcik I kata, digunakan time majlis kahwin orang dulu-dulu. Tak tahulah betul ke tidak, sebab I jumpa bunga manik ni di majlis kahwin kawan adik I. Terus guna contoh yang ada untuk buat bunga telur majlis perkahwinan sendiri.

Tengok contoh je terus boleh buat kan, so memang senang sangatlah buat bunga telur ni. So, moh kita belajar cara buat bunga telur manik-manik mak nakkkk ni.



Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Manik secukup rasa, banyak mana kau nak ikut suka. Size manik tu agak-agak je lah. Jangan kecik sangat, kang buta nak mencucuk, dan jangan besar sangat sebab tak elok ghoman bunga manik tu kang.
2. Dawai kelip-kelip menghelip seperti dalam gambar untuk dicucuk manik.
3. Reben.
4. Net untuk sarung telur. Sarung telur? Eh? Haha.
5. Lidi.
6. Dawai halus untuk menyimpul reben.
7. Pelilit lidi. (Tak tahu lah nak sebut apa, tapi orang guna lilit cover batang lidi tu.)


Cara membuatnya:


Pertama sekali, sila cucuk-cucukk kan manik seperti gambar kat atas ikut banyak mana uols nak kelopak bunga tu. I cucuk 21 biji untuk menghasilkan 7 kelopak bunga. Ni lah crucial part tok buat bunga ni sebab mencucuk manik ke dalam dawai memerlukan kesabaran yang tinggi. Nak senang, buat secara berkampung yakni ajaklah BFF or sedara-mara tolong.

Psssst, kalau minta tolong orang tu make sure tanya dulu boleh tolong or perlu bayar, hatta saudara sendiri. Kang kot dichop tak kenang budi lak kang main minta-minta tolong gitu je.


Dah cucuk manik-manik tersebut, secara jarak, ambil 3 biji dan simpulkan menjadi seperti dalam gambar. Simpul lah ikut suka anda, janji mesti jadi macam dalam gambar kat atas.


Settlekan semua bebijik manik tersebut sampailah jadi seperti gambar di atas. Paham tak ni? Tak paham, bagi juga paham sampai jadi.


Apabila dah settle part menggentel memanik tersebut, di bahagian lain, sila lah gunting-gunting reben dan simpulkan menggunakan dawai halus seperti gambar di  bawah ni. Guntingkan juga net mengikut size yang digemari. Kalau nak  boh telur, ikut saiz telur. Kalau nak guna buah, sila gunting net ikut saiz buah. Eh, ni size telur ayam dan buah-buahan tau. Jangan fikir lain lak ea.



Dah siap bahan-bahan yang kat atas, ambil pelilit lidi, ikut suka lah nak guna warna apa, lilitkan bahagian atas lidi, lepas tu ambil memanik yang dan digentel selang seli lilitkan sampai jadi macam pokok bunga macam dalam gambar kat bawah. Letak lah dalam 5 6 kelopak ikut suka nak rimbun mana.

Lepas tu, bawah manik yang dililit tadi, lilitikan pula reben. Sekali lagi, ikut suka anda nak reben rimbun mana. Last sekali, lilit kan sarung telur dengan pelilit dan lilit lagi sehingga hujung lidi. Agak-agaklah yang hujung lidi tu nak lilit sampai mana. Ikut suka.

Ni lah hasilnya. Bunga telur manik-manik mak nakkkk. Easy, breazy, bunga manik! Haha.

Untuk 100 pcs bunga manik ni, I buat guna bahan tak sampai RM150 pun. Kalau pandai cari kedai barang-barang yang murah, mungkin tak sampai RM100 pun bajet uols nanti.

Kalau uols double triple kreatif kan, manik-manik yang you gentel tu siap boleh dibuat hand bouquet dan bunga yang dihias untuk dulang hantaran lagi. Lagi-lagi kalau pandai match2 kan color manik, haishhh, memang cantik banget lah.


Ok, dah, tu je DIY untuk hari ini.
Selamat mencuba.
Terima kasih.

Rabu, 9 Mei 2012

DIY: Tutu skirt

Untuk majlis Iman Raneeya haritu, ikut plan asal, i nak tempah tutu skirt tu dekat sini. Lawa-lawa tutu skirtnya. Tapi sebab banyak nau benda lain yang difikir, dengan asyik tangguh-tangguh nak order, terus masa minggu terakhir baru teringat pasal tutu skirt tu.

Haha.
Dalam masa seminggu nak tempah, ingat ada orang nak siapkan dan hantar ke? Nan hado lah kan. Terus cari inisiatif lain nak dapatkan tutu skirt tu juga.

Google punya google, terjumpa cara orang buat tutu skirt. Nampak macam takde lah susah mana. So, i cuba jugalah buat sendiri demi nak pakaikan si birthday girl tutu skirt itu.

I refer kat blog ini.

Bahan-bahan nak buat tutu skirt.

1. 2 meter kain net secukup rasa dan warna yang disukai. (I guna net bunga telur tu 3 warna. Haha. Net tu keras jegang, so, hasilnya tak berapa nak menjadi.)
2. Getah kain. (ikut suka nak guna getah yang tebal mana)
3. Gunting.
4. Pembaris.
5. Kalendar duduk atau buku.

Cara-cara:

1. Ukur pinggang anak. Lebihkan 2cm dari ukuran asal dan gunting getah ikut ukuran tersebut. Yang lebih tu digunakan untuk disimpul ketat dihujungnya.

2. Gulung net secara memanjang, kemudian ambil pembaris dan ukur lebar 6 cm dan potong.

LinkNi hasil net yang telah dipotong.


3. Guna kalendar duduk atau buku tu tadi macam dalam gambar ni. Ia dapat membantu proses menyimpul.


4. Ambil empat lapis net yang telah dipotong, ditindihkan, kemudian disimpul kepada getah. (makin banyak lapis net, makin kembanglah skirt tu nanti. I guna 5 lapis, sebab tu skirt raneeya kembang lain macam.)


Macam ni lah cara simpulnya.
Bila dah simpul, tarik bahagian hujung tu rapi dan ketatkan.


5. Proses nombor empat diulang sehingga selesai.


Ini hasil daripada blog yang jadi panduan I tu.
Blogger tu siap jahit dengan sepentot sekali. Tapi I tak buat macam tu sebab Iman Raneeya I pakaikan tutu skirt bersama rompers je.
Kalau rajin, hiaslah dengan hiasan tambahan seperti bunga atau reben ikut kreativiti masing-masing.


Inilah tutu skirt Iman Raneeya hasil dari keras tangan mummynya.
;p


Psst Iman:
Takpelah tak berapa nak menjadi,
janji mummy buat dengan kasih sayang ye sayang.

Gambar cara buat tutu, kredit to: Catatan si Aini.

Selasa, 24 April 2012

DIY: 3 days to go!


Gud luck for myself!
;)