Memaparkan catatan dengan label Fight Abah fight. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fight Abah fight. Papar semua catatan

Ahad, 7 Februari 2021

Dear Abah!

 


Abah,
Dua bulan berlalu Abah pergi tinggalkan kami. PKP juga telah masuk minggu ketiga, means almost tiga minggu juga Ain tak ziarah rumah baru Abah. =( Tiap kali balik, tetap cuba ziarah Abah. Bila ziarah, rasa dekat dengan Abah.

Abah,
Paklong jatuh, dan tiba-tiba tak boleh bercakap. Ibu call tanya nak buat apa. Ain suruh call ambulan ajalah bawa ke hospital. Payah musim covid ni, tak boleh rentas negeri, hanya boleh dengar khabar berita ajalah. Bila tengok ambulan mesti akan teringat hari-hari terakhir dengan Abah. Terbayang wad kecemasan, terbayang keadaan Abah. Semuanyalah. 

Abah,
Sehingga ke hari ini, 
Ada je benda atau perkara yang mengingatkan Abah.
Nak tidur malam pakai stokin pun, akan teringat waktu nak pakaikan Abah stokin.
Bila teringat, sedih. Bila sedih, nangis.
Insha Allah, time will heal. Ya, Insha Allah.

Abah,
Dulu, kalau baca yasin, abah akan tersedu menangis. Selalu tertanya-tanya kenapa?
Sekarang, Ain dah tahu jawapannya. My turn pula yang setiap kali baca yasin, tersedu nak menghabiskan bacaan.

Tenanglah Abah di sana.
Insha Allah, diampunkan segala dosa Abah, dilapangkan dan diterangkan kuburnya, dijauhi dari segala siksa.



Ahad, 24 Januari 2021

Tika menungguh Abah, 6 Disember 2020

Salam semua,

Saja post kat sini, entri I di FB time menunggu abah di bahagian kecemasan Hospital Melaka haritu. I di dalam emergeny room, adik kedua di luar. Adik keempat dalam kereta.

Sempat juga kami menunaikan solat subuh di Masjid Al-Azim pagi tu. Kenangan terindah, tika saat-saat akhir abah.


Bila di emergency room semalam, lepas Doktor explain keadaan Abah dan kata boleh bisik di telinga Abah ajar mengucap, Abah dengar tu, tak tahu nak react macam mana. Tarik nafas dalam-dalam, buat juga. Doktor minta family bersedia. 

Bila bantuan pernafasan dicabut dari mulut Abah semalam, mata tak bergerak-gerak dari dada Abah. Dada berombak tu tumpuan utama. Takut kalu dada tu tak bergerak. 

Bila semua saudara-mara, jiran-jiran baca Yasin, hiba rasa hati ni. Harap sangat ni semua mimpi. Berkat air zam zam dan surah yasin, Alhamdulillah besar kuasa Allah pagi ini. 

Bila cousin nurse bagi suggestion, berkira-kira nak buat. Takut tersalah pilihan, takut nanti pilihan jadi sesal di kemudian hari. Pukul empat pagi tetap bawa abah naik ambulan pergi hospital. 

Bila pagi ni Doktor panggil dan tanya, awak buat apa dekat Abah awak, jarang ada kes macam ni. Patient sedar dan sangat fresh wajah dia. Speechlessnya, rasa nak sujud celah katil di zon merah ni. 

Bila Abah panggil kata, Amy tu kau kena tengok keperluan dia kak. Dak Wan tu tak keje lagi, kau tengok juga. Ya Allah Abah. Dalam waktu kritikal pun masih runsingkan tanggungjawab dia. Fikir diri sendiri dulu bah. 

Di kala ini, masih menunggu Abah. Moga mentari terus bersinar cerah. Terima kasih pada semua yang guide kami segalanya. Masa panik gini, benda mudah pun terlupa cara, jadi tak tahu nak buat apa. 

Ya Allah, permudahkan segala urusan kami. Kau yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami. ~Maaf sebab post panjang ni, hati risau, tapi cuma mampu tenung papan tanda zon merah sambil baca Yassin.


Update terkini:

1. Perasaan I di ketika itu, sangat pasti Abah akan ok semula. Melihat muka Abah yang berseri, siapa sangka, 2 hari lepas tu Abah pergi meninggalkan kami selamanya.

2. I dan abah sama-sama melihat pakcik di sebelah Abah 'pergi' ketika di bahagian kecemasan. Kami sama-sama mendengar mesin di sebelah pakcik tu menunjukkan garis panjang tanda jantungnya dah berhenti. Abah gelak time tu cakap, pergi dah orang tu. Rupanya lepas tu turn abah pula.

3. Segala kenangan di hari-hari terakhir Abah, masih jelas dan segar dalam ingatan. Cuba juga sibukkan diri, buat macam-macam, take time perlahan-perlahan melupakan. Payah sebenarnya, tapi Insha Allah kita cuba.

4. Tahun ini ternyata berbeza, sebab Abah dah tiada. Puasa dan raya kami tanpa Abah di sisi =,(

5. Bila ibu atau makcik marah lepas Abah pergi, I selalu kata, tak baik marah I. I ni anak yatim. Gelak diorang sambil kata, Dah tua bangka dah tak kira anak yatim. Boleh aja marah =p

Rabu, 16 Disember 2020

Selamat jalan Abah!

Salam semua, 

Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Abah saya, Abu Samah Samsudin yang telah kembali kepada Penciptanya pada 9 Disember 2020. 

Al Fatihah.

Dah 7 hari Abah pergi. Semua terasa macam mimpi.
Bukan tak terima kenyataan, cuma, masih dalam kesedihan, masih payah nak melepaskan.



Semuanya macam mimpi bah. Tak tergambar perasaan ni. Bila orang tanya ok, I jawab ok je. Yang dah pernah rasa kehilangan, tahulah macam mana keadaannya. 


Rumah baru Abah. Corner lot, tepi sungai. Tenang dan mendamaikan. Moga Abah tenang di sana. 
Nanti-nanti dah ready Ain tulis lagi bah. Banyak nak cerita.

Alhamdulillah segala urusan pengebumian Abah mudah dan lancar. Terima kasih atas bantuan semua orang kampung, saudara-mara dan kawan-kawan semua.
Terima kasih juga atas ucapan dan kiriman doa untuk arwah Abah. Tak terbalas satu-satu semua ucapan dan doanya. Moga yang baik-baik juga berbalik kepada anda semua.
Mohon maafkan segala dosa Abah. Sekiranya Abah ada berhutang boleh maklum kepada keluarga kami.
“Allahumma firlahu warhamhu waafihi wafu`anhu”
Al-Fatihah
Abu Samah Samsudin
31.3.1953-9.12.2020


Sabtu, 12 Disember 2020

Catatan Pemergian Abah

 

4 Disember 2020 

Ada perbincangan penting tentang Setiausaha sepatutnya tapi balik aja Melaka pagi tu lepas Subuh sebab Abah ada temujanji dengan pakar. Lagipun kalau bab jumpa pakar, memang adik-adik tolak pada I, so terpaksa la tinggalkan perbincangan penting tu. Sampai rumah Ibu bagi tahu, Abah takda selera, asyik muntah dengan cirit-birit. Ada satu rasa terdetik, tapi macam biasalah, sentiasa cuba positif.

