Salam,
Disclaimer: Dah taip tapi tak post time bulan raya, so kita post juga la sebab sayang post ni 🙈
________________________________________________
Tahun keempat kami beraya tanpa ibu dan abah. Akward feeling di pagi raya sebab Ibu dan Abah takda, tapi tetaplah meneruskan sambutan raya selama sebulan.
Pakai baju raya pi photoshoot raya sebelum raya di Umangai Studio, Sendayan. Kali kedua kami ke sini. Dulu pi Jabbe Production kat KL sana, tapi tak larat dah la nak masuk KL bulan puasa, kita try service yang dekat je pula.
Sambutan raya kat office. Since food banyak, ajak suami yang baru ambil anak sekolah naik beraya.
Ex-bos ajak raya. So moh kita! Pernah jadi bos sekejap ja dan rajin komen-komen kat IG story kita. Thanks Dr. Azni for the inviation!
Raya with officemate!
Antara menu jamuan raya office, ni paling win. Singgang daging dan adik-beradiknya. Yang bekas pink tu I bawa. Sambal tempoyak goreng dengan ikan bilis dan petai.
Buat makan-makan raya kat rumah, sekali terus celebrate kakak dan Abang. Dah besar ni tak nak dah kek bertema. Kakak request pavlova sedap, abang nak devil's chocolate cake.
Sama tak? Anak bff I. Diorang kata, macam muka I. Mungkin time pregnant dulu, BFF I asyik teringat I, so mengikut la sorang anak dia muka I.
Raya company jemput Fauziah Ahmad Daud, so moh la kita mengabadikan kenangan dengan pelakon lagenda negara.
Beraya ke Pedas, rumah abang arwah Ibu.
Tragedi raya ketiga rasanya ni. Tayar meletop di highway. Alhamdulillah sempat berhenti ke tepi lepas kejadian.
Polis suruh duduk di bahagian ni. Kita ikut je lah.
Si kakak siap cakap, malu la mami raya di tepi jalan.
Hai lah kak, siapa je lah perasan atau kenal kita sebab semua laju-laju kat highway tu ;)
Raya kedua kami ke Kuala Lumpur. Ziarah Family Mama, adik arwah Ibu.
Seronok masuk KL time raya. Trafik lancar je.
Balik kampung, jumpa kawan dari zaman tadika.
Gambar tunggang-terbalik ya. Ni dah ke gambar raya Hari Pertama.
Beraya dengan family Makcik, adik arwah Ibu. Tersama tema pula hijau semua. Memang takda janji pun.
with kakak saudara, kawan I membesar bersama-sama. Dulu apa benda semua cari Kak Yan. Now, masing-masing dah ada family, jarang dapat berjumpa.
Tempat menumpang kasih, Makcik & Pakcik.
Cantik- cantik semua..seronok beraya sedondon mcm ni...tahun ni Kak SA memang x beraya sangat, setakat raya pertama dan kedua je...lepas tu takde dah pergi beraya
BalasPadamMeriahnyer sambut raya
BalasPadam