Lepas habis bengkel last week, terus bawa the Imans pi UPM. Diorang tanya pergi mana, I jawab, jumpa kawan Mami time degree dulu. Yang ni diorang memang tak berapa kenal kot. Sama ada I jumpa kawan-kawan I time diorang takde atau ada jumpa tapi diorang masih kecil.
Decide nak reunite ni dah lama, tapi as usual, last minit ada aje yang ada hal. Apapun, kita teruskan dengan mana yang ada ajelah.
Hello UPM. Rindu tengok pokok-pokok ni. Dulu time belajar, masuk aja area ni, rasa sejuk aja, tenang. Hilang keserabutan.
Throwback sikit zaman nak konvo. We were part time student. Dah tua baru sampai seru sambung belajar. Haha. So, memang nampak pelbagai range umur di situ.
Sekarang pun tengah minggu konvo kat UPM, so merata tengok bakal graduan bergambar dengan jubah. Haishhh, terus terkenang zaman kita konvo dulu lak.
Throwback keluar dinner time anak satu dulu. Azreen pun gemuk lagi time ni.
During our visit to Vietnam! Memuda remaja lagi, so penampakan la perangai gila masing-masing kat situ. Haha.
Gambar terkini, after almost 8-9 years. Haha. Ahli keluarga dah bertambah, berat badan bertambah, size berubah, kahkahkah!
Our Class Monitor yang masih laser, Abang Faizal! Haha. Semoga sentiasa sihat bang. Jaga diri tu. Penyakit sekarang macam-macam. Datang pun main bagi surprise je. No more smoking pleasee!
Baju hijau tu Azam. Scorer dalam class kami. Azam yang dah banyak berubah. Suka join reunion dah sekarang. Haha. Nanti-nanti suruh Azie bawa goreng pisang sedap tu lagi ye.
Azam ni runner juga sama dengan Azreen, so diorang memang kenal lah.
Geng gegirl! Feeza yang comel suka menyorok badan time ambil gambar tapi baik hati, Ila bakal Doktor PhD, dan Kak Tina yang tabah menghadapi dugaan penyakitnya. Semoga kita sentiasa kuat dah tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran dariNya, Insha Allah.
Reunion haritu semua bawa potluck. Takde dalam gambar, mee kari Ila, goreng pisang azam dan air mineral Feeza. I pun bawa kuih Ummi (kawan Teknik PD) bagi. I suruh orderkan since I dari bengkel malas nak masak-masak, tapi dia bagi kuih lak. So, ada jugalah bekal I untuk perjumpaan ni.
Alhamdulillah, bergelak ketawa dan gembira time perjumpaan tu. Macam-macam kenangan menjelma. Insha Allah, panjang umur, murah rezeki, berjumpa lagi kita di lain masa ye kawan-kawan.
Seronok Re-U dengan geng sekepala zaman belajar ni. semoga ikatan persahabatan berpanjangan jua. Aaminn
BalasPadammenarik.
BalasPadamkalau kita imbas time blaja, memang manis jer kenangannya kan.
dgn kawan2.
happy life.