Last week bawa Abah keluar. Payah sebenarnya nak ajak Abah ni keluar dari rumah, kena paksa juga la. Selain dari temujanji hospital, masa Abah memang banyak di atas katil je. Hujung minggu pun, kami akan bawah Abah duduk di luar rumah, tapi kadang tak tahan lama pun, dia nak baring semula.
Doktor fisio pun bising setiap kali temujanji. Pesan setiap hari suruh tegakkan katil Abah 90darjah, bagi Abah duduk tegak, if layan memang tak boleh berjalan nanti.
Ada juga terangkan, yang Abah tak boleh duduk lama, nanti dia rasa pedih di belakang, tapi Doktor kata, Abah dah 4 bulan lebih terbaring, memang sakit bila suruh duduk, tu kena duduk selalu, lama-lama nanti hilang rasa sakit untuk duduk tu.
Tapi itulah, Abah sahaja yang tahu dan tanggung sakitnya. If dia kata sakit, kami baring kan ajalah semula. Kesian tengok dia tak tentu arah tahan sakit tu.
Kadang ajak Abah makan kat kedai lepas temujanji hospital, tapi Abah kata, tak payah la. Menyusahkan aja nanti, nak kena angkat, nak kena bersuap lagi.
Lama dah tak makan kat kedai bah, gelak-gelak makan kat luar =(
Abah aja rasa susah, kami tak susah pun. Iya, memang agak struggle juga nak angkat Abah masukkan dalam kereta, tapi itu kalau buat seorang, kalau dua tiga orang, easy breezy je.
Amy paling expert nak angkat. Haha! Orang hospital pun kagum dengan kekuatan Amy.
So, last week ajak Abah pergi rumah kakaknya di Mantin. Balik kampung Abah lah kiranya. Perjalanan dalam sejam lebih sebab bawa slow je. Gerak tengahari, sampai sana Zuhur. Tengok Abah ok aja, tapi muka tu berkerut ajalah. Menahan sakit agaknya.
Lepas ni boleh pergi bercuti lah ye Bah ;p
Hello semua! I'm Iman Rayeesa! Dah tiga tahun dah ko dik. Next year sekolah tau.
Kembar lain tahun. Sibuk aje buat spec sama. Ambik gambar sebelah dia ni kena kecikkan badan semaksima mungkin supaya tak nampak besar gajah sangat. Haha!
The girls with Ibu! I wish I can be as strong as you Ibu even kadang rasa down dengan hidup yang up down ni.
Sebelum balik ke Melaka semula, mandikan The Imans sesiap sebab sampai Melaka kang dah malam dan confirm semua tidur dalam kereta.
Ibu, yang pergi mana-mana pun mesti nak bawa bekal juga. Lagi-lagi ke rumah Kak Iparnya. Sampai Mantin, terus laju-laju buka bekal untuk lunch. Lapar.
Bergambar dengan Abah di rumah tempat dia dibesarkan. Time datang ke sini, seorang BFF Abah datang ziarah. Menangislah kedua-duanya, mengenang bahagian masing-masing dah tua-tua ni.
Macam tu lah agaknya kita dah tua nanti. Bahagian kita nanti macam mana pula agaknya. Sempat tua ke?
Cousin snap gambar ni waktu tengah duduk atas buaian dengan The Imans. Weekend kami sekarang berempat ajalah since Azreen busy dengan kerja part time.
Insha Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. Amin =)
:) sebab baca entri ni.
BalasPadamabah aida, masih ok, uzur tapi masih boleh berjalan.
tapi bertongkat.
tak boleh dah journey dlm kenderaan lama2. pening. mabuk.
so sekadar dedekat jer lah.