Program si adik join anjuran Team PIBG sekolah dengan kerjasama Gastro Hub, Nilai. Beriya nak join sebab dia kata nak belajar buat cupcake. Ada dua sesi, sesi pagi buat pizza, sesi petang buat cupcake. Dia minat cupcake so pergi yang sesi petang sahaja.
Ommak daftarkan je lah. Roger adik sekali suruh daftarkan anak dia. Ada la geng si adik tu nanti.
Lepas register pukul 2.30 tu, anak-anak di panggil untuk dipakaikan apron dan topi.

Antara peserta yang join. Comel je semua. Colorful apron dan topi mereka. Menunggu turn untuk deco cupcake mereka yang baru keluar oven.
Alhamdulillah, dapat tunaikan permintaan budak-budak ni yang nak sangat pi kelas cupcake. Nasiblah team PIBG sekolah rajin buat program. Dapatlah join kelas yang di sekitar Nilai je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan