Memaparkan catatan dengan label Emaktijah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Emaktijah. Papar semua catatan

Khamis, 7 Februari 2019

Kemarin by Seventeen

Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu

Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam-putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu

Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang… 


It's February!
February marked as bulan kehilangan untuk I dan ahli keluarga lain juga.
Emak pergi untuk selamanya.

Rindu yang paling susah nak diungkap, adalah rindu pada orang yang telah tiada.
Hanya mereka yang mengalaminya sahaja tahu rasanya.

Now, abah pula dah semakin uzur kesihatannya.
Tak nak fikir yang bukan-bukan, tapi ada juga bermain dalam fikiran ni, tapi minta dijauhkan lah.

Semoga kesihatan abah makin baik. 
Susah hati bila tengok abah tak aktif lagi.

Semoga arwah emak tenang di sana.
Kami rindu emak  =)
Al-Fatihah.


Selasa, 13 Mac 2018

Anyaman sarung cempedak.

Rasa kelakar je bila husband suruh masuk pertandingan kraftangan sebabnya I bukanlah kreatif. Kot pertandingan keras tangan, iya boleh sangat kita ni masuk. So, oleh kerana dah setuju, I fikir, elok i buat sarung cempedak.

Dulu, time kecik, selalu tengok arwah emak buat ni. Sambil tengok, sambil belajar, so, tahu jugalah sikit-sikit.

Untuk hasilkan sarung cempedak, dauk kelapa perlu dipotong macam dalam gambar ni. Sambil potong daun kelapa, sambil terkenang arwah mak. Terbayang dia duduk bawah pokok tengah potong daun kelapa. Lepas tu terbayang lagi dia duduk di serambi rumah, sambil menganyam sarung cempedak ni. =)

So, while husband pergi mendaki, I di bawah busy menganyam sambil jaga Rayeesa. Menganyam ye, bukan merenyam. Haha!

Tadaaaa! Hasilnya. Alhamdulillah, walau dah lama, masih ingat lagi skill  menganyam. Nervous juga time nak buat tu sebab dah lah tak practise, then main redah aje.


Yang sebelah sarung cempedak tu sarung nangka. Dulu, tengok cousin selalu buat sarung nangka ni. I hanya perhati. Sebab part sarung cempedak tu easy breezy sangat, kejap je dah siap, I try buat sarung nangka lak. Menjadi juga lah, walaupun belah belakang, anyamannya haru biru salah. So, kita tayang bahagian depan ajelah. =p

Dahulu, orang tua-tua balut cempedak guna sarung ni. Mungkin plastik mahal, so, sarung ini diguna untuk elak putik buah cempedak dari dimakan binatang. Lagipun, mungkin orang dulu-dulu, guna apa yang ada disekeliling mereka je.

So, yang bahagian belakang tu (yang bukan bersimpul), akan disarungkan ketika putik cempedak. Putik cempedak akan membesar dalam sarung tu dengan selamatnya, gituuu. Once buah cempedak nak hampir masak dan boleh dipetik, sarungnya pun dah kering dan lerai.

Untuk pertandingan ni, I tak menang pun. Yang menang akak yang buat kraftangan guna sudu. I dapat hadiah saguhati je. Ok lah tu dari takde kan. Tapi yang paling penting, masuk pertandingan ni, memang mengingatkan sangat pada arwah mak. Sambil menganyam, sambil terbayang arwah.

=,)

Al-Fatihah untuk arwah emak.





Isnin, 26 Februari 2018

Balik kampung is heaven!

Setiap bulan Februari, ibu akan buat kenduri arwah sempena mengingati pemergian arwah Emak yang meninggal pada 19 Februari 2015. Dan selepas kenduri juga akan dibeli kek untuk meraikan hari lahir adik ketiga yang jatuh pada 18 Februari, (tahun lahir terpaksa dirahsia) haha!

Untunglah ye Amy, tetiap tahun dapat kek besday =p

Maka, setiap tahun pada tarikh itu, meh lah save the date siap-siap dan bertimpas lah kami pulang ke kampung.

Sebelum balik, kena pi Mydin cari barang untuk berkat (goody bag) untuk tetamu yang hadir ke kenduri nanti. Langkah kanan lak kami, kebetulan singgah Mydin Senawang, ada show Didi dan Nana.

Reezqy tanya, Jojo mana?
Mami kelentong cakap Jojo sakit perut.
Haha, ampun Reezqy!


Sebelum sampai rumah Ibu, singgah rumah kakak saudara dulu sebab dia buat akikah anak kembarnya. Alolo, bestnya lahai kan dapat baby kembar.

Assalamualaikum Eiman Qaisara dan Eiman Qalesya.

Bila cakap kat husband, bestnya ada anak kembar, dia jawab,
dah lah yang, cukup-cukuplah tiga ni aja!

Takut lettew ;)

Kakak saudara yang sama-sama membesar kat kampung dulu. Now, masing-masing dah kawin, bawa haluan masing-masinglah. Time raya atau kenduri baru dapat bersua.

Lepas kenduri, terus balik ke rumah Ibu. Anak-anak kan main riang dapat jejak tanah. Berjemur lah mereka sampai tak nak masuk rumah. Yang kenit pun tak nak kalah, kan main riang dapat main tanah.

This is kampung uols! Apa barang balik kampung tidur aja dalam rumah. Kena exlpore setiap ruang, termasuk reban itik Atuk.

Memang itulah kerja depa ni. Paling suka pi melawat anak-anak itik dalam reban Atuk. Tak lengkap hidup agaknya, balik kampung tak masuk dalam reban *_*


Kenduri kali ini, ibu tak nak sewa pinggan surau pulak. Ibu kata keluarkan ajalah pinggan-pinggan arwah Emak. Tak diguna, simpan aja, membazir. Elok digunakan, kot pecah, senang nanti tanam aja kaca tu.

Cantik kan pinggan dulu-dulu. I is love tapi tak suka nak menyimpan atau kumpul. Suka tengok je.

Dan macam biasa, kenduri kat rumah ibu ni, tak sah kalau lauk tak macam jenis. Semua lauk masak sendiri. I request satu menu je, cendawan hitam masak air dengan brokoli. Ibu punya lauk, itik masak kari, ikan sembilang masak lemak cili padi, telur itik masak asam cili padi, lauk taik minyak (I tak reti makan), dan rendang ayam.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan semua lauk habis siap dapat bekalkan untuk makcik-makcik yang datang merewang lagi.

Dear Emak,
Dah tiga tahun emak pergi.
Semoga emak tenang di sana.
Insha Allah, satu masa nanti, kami juga pasti menyusul.
Didoakan emak sentiasa dirahmatiNya ditempatkan di kalangan para solihin, Insha Allah.
Amin.

Rabu, 24 Februari 2016

Setahun sudah berlalu, Februari muncul kembali..

Emak,
Setahun dah berlalu emak.
Semoga emak sentiasa tenang di sana.
Doa dari Ain tak pernah putus untuk mak supaya emak sentiasa dirahmatiNya, dijauhi azab siksa api neraka dan tempatkan di kalangan para solihin.


Emak,
Minggu lepas ibu buat kenduri arwah.
Memang dipilihnya tarikh 19 Februari 2016 untuk berkenduri, sempena tarikh emak pergi.
Tak difikirnya yang kami ni bekerja,
Maka, bercutilah kami demi nak bertahlil bersama.
Apalah sangat kan cuti satu hari demi untuk emak.
=)

Selasa, 16 Jun 2015

Rumah mak.



Ini rumah emak. Tempat I menumpang kasih selama dua puluh tahun lebih. Tempat I dibesarkan dengan adik kedua dan keempat serta tiga lagi orang sepupu. Inilah rumahnya, tempat kami makan, tidur, bergelak ketawa, bergaduh bila berebut permainan, berkumpul bila raya, ia di sini semuanya.

Dulu, rumah ini mewah dikelilingi pelbagai warna bunga, di tanah depan dan belakang ditanam dengan pelbagai sayuran. Tapi, sejak emak terlantar sakit, semua warna alam itu, turut sama hilang selari dengan sakit emak di pembaringan.

Terima kasih emak, atas segala memori indah kita bersama dan semoga emak tenang di rumah baru mak di sana.

Al-Fatihah.


Isnin, 20 April 2015

Redha itu payah sebenarnya.




Bila kawan-kawan atau ahli keluarga kita bersedih,
Kita selalu kata,

Sabarlah ya.
Bertabahlah, semuanya akan baik-baik sahaja.
Redhalah atas kehendak Dia.
Redha itu pasrah. *Eh, yang ini orang tak kata, tapi statement dalam filem Ombak Rindu :p

Sebagai kawan atau individu yang mengambil berat, itu yang selalu kita kata. Niat kita baik. Untuk menenangkan si dia yang sedang gundah gulana. Mungkin tak mengurangkan kesedihan dia, tapi sekurang-kurangnya kita cuba buat dia rasa kita ada di saat dia sedih dan hiba.

I pun sama juga. Itu yang selalu kata, bila adik atau makcik rindu kat Emak. Konon nak tunjuk tabah, hakikat sebenarnya, nak redha dan pasrah pemergian emak tu, Ya Allah, sungguh payah.