Time masuk rumah, Abah cakap, nak solat zuhur, tapi bagi tahu masih awal lagi bah, dhuha la dulu.

Abah tanya lagi kau sapa? Dalam gelak cuba berlawak dan jawab, Fazura ni bah tapi dah bertudung. 

Sambil menunggu pakar di hospital, Abah lain dari kebiasaan. Dia senyap aja di kerusi rodanya. Selalu kalau 2-3 jam menunggu pasti dah riuh mulutnya. Sesekali Abah minta baringkan kerusi roda sebab belakangnya sakit. Adik minta bawa abah ke emergency je sebab abah sakit perut. Tapi a day before abah dah pergi klinik so I rasa better jumpa pakar dulu minta pandangannya. 

Lepas berjumpa pakar hati rasa happy sebab Pakar kata rebakan kanser Abah makin menurun. Cakap pada pakar tentang keadaan Abah sekarang tapi semua soalan pakar, Abah yang dulu jawab. Rasa nak marah aja sebab Abah tak bagi cakap yang sebenarnya. Dia kata, nanti macam-macam doktor buat, dia nak balik tak nak duduk hospital. Kita ikut ajalah. Malas nak berlawan cakap. 

Dalam kereta dua tiga kali Abah nak muntah. Kita get ready ajalah tadah kain. Balik rumah pun Abah masih takda selera nak makan. Sebelum balik petang tu, salam Abah, dia pesan, Kau balik tau kak. Kau kena balik. 

 Iya bah, kita jawab sambil salam dan cium dahi Abah.

 

5 Disember 2020

Adik bagi tahu, nak bawa Abah ke emergency sebab Abah makin sakit perut. Tengahari dia bagi tahu dari Alor Gajah nak transfer Abah pergi Melaka. Adik minta pandangan semua sebab Doktor nak intubate sebab jantung Abah makin lemah. Doktor maklum juga buah pinggang Abah dah tak berfungsi, suggest untuk buat dialisis di Hospital Melaka.

Fikir keadaan Abah semalam, I ajak Azreen balik. PM jiran-jiran tanya siapa ada printer nak tumpang print borang rentas negeri. Kemas baju semua, then kat Balai berdrama. Polis tak nak lepas, I jawab I tetap akan balik juga. IC pula boleh tertinggal kat printer pejabat sebab buat salinanIC untuk ke Balai.

Sampai hospital Melaka sama masanya dengan ambulan Abah dari Alor Gajah. Doktor panggil waris dan terangkan segalanya. Doktor minta persetujuan semua waris. Sambil call Ibu, terangkan condition Abah sambil menangis bertiga di luar Bahagian Kecemasan. Doktor maklum family kena bersedia sebab bila masa aja Abah boleh pergi lepas mesin pernafasan di buka. Ibu setuju untuk bawa balik Abah.

Di Bahagian Kecemasan, I tanya pada seorang  Doktor perempuan Melayu. Betul ke keputusan I bawa balik Abah ni? Dia jawab, betul puan. Hospital dah tak boleh buat apa. Lebih baik pesakit habiskan masa dengan keluarga. Puan boleh bisik kalimah syahadah pada Abah. Ajar Abah mengucap.

Rasa macam mimpi. Semua berlaku sekelip mata. Jujurnya kami belum bersedia.

Dalam pada itu maklum juga pada saudara mara keadaan Abah. Hati tetap juga kuat kata, belum masa Abah pergi.

Bawa balik Abah, Doctor declare Admit on Own Risk (AOR). Semua dah menunggu di rumah. I minta masa pada petugas, bila kami dah ready, barulah mesin dibuka. Petugas Ambulan pesan, doa banyak-banyak. Semuanya ikut ketahanan pesakit. Ada yang bertahan 20minit, ada yang 2 jam, ada yang dua minggu malah ada yang kuat bertahan sehingga dua bulan. Dada abah berombak kuat lepas mesin dibuka. Tak henti-henti kami lafazkan kalimah syahadah ditelinganya. Saudara yang hadir bacakan yasin  bersama jiran-jiran.

Pukul 2 pagi Abah buka mata. Bila kami panggil dia bagi reaksi. Lepas tu dia kata dia lapar. Oleh kerana tak tahu nak buat apa sebab ada wayar dihidung, kami decide hantar Abah ke hospital semula.

 


 6 Disember 2020

Dalam Ambulan abah suruh ke dapur, tengok apa yang ada. Abah lapar. I cakap nak ke hospital ni bah, Abah sakit. Dia tetap kata Abah nak balik rumah.

Lepas solat subuh, Doktor panggil waris. I terkejut tengok Abah elok aja mukanya. Doktor kata, based on laporan Abah, dia pun terkejut tengok Abah. Jarang berlaku macam ni.

Doktor tanya Abah, Pakcik sihat ke?
Abah jawab, sihat, dah boleh balik rumah.
Gelak besar Doktor tu. Dia cakap pada Abah lagi, kita nak rawat Abah dulu. Kena duduk hospital.

Abah bila dipanggil dia macam khayal cakap pasal adik-adik. Lepas tu tanya pasal emak. I assume abah hypo sebab tak makan apa-apa tapi Doktor dah pasang drip untuk bekalkan nutrisi. Tukar-tukar dengan adik masuk emergency room tengok Abah. Pakcik dan Abang sepupu pun datang borak dengan Abah. Diorang cakap, elok bersih aja muka Abah. Tak macam sakit.

Lega hati dengar. Mungkin keajaibanNya nak bagi masa kami lebih lama dengan Abah.

Doktor yang bertukar shift  marah. Dia kata hospital memang dah tak boleh buat apa, you tak faham ke condition Abah you. Kami explain kami nak hospital bantu mana yang boleh ajalah, kami nak Abah dapat air, ada ubat. Kami tak tahu nak buat apa, memang harapkan hospital. Dapat satu malam pun cukuplah.

Tukar shift dengan adik-adik jaga Abah. Biarlah sama-sama merasa jaga Abah.

7 Disember 2020

Abah dah tak sedar sebab Doktor bagi morfin. Kami bawa Abah balik. I pun sempat lari sekejap ke Nilai, pass over kerja dan minta cuti pada Bos.

Kami decide untuk stopkan morfin dengan harapan Abah akan buka mata. Nafasnya laju. Memang sentiasa pantau. Setiap malam memang panggil orang masjid baca yasin. Ustaz pun dah pesan, jangan tinggalkan Abah. Sentiasa ajar mengucap kalimah syahadah.

Malam tu juga cakap kat Ibu pasal nafas Abah yang dah nampak lain. Pesan juga kat Ibu, minta Ibu lepaskan dan redhakan lah segalanya. Bisikkan juga di telinga Abah, jangan risaukan kami bah. Ain akan tengok adik-adik dan macam-macam lagi ucapan ikhlas dari hati.

Berat nak melepaskan tapi Abah dah lama berjuang. Dah tiba masa Abah berehat dari ujian dan sakit dunia. Muka Abah memang macam orang tidur. Cuma nafasnya aja yg ada berbunyi bunyi. Kakak saudara kata, kesan dari intubate, memang akan ada goresan pada tekak.

Saudara mara juga datang berziarah. Semua ucapa benda yang sama. Abah nampak sihat, Insha Allah akan sembuh.


8 Disember 2020

Tetap terus bacakan Yasin dan mengaji untuk Abah. Adik tiba-tiba bagi tahu Abah buang air besar. Berempat kami cuba tukar diapers Abah, tapi  bila chek, takda pun. Sambil tergelak, kami cakap, main-mainlah Abah ni.

Petang tu cakap dengan wife cousin, minta ajar bagi Abah susu. As kata, dia mungkin lambat sebab tunggu cousin balik. Lambat pun kami tunggu, janji dapat bagi susu pada Abah. Allahu, rupanya itulah makanan terakhir yang kami suap untuk Abah. Malam tu juga terasa terlalu mengantuk dalam pukul 12.30 malam, suruh Azreen tolong ganti kejap mengaji untuk Abah.

Terjaga pukul 3.00 pagi, tukar dengan adik pula. Tiada apa-apa tanda. Abah seperti tu juga, seakan tidur malam dengan lagu dengkurnya.

 9 Disember 2020

Tengah malam tu sambil mengaji, sambil pegang tangan Abah, rasa macam nak snap gambar. Tapi handphone jauh so cakap, esok lah. Kalau Abah sedar tu, mesti dia cakap, gambar kak, gambar. Kau semua nak ambil gambar.

Nasib Ain ambik gambar Bah, now itu je kenangan yang Ain ada dengan Abah tau. Abah baca doa pun Ain rekod. Boleh dengar suara Abah lagi 😢

Lepas Subuh, tengok kepala Abah mengiring ke kiri, tempat ibu duduk sebelum solat Subuh. Sambil luruskan kepala Abah, cakap, apa abah ni, tengok sana. Meh tengok Ain ni. Hari ni dah Rabu bah, buka la mata. Tengok dada abah dah tak bunyi-bunyi. Ambil juga air zam zam basahkan mulutnya.

Baru nak baca surah Ar-Ra’d, Rayeesa lak menangis nak nasi. Tukar dengan adik. Elok aja pegang pinggan, tiba-tiba semua cemas sebab nafas Abah dah slow. Sepenuh hati kami bisik kalimah syahadah. 6.50pagi, lembut dan tenang Abah pergi meninggalkan kami.

Allahu akhbar.
Sekelip mata semua terjadi.
Yang pasti ia bukan mimpi.
Abah pulang ke negara abadi.


Innalillahiwainnailaihirajiun
Abu Samah bin Samsudin
31.3.1953 - 9.12.2020

Khamis, 5 Mac 2020

Abah tak bangun.

Salam semua,

On off dah sekarang berblogging.
Rasa nak stop blogging tapi semalam pi visit blog kak Di,  termotivasi pula nak menulis balik bila baca tulisan dia yang encourage orang untuk terus menulis. So I rasa, masih ok kot nak berblogging, kalau tak takkan Allah gerakkan hati pi baca blog kak Di. Haha.

Kita pujuk hati, senang nak recall balik memori-memori lama, so jom la tulis sikit-sikit. Walau tiada yang baca, kita jadikan tempat rujuk untuk diri sendiri je lah. Hopefully juga, one sweet day, my children juga akan singgah ke sini ;) Hi the Imans *flying kiss

Good morning Mastana!
24 Februari lepas was my turn untuk bawa Abah pergi temujanji. Kali ini kena ke Hospital Melaka. Azreen ada urusan, maka I drive sorang dari Nilai pagi tu ke Melaka. Dah timing semua siap, tapi tetap juga tak boleh nak sampai awal. Pagi tu juga, rezeki I bila beli Costa konon nak hilangkan ngantuk, sekali mamat kat belakang tu tolong bayarkan sebab time turn nak bayar, I tak perasan cash takda dalam purse. Alhamdullillah!

Hospital Melaka ni, masalah parkingnya memang tak boleh bawa bincang. Lepas turunkan Abah dan Ibu, 30 minit juga lah berpusing-pusing nak mencari parking. Lastly jumpa parking kat rumah orang tapi kena bayar RM2. Bayar ajelah malas nak banyak fikir, sebab I mengejar temujanji dengan Doktor. Haritu, result progress CA Abah, so Ibu suruh dengar.

Ramai yang cakap, beruntung kami adik-beradik dapat berbakti pada ibu bapa. =,) Nangis I bila orang cakap macam tu. Rasa bangga, tapi dalam masa yang sama, tetap sedih. Susah nak ungkap kesedihan tu, tapi Alhamdulillah, I fikir ni je, Dia takkan bagi hambaNya ujian yang kita takkan mampu nak hadap kan?

Handsome-handsome doktor kat Hospital Melaka ni! Haha. Nyempat aje!  Hiburan mata ok to kill the time.

Bila turn kami sampai, debar semua tu Allah je yang tahu. Takut tak boleh terima kenyataan tapi tetap minta semoga yang baik-baik sahajalah.

Alhamdulillah, since ikut treatment, ada penurunan jumlah CAnya. Rasa macam nak sujud syukur depan Doktor. Banyak progress yang positif. Bab fisio pun ada improvement, walau tak banyak, kami tetap happy.

Selesai temujanji, hantar ibu abah balik,  I pun balik semula ke  Nilai. Happylah semua dah ok tapi happynya Dia bagi sekejap je.

Pagi Khamis tu, lepas breakfast sebelum pergi kerja, Ibu bagi tahu, nak kejut Abah solat, tapi abah tak bangun!

I dah terkedu rasa macam tak functioning badan semua. Since dah panggil  ambulans, so I minta izin dari Azreen nak balik, maka, drive lah perlahan-lahan ke Hospital Alor Gajah (HAG).

Sambil drive I cakap sensorang, semua akan ok, iyaa, akan ok. Hilangkan rasa susah hati. Zikir banyak-banyak dan clearkan otak dari fikir yang bukan-bukan.

Memang terus tak kerja la hari tu. Sampai HAG, Ibu inform Abah dah sedar tapi memang kena warded sebab paras gulanya tak stabil dan ada jangkitan kuman.

Allahhuuuuu Abah! Hilang gigil I.
Janganlah macam-macam bah!
Kami semua belum bersedia =(

Cinta hati dunia akhirat. Ya Allah, kami tinggal jauh, tolong rahmatilah ibu abah selalu dan jauhkanlah dari perkara-perkara yang tidak  baik.
Seriously bila Ibu inform pagi tu, I rasa takut. Dah la macam-macam berita orang meninggal lately. Tak terbayang apa jadi if Abah pergi. Semoga dijauhkanlah kami semua daripada perkara-perkara yang tidak baik, amin.
 




