Memaparkan catatan dengan label Mantin Most Wanted. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mantin Most Wanted. Papar semua catatan

Jumaat, 15 November 2024

Pemergian Kakak Arwah Abah

Salam Jumaat barakah buat teman-teman yang menyinggah ke sini. 
Alhamdulillah, 2-3 hari ni hujan, sejuk bumi Nilai.
 
I batuk almost 2 minggu dah. Rasanya la sebab seingat i, start batuk 30 Oktober haritu. Demam takda. Check covid influenza semua negatif. Badan pun takda la sakit-sakit or ada rasa tak sihat. 

Risau juga kot ada sakit lain, petang selasa tu, pergi la jumpa doktor. Macam-macam doktor tanya, antaranya soalan dalam gambar tu la sebab dia kata, kalau TIBI, selera makan semua hilang. I takda simptom tu.  Dia suruh buat X-Ray tapi I tak buat (malas nak bukan rantai tudung semua =p ), so dia bagi ubat dulu dan minta stop segala madu, lemon dan mak nenek air rebusan yang I minum. Kita ikut je la cakap doktor tu. Insha Allah, dengan izin Allah lepas makan ubat doktor nanti ok la I ni.

13 November pagi, elok je sampai office, adik kedua call. Dia maklumkan yang kakak  sulung arwah Abah dah meninggal dunia. 

Termenung sekejap lepas dapat berita. Terkejut sebab takda pula update dalam group yang Mak (kami panggil mak) tak sihat, tak tahu nak react apa. Wasap husband je la maklum ke dia. Tunggu info kebumi sama ada kat Selayang atau Mantin. Kalau kebumi di Mantin, sempat la ziarah.

Lagipun, I ada meeting pagi tu, kalau nak ziarah pun mungkin lepas zuhur, tunggu anak balik sekolah, gerak sekali.

Hilang lagi seorang ahli keluarga. Dijemput pulang ke negeri abadi. Berehat la ya mak. Insha Allah ada rezeki kita sekeluarga berkumpul di 'sana' nanti.

Jumpat mak last raya. Kami adik-beradik datang ziarah. Mak yang tudung biru tu. Adik-beradik arwah abah ni suka melawak semuanya. Kalau berjumpa diorang, tak kering gusi, ada aja lawaknya. Kami akan rindu gurau senda mak.


Kami terus ke kubur je sebab lepas zuhur akan dikebumikan. Alhamdulillah, dari urusan keluar hospital, urusan mandi dan kebumi, semuanya mudah. Lepas dikebumi, turun hujan renyai.


Oleh kerana hujan, tumpang la berteduh kat van jenazah ni 😅 sebab khemah dah penuh orang. Yang dua ketul ni seronok pula diorang kat situ, semua tempat dia nak explore. 

Hasil dapatan tak reti duduk diam dalam van jenazah, esoknya si adik demam.


Lepas selesai kebumi, kami ke rumah arwah Nenek. Tumpang zuhur dan rehat kat situ. Alhamdulillah, adik-adik I semua ada datang ziarah.


with adik perempuan dan sepupu.

Esoknya, kenalah Ommak cuti untuk jaga orang domam. Tak tahulah demam sebab kena hujan rintik-rintik atau kena 'tegur' sebab main dekat van jenazah.

Khamis, 7 November 2019

Bawa Abah keluar

Salam,

Last week bawa Abah keluar. Payah sebenarnya nak ajak Abah ni keluar dari rumah, kena paksa juga la. Selain dari temujanji hospital, masa Abah memang banyak di atas katil je. Hujung minggu pun, kami akan bawah Abah duduk di luar rumah, tapi kadang tak tahan lama pun, dia nak baring semula.

Doktor fisio pun bising setiap kali temujanji. Pesan setiap hari suruh tegakkan katil Abah 90darjah, bagi Abah duduk tegak, if layan memang tak boleh  berjalan nanti.

Ada juga terangkan, yang Abah tak boleh duduk lama, nanti dia rasa pedih di belakang, tapi Doktor kata, Abah dah 4 bulan lebih terbaring, memang sakit bila suruh duduk, tu kena duduk selalu, lama-lama nanti hilang rasa sakit untuk duduk tu.

Tapi itulah, Abah sahaja yang tahu dan tanggung sakitnya. If dia kata sakit, kami baring kan ajalah semula. Kesian tengok dia tak tentu arah tahan sakit tu.


Kadang ajak Abah makan kat kedai lepas temujanji hospital, tapi Abah kata, tak payah la. Menyusahkan aja nanti, nak kena angkat, nak kena bersuap lagi.

Lama dah tak makan kat kedai bah, gelak-gelak makan kat luar =(

Abah aja rasa susah, kami tak susah pun. Iya, memang agak struggle juga nak angkat Abah masukkan dalam kereta, tapi itu kalau buat seorang, kalau dua tiga orang, easy breezy je.

Amy paling expert nak angkat. Haha! Orang hospital pun kagum dengan kekuatan Amy.



So, last week ajak Abah pergi rumah kakaknya di Mantin. Balik kampung Abah lah kiranya. Perjalanan dalam sejam lebih sebab bawa slow je. Gerak tengahari, sampai sana Zuhur. Tengok Abah ok aja, tapi muka tu berkerut ajalah. Menahan sakit agaknya.

Lepas ni boleh pergi bercuti lah ye Bah ;p

Hello semua! I'm Iman Rayeesa! Dah tiga tahun dah ko dik. Next year sekolah tau.

Kembar lain tahun. Sibuk aje buat spec sama. Ambik gambar sebelah dia ni kena kecikkan  badan semaksima mungkin supaya tak nampak besar gajah sangat. Haha!

The girls with Ibu! I wish I can be as strong as you Ibu even kadang rasa down dengan hidup yang up down ni.

Sebelum balik ke Melaka semula, mandikan The Imans sesiap sebab sampai Melaka kang dah malam dan confirm semua tidur dalam kereta.

Ibu, yang pergi mana-mana pun mesti nak bawa bekal juga. Lagi-lagi ke rumah Kak Iparnya. Sampai Mantin, terus laju-laju buka bekal untuk lunch. Lapar.

Bergambar dengan Abah di rumah tempat dia dibesarkan. Time datang ke sini, seorang BFF Abah datang ziarah. Menangislah kedua-duanya, mengenang bahagian masing-masing dah tua-tua ni.

Macam tu lah agaknya kita dah tua nanti. Bahagian kita nanti macam mana pula agaknya. Sempat tua ke?

Cousin snap gambar ni waktu tengah duduk atas buaian dengan The Imans. Weekend kami sekarang berempat ajalah since Azreen busy dengan kerja part time.

Insha Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. Amin =)