Banyak benda yang I terkilan sebenarnya. Mungkin disebabkan itu, sehingga kini, kesedihan I masih tak kurang lagi.

Dulu, masa mak ada, tiap kali I nak balik ke Mantin, sambil salam mak, sambil cium mak, I akan duduk sambil pegang tangan dan renung mata mak. I selalu minta pada Tuhan, kalaulah masa mak dah tiba, biarlah masa tu I ada di sisi dia. Itu yang selalu I minta. Tapi ia jadi sebaliknya.

Mungkin ada sebab kot Dia tak tunaikan permintaan I.
Dia lebih tahu tahap mana kekuatan I sebab itu I tak sempat nak berada di sisi mak.
Mungkin kalau I ada time mak pergi, i tak boleh kawal kesedihan, pengsan ke atau entah apa lagi yang jadi.
Mungkin lah agaknya.
Semua yang diaturkan Dia kan bersebab.

Nak melepaskan apa yang kita sayang itu susah.

Lagi-lagi orang yang membesarkan kita, yang menjaga kita masa sihat dan sakit, yang melakukan segalanya menggantikan ibu yang jauh bekerja.

Mak, walaupun dia hanyalah Nenek yang I panggil mak, tapi dulu, orang selalu kata, I ni anak bongsu mak. Susah nak berenggang dengan mak. Mana mak pergi, memang I selalu diheret sekali.

Time cuti sekolah, bila mak hantar I ke rumah Ibu, I akan meraung di luar rumah bila mak balik sambil cakap Ain taknak duduk rumah Ibu. Ain nak tinggal rumah mak je. Meraung kan main padahal, sebulan je kot duduk rumah Ibu.

T____T


Mak,
Moga emak tenang di sana.
Macam-macam cara Ain dah buat mak.
Buat-buat sibuk sampai diri balik jadi tak sihat.
Join itu ini, volunteer diri, pergi sana-sini,
Setiap masa Ain isi supaya Ain tak berpeluang nak rasa sedih,
Tapi susah mak.

Mak,
Ain akan cuba redha, terima Mak dah takda.
Cuba,
Cuba sedaya upaya.
Insha Allah.

Jumaat, 27 Februari 2015

7 hari sudah berlalu.

Arwah emak di masa sihat dan di masa I belum kahwin.

Sedikit sihat  tapi dah ingat-ingat lupa

Kurang sihat dah, tapi masih boleh duduk.
7 hari dah berlalu.
Tak tahu nak describe macam mana perasaan ni.
Sedihnya bila kehilangan tapi Alhamdulillah sebagai orang Islam yang beriman, I sedaya upaya cuba menerima segalanya dan cuba redha.
=(


Throwback,


Khamis malam Jumaat
Selain busy handle budak dua ketul, berulang kali I baca Yassin di sisi jenazah Mak. Tak buat kerja lain. Dalam pukul 11 malam, I tidurkan budak dua ketul, dengan-dengan I sekali tidur sebab keletihan kot. Kan pagi tu I pi daki Bukit Brogra. Pukul 2.30 pagi I terjaga, tengok kat mak, ramai anak cucu silih berganti mengaji dan baca Yassin untuk mak. I tertidur balik.

Isnin, 23 Februari 2015

Selamat jalan Mak!

Ia berlaku dengan sekelip mata!

19 Februari 2015.

Pagi tu I dan Azreen pergi mendaki Bukit Broga.
Balik, ambil budak-budak kat rumah Ikin sambil bincang-bincang bila nak balik Melaka sebab 21 Februari ibu nak buat kenduri sambut puasa.
Sampai rumah, mandikan bebudak, tidurkan diorang. Laju-laju kemas rumah, basuh baju, packing baju, siapkan budak-budak.
Tengah mandi dalam pukul 1 lebih, Azreen panggil dan beritahu, Ikin suruh awak tengok Whats App.
Tengok WA family, Amy maklum, mak sesak nafas. Korang baliklah cepat.

Dalam dua setengah, gerak ke Melaka. Jalan sana sini jam sebab Cuti Tahun Baru Cina. Dalam hati dah tak tentu arah rasa. Mak memang selalu sesak nafas, tapi kali ni, rasa semacam je bila dapat berita tu.  Pukul 4.15, dapat lagi WA, nak view handphone hang pula. Minta tolong Azreen check handphone dia.

Dalam sebak, Azreen maklum, MAK DAH TAKDE YANG.

Astaghfirullah...
Terus peluk Reezqy sambil tersedu-sedu.

Mak dah kembali menghadapNya.
19 Februari 2015.
4.15 petang.


