Anyone yang ada pengalaman menguruskan Ahli Keluarga yang ada CA Prostate?
Harap boleh share pengalaman.
Since Doktor sahkan Abah menghidap CA Prostate Tahap 4, hari-hari google info tentang kanser. Hari-hari akan cari dan baca cerita yang positif tentang pesakit kanser, lepas tu I foward ke Ibu. Semoga kami kekal positif dalam menghadapi dugaanNya, aminnn.
Terkini 6 Ogos, bila bawa Abah ke temujanji Doktor, selain dah merebak ke tulang dan hati, terkini kanser Abah juga dah merebak ke paru-paru. Allahuu!
Senyum bah! If Abah rasa down, ada orang keadaan dia lagi teruk dari Abah. |
So, hari Jumaat malam kami balik ke Melaka, pagi Sabtu tu ajak Azreen angkat Abah, then mandikan dia.
Sambil mandikan sambil menahan sebak. Potongkan kukunya, sabunkan rambut, gosok gigi, gosok badan, sambil menahan rasa sedih. Bayangkan tubuh badan yang dulu kuat dan gagah, kini tak berdaya apa. Terfikir juga, bersediakah kita kalau tiba-tiba jadi macam ni =(
Happy muka Abah dapat mandi.
Dalam cuaca sekarang ni, yang panasnya bukan main lagi, memang tak selesa kalau tak dapat mandi.
Bising juga Abah tak dapat mandi. Marah ke Ibu.
Tapi Abah kenalah terima seadanya. Takkan Ibu nak angkat Abah. Kot Ibu sakit nanti, siapa pula nak jaga Abah.
Ubat Abah pun Doktor dah up lagi. Morfin pula. =(
Sedih sebenarnya bila dah kena ambil morfin ni.
Tapi dah itu aje yang mampu melegakan sakitnya, kena lah ambil juga.
Malam Jumaat tu juga, sambil menolong Ibu buat kuih tempahan,
Ibu meluahkan pandangan Doktor Panel yang kami selalu jumpa.
Ya, Ibu.
Memang itu yang semua Doktor akan kata,
Tapi, selagi ada Dia, tak salah kalau kita terus berdoa, berusaha.
Insha Allah, dengan izinNya moga ada keajaiban untuk sakit Abah.
Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan