Jumaat, 2 Ogos 2019

Bila emak-emak bersukan

 ‘Volleyball is not just a sport, it’s a way to express your anger without hurting someone.’ (~ Google)
Yes, so true! Rasa hangat hati je, kau tampar ajelah bola tu puas-puas. Haha!

Awal tahun, our Volleyball  Setter, menyuarakan isi hatinya nak buat comeback team bola tampar. Dia nak aim masuk SUKANUN tahun ni. So she came up dengan macam-macam siri latihan yang telah dirangka. I ok ajelah. Kita realisasikan lah impian dia. Our team Captain pun dah balik dari LA, so, moh kita! I pun antara ingat dengan tak ingat je main bola tampar ni sebab dah lama berhibernasi.

Masalah utama nak buat comeback ni, haha, ahli yang lama ada yang dah tak boleh main, pencen, telan bola dan macam-macam lagi lah. Ada dua tiga orang yang masih ada, tapi, mana cukup nak tubuhkan 1 team complete dengan 12 ahlinya.

So, kita iklankan, offer pada yang sudi serta kita juga paksa siapa yang kita rasa boleh bantu kumpulan kita untuk turut serta!

Acece, masih boleh overhand serve, dah kira hebat la tu! Kah kah kah! Nak jump serve, rasa macam badan berat kang tak balance terpeleot lak kaki.

Sesi training kami berjalan seperti yang dirancang. Dua minggu sekali sebelum bulan Ramadan. Then, stop sekejap time Ramadan, Syawal start semula.

Mostly dalam team kami, semuanya emak-emak. Bila dah emak-emak ni, faham-faham ajelah, time training memang banyak aralnya.

Yang bawa anak dengan iklan anak nak itu ini. Yang dengan kisah tak dapat turun trainingnya, anak patah tangan, demam Influenza A, kena H1N1 lagi, almost give up la Setter siap rasa nak tarik diri. Haha.

Maka, peranan ahli kumpulan untuk support each other time ni adalah sangat penting.

I pun tak terkecuali juga dengan macam-macam hal. Dengan Abah yang keluar masuk hospital, I pun sekejap ada, sekejap tak ada time training. Ada seminggu tu, pinggang terpeleot lak, Ya Allah, ingatkan dah jadi OKU dah, nasib, baik balik pinggangnya.


Kami hire Coach juga, bayar sendiri. Nasib la ada Coach. Banyak yang dia baiki skill kami yang dah tak berkilat ni. Memang lebam-lebam tangan lah dibantainya. We enjoyed the training session walaupun, tak cukup nafas oii menandakan kau dah tua haha.


Ada few session juga buat friendly game. Walau tak sentiasa cukup ahli, kami cuba juga lah sedaya upaya fight. Kelakar pun ada bila kenang balik moment moment yang kelakar.

Masa pertandingan pun tiba. Jeng jeng jeng!
Inilah team kami. Team emak-emak sedia beraksi. Pakai jersi pun sponsor diri sendiri je. Haha.

Bergambar dengan team Lelaki. Jersi tempah sekali dengan team Lelaki. Ambik aura star walaupun kami tak berapa nak berbintang sangat.

Bila join pertandingan gini, bab dapat lepak macam ni memang best. Bukan selalu kan. Kira me time jugalah ni. Makan tanpa chaos di meja makan. Tenang aje menyuap dan menyedut air. Sesekali merasa, kita enjoy every minute.

The team! Ada pelbagai 'makam'. Ada Lecturer, Officer dan Staf Pelaksana. tapi time pertandingan, semua jadi sama level je. Boleh bergelak bertampar takda hal.

Geng tetampa. 13 tahun dan persahabatan kami! Dari bujang sampai anak berderet dah! On off ada dalam team bola tampar ni sebab ada yang 'telan bola' tahun tak sama. Haha!

Thank you team atas kerjasama yang diberikan sepanjang latihan dan pertandingan. Terima kasih juga pada Coach yang sudi training kami.

Walaupun kalah this time, Insha Allah, jika kita usaha lebih lagi lepas ni, mungkin kita boleh sama level dengan team yang juara dan naib juara. Haha!

Berangan tak kena bayar punnnn! =p


1 ulasan:

  1. wah terror main volleyball..kita tk minat sbb tk brp kuat tampar bola tu..hehe..dlu2 sukan main netball & futsal je tp lps berlaku kecederaan jatuh mmg tk main dh..riso kot sakit blk tulang huhu

    BalasPadam