Rabu, 22 Januari 2020

Untung Abah

Salam semua,

Isnin lepas, turn I bawah Abah pergi ke hospital untuk temujanji. Berkira-kira nak balik petang Ahad, so takde la rushing pagi Isnin tu tapi Azreen lak kerja. Nanti anak-anak nak tinggal dengan siapa. So kita decide gerak awal pagi Isnin tu je lah.

Dah siapkan anak-anak dan keperluan diorang untuk ke sekolah,  dalam 6.30 pagi I keluar. Keluar awal sangat pun gelap, seram aje kang haha.

Trafik pun lancar aje. Campur tolak berhenti isi minyak, beli Costa semua, dalam pukul 8.00 I sampai rumah Ibu. Abah masih belum ready lagi so I menyinggah la pergi membawang ke rumah makcik.

Dah ready semua, I dengan Ibu aje angkat Abah masuk kereta then terus ke hospital. 

Temujanji kali ini adalah berjumpa Pakar untuk Rehab (Rehabilitasi).  Temujanji Abah ni berderet banyaknya. Kenalah berbahagi-bahagi sesama adik beradik untuk bawa Abah.

Alhamdulillah, untuk temujanji kali ini, banyak perkembangan positif untuk kebolehupayaan dan pergerakan Abah. Doktor juga suggest supaya Abah tinggal di hospital untuk buat fisioterapi secara intensif. Abah tak bagi keputusan pun. Dia nak fikir dulu. Kita ikutkan ajelah.

Selesai temujanji dan  membawang dengan Ibu di Melaka, dalam pukul 3 petang, I gerak balik ke Nilai. Nak kena balik masak untuk keluarga lak.

Malam tu borak-borang dengan Azreen, I cakap,

Abah tu beruntung, dia takda waktu kami membesar. Iya, Abah bagi duit untuk perbelanjaan semua, tapi tak sama bila membesar tanpa Ibu Abah ni. (Kami tinggal dengan Nenek). Dia tak jaga kami, tapi time Abah sakit,  kami beriya menjaga dan tetap jalankan tugas kami sebagai anak.

Terluah juga sikit-sikit apa yang I pendam. Banyak lagi yang nak diluah bila mengenangkan masa lepas, tapi terpaksa di tahan. Allah sedang menguji I sebenarnya. Sikit-sikit Syaitan tu tetap cucuk jarum untuk I fikir yang bukan-bukan.

Azreen marah I cakap macam tu. Dia kata tak baik, nanti takda pahala yang I dapat untuk apa yang I buat.  Dah itu bahagian Abah. Kan semuanya  Allah dah tulis. Yang lepas-lepas tu biarkanlah. Bahagian kita nanti belum tahu lagi macam mana. Patutnya kena bersyukur lah sebab Allah bagi ladang pahala untuk kami adik-beradik.

=(

I manusia biasa. Kadang lemah juga. Kadang tersasar juga dari jalan yang dah Dia rencana.
Semoga I dijauhkan dari berfikir yang bukan-bukan lagi dan sentiasa ikhlas dalam setiap perbuatan.
Semoga anak-anak I juga  nanti jadi macam kami adik beradik. Dapat berbakti kepada orang tua dengan hati yang ikhlas.


"Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mengasihaniku pada waktu kecil."

Amin.




Khamis, 7 November 2019

Bawa Abah keluar

Salam,

Last week bawa Abah keluar. Payah sebenarnya nak ajak Abah ni keluar dari rumah, kena paksa juga la. Selain dari temujanji hospital, masa Abah memang banyak di atas katil je. Hujung minggu pun, kami akan bawah Abah duduk di luar rumah, tapi kadang tak tahan lama pun, dia nak baring semula.

Doktor fisio pun bising setiap kali temujanji. Pesan setiap hari suruh tegakkan katil Abah 90darjah, bagi Abah duduk tegak, if layan memang tak boleh  berjalan nanti.

Ada juga terangkan, yang Abah tak boleh duduk lama, nanti dia rasa pedih di belakang, tapi Doktor kata, Abah dah 4 bulan lebih terbaring, memang sakit bila suruh duduk, tu kena duduk selalu, lama-lama nanti hilang rasa sakit untuk duduk tu.

Tapi itulah, Abah sahaja yang tahu dan tanggung sakitnya. If dia kata sakit, kami baring kan ajalah semula. Kesian tengok dia tak tentu arah tahan sakit tu.


Kadang ajak Abah makan kat kedai lepas temujanji hospital, tapi Abah kata, tak payah la. Menyusahkan aja nanti, nak kena angkat, nak kena bersuap lagi.

Lama dah tak makan kat kedai bah, gelak-gelak makan kat luar =(

Abah aja rasa susah, kami tak susah pun. Iya, memang agak struggle juga nak angkat Abah masukkan dalam kereta, tapi itu kalau buat seorang, kalau dua tiga orang, easy breezy je.

Amy paling expert nak angkat. Haha! Orang hospital pun kagum dengan kekuatan Amy.



So, last week ajak Abah pergi rumah kakaknya di Mantin. Balik kampung Abah lah kiranya. Perjalanan dalam sejam lebih sebab bawa slow je. Gerak tengahari, sampai sana Zuhur. Tengok Abah ok aja, tapi muka tu berkerut ajalah. Menahan sakit agaknya.

Lepas ni boleh pergi bercuti lah ye Bah ;p

Hello semua! I'm Iman Rayeesa! Dah tiga tahun dah ko dik. Next year sekolah tau.

Kembar lain tahun. Sibuk aje buat spec sama. Ambik gambar sebelah dia ni kena kecikkan  badan semaksima mungkin supaya tak nampak besar gajah sangat. Haha!

The girls with Ibu! I wish I can be as strong as you Ibu even kadang rasa down dengan hidup yang up down ni.

Sebelum balik ke Melaka semula, mandikan The Imans sesiap sebab sampai Melaka kang dah malam dan confirm semua tidur dalam kereta.

Ibu, yang pergi mana-mana pun mesti nak bawa bekal juga. Lagi-lagi ke rumah Kak Iparnya. Sampai Mantin, terus laju-laju buka bekal untuk lunch. Lapar.

Bergambar dengan Abah di rumah tempat dia dibesarkan. Time datang ke sini, seorang BFF Abah datang ziarah. Menangislah kedua-duanya, mengenang bahagian masing-masing dah tua-tua ni.

Macam tu lah agaknya kita dah tua nanti. Bahagian kita nanti macam mana pula agaknya. Sempat tua ke?

Cousin snap gambar ni waktu tengah duduk atas buaian dengan The Imans. Weekend kami sekarang berempat ajalah since Azreen busy dengan kerja part time.

Insha Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. Amin =)

Khamis, 29 Ogos 2019

Tempahan kuih

Salam semua,

Nak meluah rasa. Simpan dari weekend haritu lagi.

Since Abah sakit, Ibu memang dah stop jual dan ambil tempahan kuih.
Perhatian memang 24 jam pada Abah since memang kena bantu Abah uruskan diri.

2 jam sekali kena pusingkan kiri dan kanan, tapi selalu tak sampai dua jam pun. Dia rasa nak pusing badan, dia panggil kita.
Kaki pun kena gerak-gerakkan.
Kadang, dia panggil nak air.
Takpun garukan kepala, atau garukan mana part yang gatal.
Bila takda orang kat dia, dia panggil, kadang siap cakap, mentang-mentang Dia dah macam ni,  seronok tinggalkan dia seorang pergi borak di dapur.
Bila lambat datang, dia cakap, saja aja buat tak dengar dia panggil.
T___T

Time dia nak duduk (kalau kami ada), dia suruh angkat.
Baru 5-10 minit duduk dia suruh baringkan balik sebab belakang sakit.
Part angkat  baring ni memang selalulah.
Kadang, yang tukang angkat pun jadi marah, lagi-lagi bila baru nak menyuap nasi, Abah dah jerit, sakit niiii, Abah nak baring. Kelam kabut kami pergi ke Abah.
Semua ni kenangan untuk kami.
Walaupun kadang marah, ragam Abah juga buat I tersenyum bila ingat balik time kat office. =,)

Abah ada dua tiga kali cakap pada I dan adik-adik, hantar jelah dia kat rumah orang tua-tua. Tak nak menyusahkan kami kononya.

I sindir Abah balik, kalau hantar ke sana, Abah jangan ingat orang sana nak layan Abah macam Ibu dan kami buat. Entah-entah, Abah panggil pagi, petang baru diorang datang layan.

Kahkahkah!
Kami gelak.

So, last Friday malamnya, I balik Melaka, sampai aje rumah, I tengok Ibu busy buat kuih sambil dibantu makcik. Ada tempahan kuih.

Tak terucap rasa marah sebab Ibu terima tempahan.
Tak terfikir ke orang yang tempah (Saudara sendiri), yang Ibu tu penat menguruskan orang yang sakit.
Dekat nak pukul 12 pagi, makcik yang tolong minta izin nak balik.

Ibu tanya, tolong ibu boleh?
Dia minta I menolong untuk menyiapkan tempahan 2 jenis kuih sebanyak 400 biji.

I jawab, taknak lah.

Kenapa?
I jawab, penat la bu. Tadi kerja, balik lagi nak uruskan anak-anak, settlekan urusan kerja rumah tadi.

Ibu diam je.
I marah sebenarnya, at the same time kesian kat Ibu. Yang saudara pun satu hal lagi, macam tak boleh order kat orang lain. Suka ambil kesempatan pada Ibu  sebab harga kuih Ibu hanya RM0.35 sebiji. Lagi satu, dengan Ibu, boleh hutang. Ambil kuih dulu, bayar kemudian.

I masuk ke dalam, melayan Abah yang tak tidur. Layan dia borak. Macam-macam yang keluar hinggalah ke isu Ibu buat kuih. Abah kata, pergi la tolong kak, cepat siap, cepat ibu rehat.

Abah tak suruh pun memang I nak tolong. Walaupun marah, tak sampai hati sebenarnya tengok Ibu susah payah gitu. Tu masuk dulu, borak-borak dengan Abah. Bagi cool down sikit. Dah tenang, barulah ke dapur menolong apa yang patut.

I ambil yang positif ajelah. Ibu suka buat kuih, mungkin dengan buat kuih, dia dapat release stress dan penat menjaga Abah. I assumed gitu ajelah.

Esoknya, lepas ambil tempahan, I dengan Azreen memang uruskan Abah, suruh Ibu tidur dan rehat. Sambil Ibu tidur, ambil peluang kemas rumah, basuh baju dan apa-apa jelah yang boleh ringankan Ibu. Malamnya pun dah nak balik, so, apa yang I boleh bantu, I bantu haritu juga termasuk bersihkan rumah.

Esoknya, adik dan suaminya pula balik jaga Abah. Ibu dan makcik pergi kelas hiasan pulut kuning. Another me time for her, hopefully boleh charge up mental fizikal Ibu untuk minggu ni.

Walaupun terasa penatnya, tapi hopefully kepulangan kami dapat ringankan beban Ibu, dan dapat menceriakan dan meringankan sakit Abah, Insha Allah.

Bila Ibu Bapa dan tua ni, sebolehnya, balik ke kampung tu janganlah menyusahkan mereka. Senangkanlah hati mereka. Kita balik pun bukan lama. Setakat sehari dua. Dah usia mereka pun tak tahu sampai bila.

Cubalah bantu meringkan segala beban yang ada. Tak ringankan beban duit, mungkin boleh bantu ringankan beban kerja rumah  ;)

Insha Allah, buat segalanya dengan ikhlas, ibu abah redha, pasti ganjaran pahala dari Dia.
Amin!


Isnin, 26 Ogos 2019

Kanser prostat

Salam semua.

Anyone yang ada pengalaman menguruskan Ahli Keluarga yang ada CA Prostate?
Harap boleh share pengalaman.

Since Doktor sahkan Abah menghidap CA Prostate Tahap 4, hari-hari google info tentang kanser. Hari-hari akan cari dan baca cerita yang positif tentang pesakit kanser, lepas tu I foward ke Ibu. Semoga kami kekal positif dalam menghadapi dugaanNya, aminnn.

Terkini 6 Ogos, bila bawa Abah ke temujanji Doktor, selain dah merebak ke tulang dan hati, terkini kanser Abah juga dah merebak ke paru-paru. Allahuu!

Senyum bah! If Abah rasa down, ada orang keadaan dia lagi teruk dari Abah.
Adik lelaki dah habis tempoh cuti tanpa gajinya hujung Julai lepas. Since tiada siapa yang mengangkat, memang seminggu sekali sahaja Abah akan mandi. Ibu hanya lap je Abah.

So,  hari Jumaat malam kami balik ke Melaka, pagi Sabtu tu ajak Azreen angkat Abah, then mandikan dia.

Sambil mandikan sambil menahan sebak.  Potongkan kukunya, sabunkan rambut, gosok gigi, gosok badan, sambil menahan rasa sedih. Bayangkan tubuh badan yang dulu kuat dan gagah, kini tak berdaya apa. Terfikir juga, bersediakah kita kalau tiba-tiba jadi macam ni =(

Happy muka Abah dapat mandi.
Dalam cuaca sekarang ni, yang panasnya bukan main lagi, memang tak selesa kalau tak dapat mandi.
Bising juga Abah tak dapat mandi. Marah ke Ibu.
Tapi Abah kenalah terima seadanya. Takkan Ibu nak angkat Abah. Kot Ibu sakit nanti, siapa pula nak jaga Abah.

Ubat Abah pun Doktor dah up lagi. Morfin pula. =(
Sedih sebenarnya bila dah kena ambil morfin ni.
Tapi dah itu aje yang mampu melegakan sakitnya, kena lah ambil juga.

Malam Jumaat tu juga, sambil menolong Ibu buat kuih tempahan,
Ibu meluahkan pandangan Doktor Panel yang kami selalu jumpa.
Ya, Ibu.
Memang itu yang semua Doktor akan kata,
Tapi, selagi ada Dia, tak salah kalau kita terus berdoa, berusaha.
Insha Allah, dengan izinNya moga ada keajaiban untuk sakit Abah.
Amin.




Isnin, 29 Julai 2019

Weekend yang dinanti

Salam semua,

Hujung minggu memang sentiasa dinanti untuk kami adik-beradik. Nak balik kampung, tengok Abah. Walaupun kadang ada macam-macam hal, akan cuba juga squeeze masa, janji dapat balik.

Last weekend juga Reezqy ada perlawanan bola sepak, so, suami bawa dia ke game bola dan I balik Melaka tumpang adik.

Hai Abah! Nurse Ain sedia melayan dan menyuap Abah =)
Abah request roti canai kuah banjir on Saturday, maka malam tu ibu buat adunan roti canai dan rebus kacang dal, esoknya, plinggggg, kami bersarapan roti canai.

Sambil menyuap Abah, abah meluah rasa lak pagi tu,

Anak-anak, abah dah bagi sekolah.
Nak bermenantu, dapat dah dua.
Nak cucu, enam Dia bagi, riuh.

Tengah gembira, Dia bagi dugaan lak.
Dah terlantar, anak jaga. Satu penghargaan buat Abah.
Apa lagi nakk.

Jaga la hidup elok-elok.
Bukan selalu kita kat atas.

Sedih bila Abah meluah rasa gitu. Satu penghargaan buat kami juga bah, dapat bantu meringankan apa yang patut.
Dulu Abah Ibu jaga kami dari baby, dewasa, sampai sekarang.
Sekarang, turn kami pula jaga Abah yang dah macam 'baby.'
Yang penting, Abah kena kuat. Semangat Abah untuk melawan kanser adalah kekuatan kami untuk meneruskan kehidupan.


Petang, Ibu ajak bersihkan kebun. Kalau Abah sihat dulu, Abah aje yang buat semua ni. Tebas rumput, sapu rumput-rumput, then bakar.

I bertiga dengan ibu dan adik lelaki bersihkan kebun sambil mengintai buah-buahan yang dah mula masak. Durian dah habis luruh. Rambutan pun sedang masak ranum. Manggis dan langsat baru mencelah masak sebiji dua.

Sambil bersihkan kebun, I cakap kat Ibu, dah pencen nanti nak buat rumah kat sini nanti sambil gelak besar. Adik lelaki jeling je.

Ibu kata, nak sangatlah Azreen tu duduk kampung.

My favorite, rambutan gula batu. Sedap sangat. Semalam petik, bawa office sikit, bagi cikgu Reezqy sikit.

On the way nak balik dari kebun, nampak lagi sebiji manggis. Memang rezeki lah dalam rimbunan daun tu nampak sebiji yang dahmasak.

Langsat belum masak sepenuhnya. Ibu suruh je petik bawa balik sebab kalau hujan ni habis luruh tapi, petang tu tak sempat nak petik. Esoknya pula, ada aje tetamu datang ziarah Abah, kami anggap bukan rezeki kami ajelah nak petik langsat.

Alhamdulillah, dapat spent weekend dengan Ibu Abah. Semoga kami dapat balik selalu dan dapat spent masa bersama, Insha Allah.

Jumaat, 5 Julai 2019

Keadaan Abah sekarang

Salam semua,

Harini nak cerita tentang perkembangan Abah. Boleh throwback kisah abah ni kat SINI ye.

Tentang kesihatan Abah, mana yang negatif aja bagi pandangan tu, kita senyum buat tak tahu ajelah. Sekarang bahagian kami, esok lusa bahagian kau, baru tahu rasa macam mana.

Yang penting, kami adik-beradik dah cuba buat yang terbaik. Insha Allah, Dia nampak usaha kami.

Ramai yang tanya perkembangan Abah. I pun dah tak update FB sangat tentang Abah. Kalau tanya atau PM baru kita jawab.

Last Saturday, 30 Jun, Doktor bagi kebenaran Abah discharge. Alhamdulillah. Tapi ada few appoinments yang perlu dihadiri. Insha Allah, masing-masing dah volunteer turn siapa patut cuti.

Ada kawan yang kata, Untuk korang dapat berlumba-lumba mengejar pahala.
Insha Allah, semoga kami ikhlas dan moga pahala ganjaran kami, hendaknya. Aamin.

Doktor dah ajar cara nak angkat, cara nak dudukkan, all exercise yang abah kena buat,  dan segala yang patut cara nak handle Abah, since after operation haritupun, takde progress pergerakan kaki Abah.

Gambar jahitan operation di spine haritu.  Simpan kat sini sebagai kenangan. Panjang, termasuk yang bertutup tu. Neck collar pun dah tentu hala jadinya sebab abah tak reti duduk diam. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Abah memang tak boleh bergerak dari pinggang ke kaki, tahu, memang tak selesa serba tak kena. Jari pun dah tak boleh mencengkam, sampai nak menggaru pun payah.

Emosi lak tak payah nak kata lah. Memang menduga keimanan, tapi Dia sedang menguji Abah,  dan Dia juga sedang menguji tahap ketabahan kami semua. Hanya boleh bersabar, sabar, sabar semaksimum yang boleh.

Cuba bayangkan kita kat tempat dia, dengan tak boleh bergeraknya, memang hangin sentiasa lah

Kanser primer Abah dah diketahui. Latest news, selain dah merebak ke semua tulang, kanser juga dah merebak ke hati =(

Semua bersedih, teramat sedih untuk berita ini. Abah lagilah. Kalau video call dengan kakaknya tu, asyik menangis aje.

I dan adik-beradik, seboleh-boleh memang cuba buat lawak, cuba buat takda apa-apa depan abah. Memang tak nak bagi dia sedih, walaupun kadang-kadang dia keluarkan ayat sedih.


Abah!
Termenung mengadap reban ayam dan itiknya. Dah balik rumah ni, boleh lah angkat bagi duduk kat wheel chair so dapatlah juga menghirup udara di luar.

Takmau sedih-sedih bah! Kami kuat, abah pun kena kuat =)

Home sweet  home!  Baik-baik di hospital, baik lagi  bila dah ada di rumah. Cuma mungkin penjagaan kami tak sebaik macam nurse kat hospital, tapi yang penting, dah ada kat rumah, dah dapat dengar bunyi ayam itik semua kan bah!

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan penyembuhan abah, kau ringankanlah sakitnya, dan kau sembuhkanlah penyakitnya, aaamin.

Khamis, 27 Jun 2019

Turn jaga malam di hospital

Salam semua,

Since Abah warded, kami adik-beradik memang bergilir menjaga Abah. I selalu berdoa tak kena shift malam.
Kahkahkah (walaupun sedih dengan keadaan Abah, tapi bab jaga malam mmg ditakuti).

Siapa yang kenal I, memang tahu perangai penakut I ni sebab tu lah anak mengikut (Raneeya dan Reezqy) =(
Bukan dibuat-buat ye. Memang gitu. Cuma dah makin tua ni, makin kuranglah penakut tu sikit, I rasa. Lagipun, depan anak tunjuk perangai penakut, kang tak boleh dijadikan contoh tauladan lak.

Entah macam mana percaturan, sekali ada dua malam nama I naik.
Serba salah nak kata tak sebab tukar dengan Ibu. Adik-adik pun dah kena turn masing-masing.
Rasa nak menangis pun ada, tapi nak tak nak kena hadap juga. Kalau ikut, boleh aje tolak Azreen pi ganti, tapi Abah dah kata, dia nak anak dia aje yang jaga, maka, memang takde pilihan lah.

Mulut nak kata tak nak tapi hati cakap, jangan selfish Ain.
So, kita redha dan pasrah ajelah.

Malam pertama, since dah lama tak makan makanan raya, I post kat FB teringin nak makan.
Terus cousin call pukul 11.30 malam tu suruh turun lagi 15 minit, dia nak hantar makanan.
Wad Abah adalah di tingkat 4, nak turun kena guna lif. Beranikan diri ajelah turun. Takkan nak minta nurse teman lak.

Time dalam lif tu macam-macam terfikir, macam mana lah kalau lif ni tiba-tiba terstop.
Macam mana kalau tiba-tiba terbenti kat tingkat dua dan ternampak ......
Dah lah baru habis baca novel Lif berhantuttttt.
Hadoi aii.

Boleh pulak kirim nescafe ais malam tu. Bila teringat yang toilet jauh, kita sedut sekali dua jelah air favourite tu.

Untuk solat lak, I pi solat Maghrib pukul 8, tunggu Isyak sekali jalan sebab suraunya di hujung wad. Takuitttt eh solat lambat-lambat. Sebelum nak solat tu I dah pesan kat Abah, nak apa-apa cakap sekarang, nak tinggalkan Abah kejap ni dalam 30-45 minit.

Malam kedua, Abah request nak makan Pringles which is kat cafe bawah ni takda jual. Kena menapak pergi kat main entrance sebab kat situ ada kedai.

Nak ke main entrace tu kena lalu ada satu jalan panjang yang dah malam kan, orang pun jarang lalu. I punya laju jalan time tu, memang tak tengok orang dah. Seram oi. Lagi-lagi tu kan hospital T__T

Time balik ada dua orang je lalu kat situ, cleaner dan nurse. Walaupun ada terfikir sesuatu time tu, esoknya  baru I cakap dalam hati. Betul ke cleaner dan nurse malam tu?

Alhamdulillah, I manage to overcome ketakutan tu (sikit-sikit lah). takut-takut tapi kena beranikan diri sebab takda pilihan. Tahniah lah pada diri sendiri.
Semoga lepas ni makin berani, berani dan terus berani. Aaaamin.





Selasa, 25 Jun 2019

Hati yang pecah.


Harini pergi memenuhi jemputan sambutan raya Jabatan kat sini. Seronok dapat beraya.Makan bihun sup yang sedap, nasi ayam, seri muka durian Ya Allahh sedapnya. Ambil dua tiga gambar.

Then petang sambung bincang Family Day office.
Gelak-gelak tak ingat.
Lega sebenarnya dapat gelak, dapat hilangkan mana yang sesak.

 Tapi tu lah,
Orang tua-tua kata, jangan suka-suka,nanti dapat duka.

Just now, adik baru bagi laporan daripada Doktor.
Yes, perumah kanser dah diketahui.
Dan dah merebak ke hati.
Allahuuu.

Menahan air mata aje kat office ni. Cepatlah pukul 5. Nak balik.
=,(


"Jika harusku bersabar dengan segala derita
'Ku terima
Jika pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa
Bicara 'ku rela
Cinta akan 'ku mengasihimu
 Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwaku tulus untukmu"

Tukang urus yang setia.


Kita ni hanya mampu merancang, tapi Allah s.w.t. juga yang menentukan segalanya.

Since Abah sakit, I memang tarik diri dari beberapa lantikan yang telah diamanahkan di pejabat. Serba salah sebenarnya bila nak tarik diri ni, tapi memandangkan tak berapa pasti boleh commit sepenuhnya dengan tanggungjawab tu, maka I mohon undur diri.


Cuma, ada satu tugas sebagai Urusetia ni, iaitu sebagai wakil Abah sebagai Pengarah Program Family Day adik beradik Nenek, bila I mohon undur diri, urusetia lain merayu supaya I bantu juga. Tak hadir pun takpa, tapi mohon bantu uruskan segala persiapan program.

Oleh kerana ini adalah keluarga di sebelah Abah, I cuba berlapang dada. Mana tahu, kita mudahkan urusan orang, Allah swt bantu permudahkan segala urusan penyembuhan Abah, Insha Allah.

Abah pun dah kata, kau bantu ajelah kak. Kau 'tangan kanan' Abah sekarang ni. Kalau Abah dah boleh keluar, nanti boleh la Abah pergi tengok je.

Berat hati sebenarnya, tapi kita turutkan juga. Dah Abah suruh. I pun, rasanya kalau tak tergalas nanti, pasti Azreen jadi tempat I minta bantuan. Haha!

Insha Allah, semoga dipermudahkan segalanya, Amin.

Selasa, 18 Jun 2019

Nikmat raya yang ditarik seketika

Salam semua,

Alhamdulillah, dah  dua minggu kita semua menyambut Syawal.
Seronok tengok semuanya riang beraya =)

Rindu nak makan lemang rendang, so pagi tadi I beli pulut dengan rendang. Acah-acah makan lemang gitu.

Masuk office ni, tengok kalendar, ooo dah 14 Syawal rupanya. Tak terasa Raya berlalu sebab kami semua berulang-alik dari rumah ke  hospital sejak Syawal ketiga. Baju raya anak-anak pun ada yang tak berpakai lagi.

Haha.

Simpan ke Raya Haji je lah ye anak-anak ;)


7 Jun 2019

Raya ketiga, kami adik-beradik decide hantar Abah ke hospital. Since dari pinggang ke kaki Abah tak boleh bergerak, terpaksa panggil Ambulan untuk hantar Abah ke hospital. Takut nanti tersalah angkat makin tambah sakit pula. Jalan terbaik, panggil lah orang yang lebih tahu menguruskannya.

Kronologi Abah tak boleh jalan ni (kena repeat cerita ni setiap kali Doktor tanya, abah sampai baran tak nak bercakap dah haha)

- Awal puasa Abah masih boleh berjalan lagi. Masih boleh melawat Ibu yang warded sebab denggi. Masih boleh urus diri.

- Pertengahan Ramadan, Abah dan mula pakai tongkat, lepas tu tukar ke walker, then ada appointment klinik, kita bawa terus pakai kerusi roda. Doktor pun terkejut, so Dia suggest pi buat MRI ke hospital. Abah tolak sebab katanya, dia nak beraya dulu. Dia mohon lepas raya je pergi.

