Memaparkan catatan dengan label Back to school. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Back to school. Papar semua catatan

Isnin, 30 Disember 2019

Hello Kuala Kangsar!

Salam semua,

Kerja harini? Ke masih bercuti?
I kerja. Ingat nak sambung je cuti tapi fikir Khamis dan Jumaat ni nak pergi mengendap Reezqy masuk sekolah, so harini kenalah masuk kerja.

Sesat barat cari homestay, akhirnya sampai juga. Pada muka korang, jangkit penyakit sesat I. Haha!

Last week time Cuti Krismas, pergi visit my friend kat Kuala Kangsar. Actually Hafiz yang jemput kami, plan dalam 2-3 minggu, cari homestay, so kita pergi mana yang available aje lah.

Hafiz ni pangkat adik kat kami time belajar di UPM dulu. Lepas habis belajar tercampak jauh kat Kuala Kangsar nun. Ikut wifenya yang dapat kerja kat sana.

Tahun lepas Hafiz jatuh sakit. Terbaring sebulan, kena penyakit ingat-ingat lupa sekejap gitu. So, ada kesempatan ni, kami pi visit dia la.

Kami cari homestay je. Ausila Homestay, Bukit Chandan. Recommended sangat. Yang penting ada kolam. Itu ajelah nak bagi kids diam time emak-emak dan bapak-bapak nak berborak.

Kecik aja kolamnya, tapi ok lah. Janji dapat berendam, anak-anak happy dah. Ni semua, masing-masing tak menyabo dah. Check in aje terus gedebushhh masuk kolam.

Actually, time plan ni, Feeza dan Peyus akan join juga. So, ada dalam 5-6 family la. Tapi last minit, Peyus ada hal kecemasan, dan Feeza pula kena chicken pox. Ok, yang ni klakar! Dah tua bangka kena chicken pox, memang membahan aje la semua.

Hafiz yang depan sekali. Alhamdulillah, nampak sihat dah dan makin kurus. Thank you Hafiz! Beriya menyantuni kami. Siap buat itinerari bagai.

Ni lepas check in homestay, dia hantar minum petang then terus ajak pi Victoria Bridge ni. Bising anak-anak sebab emak-emak suruh naik  dari kolam tukar baju nak pi berjalan.

Lepas Victoria Bridge, dia bawa ke Lembah Kesepian! Haha, taklah. Nama tempat ni Lembah Sungai Perak. Banyak tempat makan best kat sini, tapi since Hafiz ada sediakan BBQ untuk kami, so, tahan jelah perut.

Kat sini juga bole naik bot menyusuri Sungai Perak, tapi anak-anak kami dah melekat kat playground, so hanya mampu tengok je lah sungai tu.

Jambatan Victoria. 
Nak bergambar kat sini sila berhati-hati. Papan dia tu ada yang macam tercabut juga. Kat situ juga motor lalu lalang, so anak-anak kena tengok sama.

Ada dua tiga tempat lagi yang Hafiz nak bawa melawat, tapi kami surrender sebab dah tak larat.  Dengan ragam anak-anak lagi, kami minta balik homestay terus je lah.

MyBcomm08! Ready nak BBQ.

Banyak food malam tu. Ada kambing dan ayam juga. Kami siap simpan, dan panaskan esoknya untuk sarapan.



Sambil berBBQ, sambil karaoke. Lepas tu dok ulang-ulang lagu Mengantok mengantok nak tidur manaaaa didi and friends tu. Haha. Lepas tu semua mabok lagu mengantok =p

Dalam pukul 10.30 malam, kami stop karaoke, tapi sesi membawang tetap diteruskan sampai ke pukul 12.00 malam.

Hari kedua, Hafiz ajak pi Bukit Merah. Kata dia, dekat aje, don't worry lah. Sekali makan30-45 minit juga perjalanan.

Lepas sarapan dengan kuih-muih dan nasi lemak Mak Hafiz, kami terus ke Bukit Merah.

The girls, our junior! Sweet aje semua. Kat sana jadi BFF.


Happy mamat ni dapat berendam puas-puas.

Mami pun happy juga sebab this time around dapat mandi! Selalu kalau pi bercuti ni, I manjang red flag aja! Tapi kali ni dapat mandi manda. Dapat pula join kawan-kawan, memang jadi budak-budak balik, happy je semua.


Thank you Bukit Merah! Bila ajak bergambar, as usual, mak pak la yang terlebih suka.
Dalam pukul 4.30 macam tu, kami keluar dari Bukit Merah. I  terus balik Melaka dan yang lain-lain meneruskan agenda sendiri sebab semua sambung cuti.

