Memaparkan catatan dengan label JJ3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JJ3. Papar semua catatan

Khamis, 17 April 2025

Cerita bulan puasa yang lepas

Salam,

Bulan puasa haritu, boleh dikira rasanya berapa kali Iftar di luar. Mostly dengan family ja. Dengan kawan-kawan, ada sekali dengan ex-FEM. Yang ini memang kami akan jumpa time bulan puasa je.



Dekan nak raya haritu, filem pendek tempat kerja I keluar di youtube. Filem pendek rupanya, ingatkan IKLAN. Tapi tulah, orang suruh tengok Nadiya Nissa berlakon, yang depat capture Akak Nurtizen tu, haha.

Link filem pendek USIM: USTAZ PESAN

Bulan puasa juga, seperti selalu, kejiranan I akan buat bubur lambuk untuk diedarkan pada surau dan Iftar lorong.

Menu Iftar this year, ayam goreng seekor, sumbangan setiap rumah, lauk ikan yang dipancing sumbangan dari jiran, sambal belacan dan suhun masak air dengan telur.

Masak simple je for iftar sebab dah busy dengan bubur lambuk.

Alhamdulillah, sumabangan sorang sikit bahan bubur, dapatlah hantar sedekah ke surau dah jiran lorong lain.
Hello sexy! Ayam dibedakkan sebelum deep fry.

I join masak bubur lambuk je sebab Iftar dah janji dengan family arwah Abah. Lorong lambat decide tarikh, so tak dapatlah iftar sesama. Tapi mereka bekalkan je lauk dan bubur untuk di bawah ke rumah Makcik. 

Sebelum gerak pi Iftar rumah makcik, Anum singgah hantar barang. Dia bagi coklat untuk Reezqy as reward for UPKK's result.




Iftar dengan family arwah Abah, I sampai lambat. Haha. Jarang berlaku ya I lambat. Dah lambat tu, tak berapa ada la gambarnya sebab diorang cakap, yang rajin ambil gambar, Kaklong Ain je =p



Bulan puasa haritu juga, Iman Reezqy join program khatam dan program sempena bulan Ramadan anjuran pihak sekolah. 



Iftar dengan ex-FEM. This year, Kak Sila volunteer jadi host. Potluck lauk sorang sikit. I plan nak bawa tomyam, tapi hari bekerja kann, ada hal, terus tukar sup ayam je. Alhamdulillah, dapat berjumpa semua sebelum masing-masin pulang berhari raya di kampung.

Rabu, 23 Oktober 2024

Kisah Raya 2024

Salam,

Disclaimer: Dah taip tapi tak post time bulan raya, so kita post juga la sebab sayang post ni 🙈

________________________________________________

Tahun keempat kami beraya tanpa ibu dan abah. Akward feeling di pagi raya sebab Ibu dan Abah takda, tapi tetaplah meneruskan sambutan raya selama sebulan.


Pakai baju raya pi photoshoot raya sebelum raya di Umangai Studio, Sendayan. Kali kedua kami ke sini. Dulu pi Jabbe Production kat KL sana, tapi tak larat dah la nak masuk KL bulan puasa, kita try service yang dekat je pula.

Sambutan raya kat office. Since food banyak, ajak suami yang baru ambil anak sekolah  naik beraya.

Ex-bos ajak raya. So moh kita! Pernah jadi bos sekejap ja dan rajin komen-komen kat IG story kita. Thanks Dr. Azni for the inviation!

Raya with officemate!


Antara menu jamuan raya office, ni paling win. Singgang daging dan adik-beradiknya. Yang bekas pink tu  I bawa. Sambal tempoyak goreng dengan ikan bilis dan petai.


Buat makan-makan raya kat rumah, sekali terus celebrate kakak dan Abang. Dah besar ni tak nak dah kek bertema. Kakak request pavlova sedap, abang nak devil's chocolate cake.


Raya with Secretaries.


Sama tak? Anak bff I. Diorang kata, macam muka I. Mungkin time pregnant dulu, BFF I asyik teringat I, so mengikut la sorang anak dia muka I.


Teknik Port Dickson #circa2000


Raya company.