- Sehari sebelum Raya (Mantai), Abah tak boleh bergerak dari pinggang ke bawah. Jari pun dah mula kebas tak boleh nak genggam. Perlukan kerusi roda untuk bergerak. I post kat FB time tu tanya ada tak yang nak jual kerusi roda, tapi sekejap ajelah. Kami decide beli baru je lah. Mak saudara pun ada bagi kerusi roda terpakai, tapi jenis yang berat macam kat hospital. Kami beli yang lebih selesa sikit untuk Abah. Time ni nak urus diri pun dah tak boleh. Kita ajar pakai diapers. Memang marah betul dia tapi terpaksa sebab struggle nak angkat setiap kali dia nak ke tandas.

- Pagi Raya, kami struggle mengurus Abah. Bila tak boleh bergerak ni, makin berat pula rasa bila angkat Abah. Pagi tu decide akan ikut rutin raya macam biasa tapi bila tengok keadaan Abah yang susah nak uruskan pergerakkannya, Ibu kata, tak payahlah pi beraya ke Mantin. Abah sedih, tapi kenalah terima.

- Raya Kedua, adik beradik Abah datang melawat di Melaka. I pun bawa Abah dan Mak mertua datang melawat Abah. Memang Raya kedua tu penuh sanak saudara datang berziarah je lah.

- Pagi Raya Ketiga, ambulan datang ambil Abah, then bermulalah  episod Abah jadi bahan uji kaji di hospital.

Kami adik-beradik dan ibu bergilir jaga Abah di hospital Melaka. Memang kena sentiasa ada orang tunggu sebab nak minum pun kena kita yang suakan straw.

Day 2 di hospital tu, buat MRI full body, Doktor kata macam ada history stroke dan result buah pinggang Abah tak cantik so kena drip nak flush urine bagi clear buah pinggang. Paru-paru pun nampak macam tak ok.

Day 3,  I jaga siang dan doktor suruh buat ultrasound di bahagian perut. Abah ni fizikal dia aja yang tak boleh bergerak, tapi mulut dan selera 'sihat'. Since dah terbaring aja, dia memang tak berhenti bercakap. Ada juga dia marah. Kenalah layan je lah. Adik-adik yang bujang dan Ibu bila jaga malam, memang menadah ajalah telinga.

Ni gambar malam ketiga sebelum adik lelaki I hantar balik Nilai. Adik perempuan yang depan tu jaga, tapi pagi esok, dia akan terus pergi kerja di Subang, dari Melaka.

Day 4 di hospital, I patutnya dah start kerja, tapi Isnin tu budak sekolah cuti lagi, malas nak bawa budak-budak pi office, maka kita cutilah dan duduk rumah. Dalam 9.30 pagi Ibu call bagi tahu result MRI dah keluar.

Bila dengar suara Ibu sebak, I dah dapat agak. Abah was diagnosed CA bone, stage 4. Tak tahu nak react apa masa tu tapi I suruh Ibu jangan nangis.

Lepas letak telefon, I pula yang banjir. Macam tak boleh nak hadam yang sebelum ni ikut kata Doktor yang check bulanan hanya masalah saraf sebab diabetis Abah, now terus ke kanser tulang. Allahhuuuu! Siapalah kita nak menidakkan kerja Dia.

Petang tu Azreen suruh I balik Melaka dengan adik ketiga. Dia jaga budak-budak sebab esok sekolah dah mula. I cakap kat bos, I sambung cuti seminggu terus. Adik ketiga pun, cuti seminggu juga.

Ikut Doktor, kanser tulang berpunca dari kanser sel yang merbahaya dari organ lain dan telah merebak ke tulang dan ia  menyerang ke semua tulang. So, Doktor masih mencari punca utama sama ada dari prostat atau paru-paru. Once punca dah diketahui, then Doktor akan suggest apa rawatan seterusnya.

Kes Abah ni tengah queue untuk CT TAP scan, dan dijadualkan pada 24/6. Kami adik beradik cuba minta untuk buat CT TAP scan di private, tapi Doktor kata, ini akan beri effect pada imej hospital dan sekiranya nak buat juga, kami kena discharge dan apa jadi atas tanggungan sendiri. Since Abah memang tak boleh bergerak, kami akur dengan keputusan Dr. Abah pun kata tak payah, nanti payah pula nak dapat rawatan kat sini.


Day 7, ibu bagi tahu, esok Abah akan ditransfer ke Hospital Seremban (HTJ) untuk ambil sample tumor yang ada di spine since Pakar Neuro ada di HTJ.

Day 8, I dan adik kedua tunggu ambulan yang bawa Abah ke HTJ. Parking kat HTJ ni memang mencabar nak cari. Rasa macam masuk explorace lak sebab terlari-lari dari parking ke bahagian kecemasan. Kalau boleh nak sampai sebelum ambulan.



Explanation from Doktor pakar kepada I dan Ibu. Dia tengok muka I blur aje, terus dia lukis. I bukan tak faham, cuma nak hilangkan rasa bercampur-baur yang ada.

I tanya Doktor, minor operation je kan?

Terus muka Doktor serius dan cakap this is high risk & major operation. Dia explain segala risks yang ada.

Tips tak nak bagi menangis di waktu yang tak sesuai, agak-agak air mata nak turun tu, sila dongak ke atas dan tarik nafas dalam-dalam. Nanti air mata tak turun, ia masuk ke dalam. Haha!

Operation Abah start pukul 8 malam, dan Ibu yang nak tunggu. Pukul 2 pagi, operation selesai dan ikut doktor semuanya ok. Tumor dah dikeluarkan dan sedang tunggu keputusan ujian yang dijalankan. Doktor ada bagi gambar operation, cuma kalau letak kat sini kang, ada pula yang tak lalu makan.

Satu perkara selesai, lepas ni kita tunggu ajalah, beberapa perkara lain yang akan menyusul. Insha Allah, doa kami, semoga segala urusan penyembuhan Abah dipermudahkan.

Kami juga sedang tunggu hasil yang positif pembedahan ni. Tumor yang tekan spine telah dikeluarkan, harapnya Abah akan boleh gerakkan kaki. Sehingga Day 3 lepas operation, masih takda perubahan. Mungkin ambil masa dan gerakkan kaki. Kami positif Abah boleh bergerak semula.

Melihat keadaan Abah yang ceria dan makan pun berselera je, I masih tak boleh hadam tentang kanser tahap 4 tu. I selalu pujuk hati cakap, Doktor salah diagnos. Abah ok, abah takda apa-apa. Dia akan sihat.

I tanya cousin yang kerja nurse, kanser ni memang terus tahap empat je ke? Kat office ni pun, tahu aja ada kanser, terus tahap 4. Takde yang sikit-sikit.

Dia jawab, kanser bila ia dah merebak memang Doktor akan kelaskan sebagai tahap 4.

=(

Dalam situasi macam ni,  I bersyukur sebab ada adik-adik yang masih belum berkahwin. Diorang tulang belakang kami, diorang yang banyak menguruskan Abah lagi-lagi bila kena jaga malam.

Semoga Allah swt murahkan rezeki diorang sebab banyak menjaga Abah berbanding kami yang dah kahwin ni. Semoga kesihatan Abah bertambah pulih dan akan boleh berjalan dan sembuh seperti sebelum ini.

Insha Allah, aaaminnn.