Alhamdulillah, berjaya juga jumpa kawan-kawan zaman belajar dulu.

To Hafiz, thank you so much for being an amazing host! Insha Allah, next time Melaka pula ya ;)



Khamis, 14 November 2019

Mini Reunion Geng UPM

Salam semua,

Lepas habis bengkel last week, terus bawa the Imans pi UPM. Diorang tanya pergi mana, I jawab,  jumpa kawan Mami time degree dulu. Yang ni diorang memang tak berapa kenal kot. Sama ada I jumpa kawan-kawan I time diorang takde atau ada jumpa tapi diorang masih kecil.

Decide nak reunite ni dah lama, tapi as usual, last minit ada aje yang ada hal. Apapun, kita teruskan dengan mana yang ada ajelah.

Hello UPM. Rindu tengok pokok-pokok ni. Dulu time belajar, masuk aja area ni, rasa sejuk aja, tenang. Hilang keserabutan.

Throwback sikit zaman nak konvo. We were part time student. Dah tua baru sampai seru sambung belajar. Haha. So, memang nampak pelbagai range umur di situ.

Sekarang pun tengah minggu konvo kat UPM, so merata tengok bakal graduan bergambar dengan jubah. Haishhh, terus terkenang zaman kita konvo dulu lak.

Throwback keluar dinner time anak satu dulu. Azreen pun gemuk lagi time ni.

   During our visit to Vietnam! Memuda remaja lagi, so penampakan la perangai gila masing-masing kat situ. Haha.

Gambar terkini, after almost 8-9 years. Haha. Ahli keluarga dah bertambah, berat badan bertambah, size berubah, kahkahkah!

Our Class Monitor yang masih laser, Abang Faizal! Haha. Semoga sentiasa sihat bang. Jaga diri tu. Penyakit sekarang macam-macam. Datang pun  main bagi surprise je. No more smoking pleasee!

Baju hijau tu Azam. Scorer dalam class kami. Azam yang dah banyak berubah. Suka join reunion dah sekarang. Haha. Nanti-nanti suruh Azie bawa goreng pisang sedap tu lagi ye.

Azam ni runner juga sama dengan Azreen, so diorang memang kenal lah.

Geng gegirl! Feeza yang comel suka menyorok badan time ambil gambar tapi baik hati, Ila bakal Doktor PhD, dan Kak Tina yang tabah menghadapi dugaan penyakitnya. Semoga kita sentiasa kuat dah  tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran dariNya, Insha Allah.


Reunion haritu semua bawa potluck. Takde dalam gambar, mee kari Ila, goreng pisang azam dan air mineral Feeza. I pun bawa kuih Ummi (kawan Teknik PD) bagi. I suruh orderkan since I dari bengkel malas nak masak-masak, tapi dia bagi kuih lak. So, ada jugalah bekal I untuk perjumpaan ni.

Alhamdulillah, bergelak ketawa dan gembira time perjumpaan tu. Macam-macam kenangan menjelma. Insha Allah, panjang umur, murah rezeki, berjumpa lagi kita di lain masa ye kawan-kawan.

Khamis, 26 Disember 2013

Reunion: MyBcomm UPM


Haishhhh. Rindu masa belajar la
Haha.
Kemain nak rindu-rindu, tapi time belajar, ada masa kan main malas nak pergi ke kelas nun :p

So last week, kat group FB classmate I semua sibuk nak gathering bagai semua.  Tak lengah-lengah, set date, confirmkan siapa yang nak hadir, then I book tempat, terus settle.

Nak jadi hal, dah semua sebut nak makan beriyani, I pun  beriya lah pi book JM Bariyani. Kahkahkah. Padahal tempat kami selalu mentekedarah dolu-dolu adalah kat  Bangi Beriyani House (BBH) nun. Dah bila sampai depan BBH, terus call Naz tanya ko kat mana Naz sebab dia kata dah sampai, alih-alih dia kata aku kat depan JM Bariani lah ni hoii.

Kahkahkah. Padan muka korang, I buat reservation kat salah kedai. :p :p :P

Alah, JM Bariani ni next building BBH je nye pun. Tak habis minyak kereta pun nak gerak sikit je ke situ. Kan kan kan kan kawan-kawan?

Yang penting Azreen hangin sebab ngikut Waze I asyiklah suruh turn left turn left turn left, padahal JM Bariani tu belah kanan je nye lah Cik Waze dableyuteeH betul. Tak pasal-pasal husband I hangin tau. Baru nak eksen dengan dia yang I ni tau jalan sekali you buat sepoil lak waze oii.