Sampai rumah. Orang dah ramai.
Masuk dan dekat ke tubuh mak yang dah terbujur kaku.

Kawan mak, nenek yang mengajar I mengaji dulu ada kat sisi mak. Nek Gelah cakap kat I,
Mak yang jaga kau, yang besarkan kau dah takda Ain. Dia yang mandikan kau, tidurkan kau dulu.

Air mata jatuh lagi laju.

Perlahan-lahan, I tarik kain yang tutup muka mak.
Air mata I lap, dan I cium kedua-dua pipi mak. Sejuk.
Terus ambil wuduk, dan baca Yassin di sisi mak.

Tengah baca Yassin, ibu datang dan duduk si sebelah I.

Kak Long, pergi cari telekung putih, jubah putih, anak tudung putih untuk mandikan mak besok. Kedai banyak tutup hari ni. Tapi cuba lah cari.

Macam tak percaya, semua berlaku terlalu pantas.
Alhamdulillah, urusan mak menghadap Dia dipermudahkan.
Mak meninggal petang khamis, time semua orang cuti. Walaupun semua kedai tutup, segala persiapan mak dapat disediakan.
Alhamdulilllah.

Mak,
Semoga mak tenang di sana.
Sampai masa nanti kita bersua lagi mak.
Halalkan makan minum dan kasih sayang yang mak curahkan.
Terima kasih kerana sudi menjaga Ain dan adik-adik time ibu abah mencari rezeki.
Alhamdulillah mak sempat melihat Ain kerja, kahwin, dan berkeluarga.



Iman: Mummy, kenapa Onyang masuk dalam tanah.
Me: Onyang nak pergi jumpa Tuhan.
Iman; Onyang nak pergi jumpa Awwah?
Me: Iye man.
Iman: Iman sayangggg Onyang sangat Mummy.
Me: Mummy pun sayang Onyang juga.

=,(


Al Fatihah.
Hajjah Tijah Lasim  / Md Ali
25 Ogos 1937 - 19 Februari 2015



Rabu, 8 September 2010

Oh, raya tinggal sehari je lagi!

1 hari je lagi tinggal nak pose,
1 hari ni je mase tok balik 4.30 akan tamat,
1 hari je lagi nak raya,
1 hari je lagi ramadhan akan meninggalkan kita.
yang pasti,
dalam satu hari ni je lagi yang tinggal, ofis da lengang dan jalanraya da mula clear.
ikot ati mau je bercuti. tapi apa kan daya, telah memilih tok bercuti selepas raya. so, dok dendiam je la kat opis ni.
papepun, tok hilang kan bosan, jom layan gambo. ado gambo yg baru & ado gambo2 yg dah lama terperam. =p

ermm,
tahun ni tade ape yg bertukar baru ye kecuali status diri ini je. haha.
tado baju baru, langsir baru, rumah baru, perabot baru. yg ada hanya pengantin suam-suam baru ni je la.
untuk tahun ni, bersederhana & pakai mana yg ada je la.

tapi dalam2 tade yg baru & cuba menahan diri dari bersoping,

tada,


nyempat lagi gi gunting rambut baru tok raya. =)


dan, 'terbeli' barang mekap baru lak ai. *ampun b, tak sengaja.


dan lagi,
sepasang sepatu pink flat skrin. haha. no highheels for raya tahun ni ye. =)

tujela yg barunye pun tok raya tahun ni.
dah2,
moh kita teruskan layan gambo sampai muntah.
bulan pose tak elok ckp byk, kang haus lak. =p


last sunday clas pagi tado. so, g mines jalan2 with klasmet. kat sini la tmpt kejadian terbeli elianto. =p


mum's cooking terbaik dari ladang. ni time berbuka bsama femili kat melaka.
huish, sodap!


berbuka pose di putrajya dengan makanan segera KFC. ade org nk g smyg kat mesejid tu, so kene la berbuka di sana. =)


air tangan seorang isteri. ecececece. sup tulang & buah melaka ijau tok hidangan.


lawatan ke rumah puan sila melawat bebynya lia sabrina. sgt cumels. huhu. bila la turn ai pulak kan? =(


ni berabad lama da gambo ni. time slebrate besday cik hazrol & cik azizi.
mahap ye, baru post kat blog. semoga kamu berdua panjang umo & cepat kawens.


lunch at kg jijan selepas dua minggu setengah mendirikan rumahtangga.





















celebrate besday ibu & mak together2. =) hepi besday mums. ai love you sama rata.


parcel yg diterima dari changlon time mengidamkan nak makan kopok itu. thanx puan azira kerana menunaikan keinginan ai itu. sodap & sayang dik are!