Khamis, 8 Ogos 2019

Congrats Nadi!

Kenangan malam berinai.
Haha. Motif post gambar kahwin sendiri?
Tengok gambar kahwin orang ni, teringat Majlis Kahwin sendiri. Rasa  nak bersanding lagi, tapi nak bertudung lak. Haha!

Ada cakap juga kat Azreen, jom kita photoshoot kahwin nak, sebab tak boleh nak throwback sangat la gambar kahwin  zaman jahiliyah. Azreen cebik je. Dia kata ada sebab lah tu, Allah jadikan gitu. Dia tak nak awak show off sangat gambar kahwin! Cukup untuk I dan you tengok sendiri je sudah.

Alahai laki den ni.

Anyway, Julai lepas juga, seorang lagi anak buah Azreen mendirikan masjid. We share bulan anniversary yang sama ;) Congrats Nadi and Hazman on your wedding.

I hanya boleh hadir Majlis Nikah je since terlibat dengan sukan time Resepsi Nadi. Ikutkan boleh aje nak drive dari Shah Alam ke Kelana Jaya  tapi Azreen kata, tak payah lah. Kang jadi apa-apa time kat tengah jalan, susah pula. Dah lah dia ada tugas time Majlis Resepsi.


The girls - husband side. MIL, SIL dan anak-anak buahan <3 p="">


Majlis Nikah hanya dihadir oleh saudara mara je. Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan lancar.

One for the memory! Smileee! Pengantin paling happy kat belakang tu. Haha!

Majlis Resepsi tema Nude Brown. Dah siapkan anak-anak, bapanya bawa lah pi Kelana Jaya dan ommak ke Shah Alam. Risau anak-anak pakai warna pastel ni tapi kita lelap mata ajelah bagi Bapaknya handle.

Majlis Resepsi gabung sekali je dengan pihak lelaki. Senang, settle semua sekali jalan.
Once again, tahiah Nadi dan Suami. Semoga ikaatan yang dibina kekal bahagia sampai ke syurga ;)





1 ulasan:

  1. Lama tak pi kenduri kahwin..eh..haha..lama x makan lauk kenduri kahwin sebenarnya...well happy anniversary dear..

    BalasPadam