Raya company jemput Fauziah Ahmad Daud, so moh la kita mengabadikan kenangan dengan pelakon lagenda negara.


with cinta hati kita lalalala haha.


with anak raja Pro Canselor.


with Mak Wan, geng bola tampar dulu-dulu dan now dah pencen dan menetap di Teluk Intan, Perak


Beraya di rumah jiran yang dah pindah rumah baru.


Balik kampung, Paklong belanja kekanak bunga api. Main lah sampai lebam.


My heroes 💓

Beraya ke Pedas, rumah abang arwah Ibu.


Tragedi raya ketiga rasanya ni. Tayar meletop di highway. Alhamdulillah sempat berhenti  ke tepi lepas kejadian.


Polis suruh duduk di bahagian ni. Kita ikut je lah. 

Si kakak siap cakap, malu la mami raya di tepi jalan.
Hai lah kak, siapa je lah perasan atau kenal kita sebab semua laju-laju kat highway tu ;)


Klasiknya raya


One with Mama untuk kenangan.

Raya kedua kami ke Kuala Lumpur. Ziarah Family Mama, adik arwah Ibu. 
Seronok masuk KL time raya. Trafik lancar je.


Balik kampung, jumpa kawan dari zaman tadika.

Gambar tunggang-terbalik ya. Ni dah ke gambar raya Hari Pertama.

Beraya dengan family Makcik, adik arwah Ibu. Tersama tema pula hijau semua. Memang takda janji pun.


Reezqy dan anak-anak cousin I.

with kakak saudara, kawan I membesar bersama-sama. Dulu apa benda semua cari Kak Yan. Now, masing-masing dah ada family, jarang dapat berjumpa. 

Tempat menumpang kasih, Makcik & Pakcik.


with Cousins sama-sama membesar di kampung.


with cousins lagi. Dalam ni I yang paling tua. Haha.


With adik-adik. Yang kedua raya di Terengganu.


Pagi raya wajib ziarah rumah ibu dan abah.


The Siblings 💚


My small family 💓


Selasa, 22 Oktober 2024

Makan-makan dengan Jiran

Salam semua,

Last week one of my jiran pindah. Bila dah tahu tarikh nak pindah tu, Atok ketua terus cakap ke Kak Ana, suruh Ain tulis sikit bagi tahu jiran-jiran kita buat makan-makan. Tulis tu means post kat whats app la. Haha. 

Atok dah cop nak sponsor ayam bakar tapi kami kena perap sendiri dan bakar. Dia nak suruh juga buat nasi goreng cina nanti dia sponsor beras dah bahan. 

I seronok tengok Atok. Orang pencen yang suka panggil kami makan-makan tapi dengan syarat kena masak sendiri dan kemas. Dia jenis suka ramai-ramai rasanya. Kegembiraan dia kat situ. 

Malam sebelum majis tu kami gotong royong sediakan bahan perap ayam dan perap ayam sehari awal. Perap lama sikit, makin sedap ayam tu nanti, kata jiran-jiran.

Sambil merewang perap ayam, Atok jamu nasi lemak dan teh ais. Siap pesan kat orang tolong beli ais sebab dia kata, nanti si Ain cari ais. Alahaiii, touching pula rasa bila orang ingat apa kita suka =,( 

Nasi lemak tempurung tu, memang sedap, jual kat Nilai ni waktu petang. Tak cukup makan sebungkus sebab sizenya kecil dan harganya RM1. Walaupun harga RM1, ada telur (dipotong 4), kacang dan ikan bilis goreng. Sedap!
Yang depan sekali tu jiran yang akan berpindah. Jiran kami ni memang bertukar ganti. Mana yang bonding rapat memang kami raikan.

Ayam bakar dan nasi goreng dari Atok. Yang lelain, potluck. Disebabkan buat malam hari bekerja, I sempat buat coleslaw dan potong buah je🙈

Petangnya sebelum Maghrib, yang lelaki bakar ayam. Lepas Maghrib yang perempuan datang menghidang. 


Food lain yang jiran bawa. 

Atok yang baju kelabu.

Kak nani, wife atok yang tudung biru. Dia cakap, dah lama tak pakai kain batik, jom malam ni kita pakai kain batik. Dan, semua pun menurut perintah.

Kemuncak acara malam tu, empat orang terpilih dapat angpau sebab menepati tema. I salah sorangnya. Dapatlah duit RM10.00 daripada Atok dan Isterinya.

Haha, riang betul dah tua-tuan dapat duit raya!