Memaparkan catatan dengan label Volleyball. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Volleyball. Papar semua catatan

Rabu, 23 Oktober 2024

Kisah Raya 2024

Salam,

Disclaimer: Dah taip tapi tak post time bulan raya, so kita post juga la sebab sayang post ni 🙈

________________________________________________

Tahun keempat kami beraya tanpa ibu dan abah. Akward feeling di pagi raya sebab Ibu dan Abah takda, tapi tetaplah meneruskan sambutan raya selama sebulan.


Pakai baju raya pi photoshoot raya sebelum raya di Umangai Studio, Sendayan. Kali kedua kami ke sini. Dulu pi Jabbe Production kat KL sana, tapi tak larat dah la nak masuk KL bulan puasa, kita try service yang dekat je pula.

Sambutan raya kat office. Since food banyak, ajak suami yang baru ambil anak sekolah  naik beraya.

Ex-bos ajak raya. So moh kita! Pernah jadi bos sekejap ja dan rajin komen-komen kat IG story kita. Thanks Dr. Azni for the inviation!

Raya with officemate!


Antara menu jamuan raya office, ni paling win. Singgang daging dan adik-beradiknya. Yang bekas pink tu  I bawa. Sambal tempoyak goreng dengan ikan bilis dan petai.


Buat makan-makan raya kat rumah, sekali terus celebrate kakak dan Abang. Dah besar ni tak nak dah kek bertema. Kakak request pavlova sedap, abang nak devil's chocolate cake.


Raya with Secretaries.


Sama tak? Anak bff I. Diorang kata, macam muka I. Mungkin time pregnant dulu, BFF I asyik teringat I, so mengikut la sorang anak dia muka I.


Teknik Port Dickson #circa2000


Raya company.


Raya company jemput Fauziah Ahmad Daud, so moh la kita mengabadikan kenangan dengan pelakon lagenda negara.


with cinta hati kita lalalala haha.


with anak raja Pro Canselor.


with Mak Wan, geng bola tampar dulu-dulu dan now dah pencen dan menetap di Teluk Intan, Perak


Beraya di rumah jiran yang dah pindah rumah baru.


Balik kampung, Paklong belanja kekanak bunga api. Main lah sampai lebam.


My heroes 💓

Beraya ke Pedas, rumah abang arwah Ibu.


Tragedi raya ketiga rasanya ni. Tayar meletop di highway. Alhamdulillah sempat berhenti  ke tepi lepas kejadian.


Polis suruh duduk di bahagian ni. Kita ikut je lah. 

Si kakak siap cakap, malu la mami raya di tepi jalan.
Hai lah kak, siapa je lah perasan atau kenal kita sebab semua laju-laju kat highway tu ;)


Klasiknya raya


One with Mama untuk kenangan.

Raya kedua kami ke Kuala Lumpur. Ziarah Family Mama, adik arwah Ibu. 
Seronok masuk KL time raya. Trafik lancar je.


Balik kampung, jumpa kawan dari zaman tadika.

Gambar tunggang-terbalik ya. Ni dah ke gambar raya Hari Pertama.

Beraya dengan family Makcik, adik arwah Ibu. Tersama tema pula hijau semua. Memang takda janji pun.


Reezqy dan anak-anak cousin I.

with kakak saudara, kawan I membesar bersama-sama. Dulu apa benda semua cari Kak Yan. Now, masing-masing dah ada family, jarang dapat berjumpa. 

Tempat menumpang kasih, Makcik & Pakcik.


with Cousins sama-sama membesar di kampung.


with cousins lagi. Dalam ni I yang paling tua. Haha.


With adik-adik. Yang kedua raya di Terengganu.


Pagi raya wajib ziarah rumah ibu dan abah.


The Siblings 💚


My small family 💓


Rabu, 2 Oktober 2024

Buka gerai berniaga

Salam semua,

Sebelum bertukar jabatan hari tu, balik dari Sabah, sempat join jabatan lama buka gerai berniaga sempena Open Day salah satu jabatan yang ada di company tempat I bekerja. Lagipun, I time tu pegang jawatan AJK Penjanaan, memang kena terlibat penuh la sepanjang program.

Throwback pengalaman berniaga time Hari Kantin sekolah. Form 3 rasanya ni sebelum I berpindah ke Sekolah Teknik Port Dickson. Kat sekolah Teknik juga I pegang jawatan AJK Koperasi. So, selalu la time rehat kena tolong cikgu jaga Koperasi.     


The backbone get ready set up gerai.

Menu kami. First time jabatan I berniaga ni.


Air jelly asam boi limau kasturi. Salah satu menu yang kami jual. Lakuu sebab air ni sesuai makan dengan laksa.


Ex-officemates, thanks Su dapat support.


Laksa terpaling laku.


Aiskrim Malaysia pun kami jual.


Rojak buah.


Geng bola tampar pun datang support.


Acah-acah busy haha bila orang datang snap picture.


Geng bola tampar lagi,  Maya!


Alhamduilllah, selesai bertugas. Satu lagi pengalaman berharga locked di jabatan lama. 
Thank you korang atas segala pengalaman berniaga yang diberikan.

 

Selasa, 24 September 2024

Kenangan manis di Sabah

Salam semua,

Masih lagi cerita dan gambar-gambar Sabah. Banyak sangat gambar, kena la letak sini. Nanti nak tengok balik pun senang.



Hari perlawanan!
Team kami ni cukup-cukup ahli je, memang gamble je la join. Reserve pun dua orang je. Nampak underdog betul sebab player ada 8 orang. Coach pun takdaa! Team lain siap bercoach, ada team medic dan pengurus!

Kena keluar duit sendiri kan, ramai yang tak mampu nak join. So, kami doa banyak-banyak, game ok, kurang injuries dan yang pasti nak menang, at least dapat gangsa pun jadi la supaya berbaloi kami ke Sabah.


Kenangan dengan ahli JC yang join SUKUM. Balik je dari SUKUM kena tukar jabatan. Haha!

Pihak Pengurusan turun bagi sokongan. 

Di Sabah kami plan masak sendiri je sebab nak jimat. Yelar, dah la keluar duit sendiri, elaun pun takda, so, moh la kita ke pasar beli barang masak. Pasar Sabah memang terletak kat tepi laut. Cerah biji mata tengok hasi laut yang fresh!

Ya Allah, harga seafood kat sini pun, murah betul compare dengan harga di Semenanjung.





Tengok lah semua hasil laut tu! Dah la camera friendly haha, tak edit ya tu, fresh pulaaaaaa. Gerammm!

Paksa Captain beli sayur. Tak lengkap hidup kalau makan takda sayur.

Ikan termenung fresh, size besar, harga sekilo hanya RM7. Sedap betul goreng garing makan panas-panas dengan kari kepala ikan by Captain. So sedapppppp sebab ikan fresh.

Get ready untuk majlis perasmian. Sesiap jamak then bergerak menuju ke tempat majlis. 

Team bola tampar wanita =)

Love gambar ni. Sunset @ Sabah.






Antara menu kami sepanjang di Sabah. Simple food tapi kenyang, Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab Captain kami pandai masak. Benda simple pun, dapat kat tangan dia, jadi sedap semuanya. Ada ahli lain yang sesiap bawa sambal siap masak dari semenanjung. Dapat la buat tambah-tambah lauk.

Kenangan seorang atlet bola tampar bersukan di Sabah.

While Ommak berjuang di Sabah, anak-anak berjuang di MSSD mengikut acara masing-masing.

Team bola tampar lelaki dan wanita. Kami takda Coach. Training pun dengan team lelaki je la. Mendapat la angkat spike berapi diorang sampai tangan lebam semua. Training dengan diorang juga buat kami kena bergerak laju. Memang membantu la kami lawan team lain.


Kenangan, our last meal di homestay. 


Dalam kesibukan ke sana-sini, Captain juga pastikan kami sempat shopping. Terbaikkkk la Captain!
Wajib beli, buah tangan amplang ni. Dah hebat sekarang sebab ada macam-macam flavor! I beli yang original dan flavor sotong je sebab itu je yang rasa sedap kat tekak ni.

Pasar Filipina KK. Supaya senang nak jaga, ke mana-mana pun captain suruh pakai tshirt rasmi company. Nasibbbb la labuuu!

Bilis for life! Hasil borong semuaa di Pasar Filipina.

Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang acara bola tampar. Team lelaki dan wanita dua-dua berjaya merangkul pingat gangsa. Alhamdulillah.


Selesai lawan UMS Sabah, juara bertahan 12 tahun berturut-turut. Confirmlah kami TAK MENANG lawan diorang. =p


Bergambar kenangan bersama  team UMS.


Congrats, we did it ladies! Menang juga pingat walaupun gangsa ja. 
Lengkap dah KPI perkhidmatan. Ada menyumbang pingat sepanjang berkhidmat. 

Boleh la jawab soalan orang dah, bila nak stop bersukan?
Ok, dah menang pingat gangsa, saya boleh stop bersukan dah. 


Alhamdulillah, kenangan terindah dan manis pi Sabah.
Congrats team!
Terima kasih juga sudi menyumbang tenaga dan wang demi menjayakan misi ke Sabah.