Ini je lah yang dapat join. Since dah berkeluarga ni, kekangan keizinan keluar memasing tu agak terhad so kita hadap mana yang ada je lah.

Ewahhh, kemain berborak.

Pilih menu. Hmmm menu kat JMB ni tak sebest kat BBH lah. 

Kami lagi. Teruk pelayan JM kena buli dengan kami. Haha.

Kami lagi free style pulok.

Malam tu juga, kami seperais kan Husband Ila. Birthday pada 20 Disember tu. So, moh kita bagi surprise!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Maluuu terus birthday boy.

The Girls: I, Shitha dan Ila.
Lepas setel makan, sambut besday, borak, bergambar, laju-laju kami pulang sebab nak ngejor Maharaja Lawak Mega pulak.

=)


Khamis, 18 Oktober 2012

Famili di Majlis Konvokesyen

Alhamdulillah, ada juga ahli keluarga I selain Iman Raneeya dan Azreen yang dapat hadir ke Majlis Konvokesyen. FIL tak dapat datang sebab komitmen dengan cucu-cucunya ;p Dik Wan pula ada class dan Mak tidak di bawa bersama kerana takut dia tak boleh menunggu lama.

There are no perfect families, but a family will always love perfectly.
Buruk ke kau, baik ke, hitam ke, bulat ke, mengembang ke, menguncup ke, jatuh ke, bangun ke,
kasih sayang keluarga takkan pernah kurang.
=,)
Kan?

Abah, Ikin & Suami dia.

Sistas! Tqsm sebab sentiasa ada di masa I sedih & gembira. =,)

My Makcik. =,) Tq makcik sebab susah payah datang.

Banglong pun susah payah datang juga bawa ibu dia. Dah la malam tu baru balik dari Terengganu, terus petangnya datang majlis I. Tq juga sebab bagi bunga. =D

Adik-beradik perempuan lagi dengan Iman Raneeya yang tak mahu letak asyik nak berdokong je. Oh, i wish Dik Wan was here too. Boleh ambil gambar sesama. =,(

Oh ibu! Terima kasih kerana melahirkan I. Terima kasih juga kerana sentiasa mendoakan kejayaan anakmu ini.

A bouqet from Ikin & Faizal. Tqsm!

Ok, fine. Ambil gambar tegak berdiri!

Eh eh eh? Over betul taw orang pakai jubah tu! ;p

With adik kedua yang kan main selim. Mencik!

Dengan ibu lagi, Iman Raneeya dan belon Upin yang di paw Iman Raneeya dari neneknya.

Baju yang dipakai pada hari kejadiaan. =)
Updated: Baju tu sebenarnya beli sebelum Hari Raya Puasa haritu. Tapi dok peram je. Since baju lain dah tak muat kat pinggang nak pakai, so, i sarung je lah baju ni pi konvo. Baju beli siap kat Diah.

Ok dah! Sekian.

Isnin, 24 Oktober 2011

3 tahun kita.

Tamat sudah 3 tahun.
November 2008 - Oktober 2011.

Ingat lagi kelas pertama kita?
Saat pertama kali bertentang mata?
Haha.

Ingat lagi kenangan kita?

Bergaduh waktu buat projek, bersengkang mata di latar siswa menyiapkan assignments yang selalunya siap last minit, share nota untuk exam, melepak di maulana, jamek dan pakya untuk lunch, gosipings, berfb bila boring dengar lecture dalam kelas, nangis nak buat presentation, menunjukkan skill masak time sesi potluck, yang nak berhenti tapi sampai habis tak jadi berhenti, menggedik gambo, shoot video bagai nak rak kat Vietnam tapi audio takde =p, sesi lawatan dan, bermacam-macamlah lagi lah perkara yang sentiasa di lakukan bersama.

=,)

Alhamdulillah,
Kini, semuanya dah selesai.
Cerita tentang belajar sudah tamat.

Selepas ini,
masing-masing akan membawa arah tuju sendiri.

Tiada lagi dah kelas di hujung minggu ye kawan-kawan. Jangan ngigau datang kelas pulak ye!

Kenangan dan pengalaman bersama ini pasti akan menjadi kenangan terindah dan sangat berharga untuk kita.
Kepada semua, terima kasih atas segala nasihat, bantuan, kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang kita bersama. Semoga semuanya sukses dalam kerjaya selepas ini.

Dah, dah, jgn sedih atas perpisahan.
Lumrah hidup, setiap pertemuan ada perpisahan.
Ehem-ehem,
Jom, kita update CV!
=p

Isnin, 10 Oktober 2011

Gud luck mummy!


Hai semua.
Saya Iman Raneeya. Umur saya dah 5 bulan. Saya tengah sedih.

Sekarang, saya kat Melaka dengan nenek Ani.
Mummy nak exam, sebab tu mummy suruh saya tinggal kampung dengan nenek.
Saya sedih tak dapat tengok muka mummy yang tembam dan mulut dia yang suka membebel kat daddy tu hari-hari.
Tapi takpe, saya faham.
Mummy nak exam.
Kalau saya ada nanti, mummy tak boleh nak study.
Nak tukar pampers saya lah, nak tukar baju saya lah, nak sediakan tempat tidur saya lagi, nak buat shushu lagi, nak prepare barang tok rumah pengasuh lagi dan macam-macam lagi lah yang mummy nak kena buat termasuk melayan makan pakai Daddy.

Daddy,
Saya tahu Daddy dah cuba belajar tukar pampers saya sebab taknak bagi Mummy hantar saya balik Melaka biar Daddy je yang jaga.
Tapi taktik Daddy tu tak berjaya sebab mummy dah paham sangat daddy tu, daddy bukan boleh jaga saya lelamaaaa nye pun, nanti daddy tarik muka.
Daddy jangan sedih ye saya takde.
Kejap je.
Ahad depan saya balik lah.
Nanti Daddy boleh tukar pampers saya lagi bila saya pu pu.
Comel je saya tengok muka daddy yang berkerut2 menahan bau pu pu saya bila tukar pampers.
Nanti saya balik, saya kacau tidur Daddy ok.

Dah lah.
Karang maklang amy garang marah pulak saya tulis blog lama-lama.
Saya nak jadi gud girl je taknak maklang marah-marah.
gud luck mummy.
iman raneeya love mummy and daddy

love,
iman raneeya syomel.


Ahad, 11 September 2011

Syawal terakhir bersama mereka.

Syawal kali ini adalah Syawal yang terakhir ai dan classmates dapat beramas-mesra together2 kerana pertengah Oktober ini, Insya-Allah perjuangan kami menuntut ilmu akan berakhir. Moga semuanya berjaya with flying colors lah ye. Lepas ni, no more asaimens dan takde lagi sakit kepala otak nak bace nota tok exams lah. Wahhhh, merdeka mak nak! =)

Oleh itu, sempena meraikan Syawal dan perpisahan yang bakal menjelma, kami telah mengadakan jamuan kecil-kecilan secara potluck sesame weols dengan tema Meriahnya Raya. =p

Weols bersama makanan dan pensyarah (baju kuning) paling cuns =)


Perkahwinan terpaksa ~ Lakonan sebabak dlm kelas. Haha. *sempaaaaat!



Bab bergambar kami memang sentiasa menang!




Oh, kantoi mengkaver diri time gelak lalu disnap oleh Cik Photog!



=) Tudung raya Hana Tajima tak jadi lalu belasah je lilit.



Bergambar bersama Pensyarah paling best. Time dia mengajor sanggup tahan kencing sebab tanak miss dia punya lecture. Huhu, gonna miss your lecture lah Dr!.


Bergambar ala-ala salam perantauan kat Indonesia.


Abg pejai said: Aksi bebas please! Dan, hasilnya adalah gambar di atas. Memang bebassss sangat pun kan? *Ai berjaya buat gaya peace bajet comel ala kPop.



Sesi bermaafan dengan pensyarah.


Hot mummies: Mummy Iman Raneeya, Ibu Amil Akashah dan Amma Amelia Azmira.


Kami tak cantik, tapi kami gojes. Sila jangan jeles ye.


Last but not least, gambo dekat bajet kurus untuk tatapan orang yang suka curi bace blog ai. =)
Ila said tentang gambar ni: Akak macam orang jepun yg baru masuk islam. Haha.






















Nota lipscumel:

1. Even happy study dah nak tamat, tapi kesedihan nak berpisah dah mula terasa. Haishh, kenapa setiap pertemuan perlu ada perpisahan?

2. Selamat ulang tahun kelahiran kepada Shithah (7 Sept) & Nazrul (11 Sept). =)

3. Ade ke kate ai pakai botox. Haishh, takdo maknonyo. Dari pakai botox, elok ai guna duit tu beli pampers Iman Raneeya lah.

4. Yey! Ai dah tau cemane nak boh gambo besar gedabak seperti di atas. *haha. delay!