Isnin, 7 Oktober 2024

Makcik Marhaban dan masak-masak

Salam Monday blues ke tak tu?
Haha.

Dah nak masuk 5 tahun rasanya I berpindah ke kejiranan baru ni. Kawasan perumahan teres setingkat di Nilai. Waktu beli rumah ni, kriteria utama yang I pilih ialah nak rumah landed dan dekat dengan sekolah anak dan tempat kerja. Biarlah kecil pun, tapi kalau full fill kriteria yang I nak, proceed je lah.

Penat dan tak larat duduk rumah sebelum ni, kena keluar gelap, sampai rumah pun dah gelap. Dengan chaos dalam keretanya, jammed lagi. Tu belum campur kalau anak berantakan dalam kereta, tuhan je tahu macam mana muka tangkup bertaut mengadap keadaan itu.

Alhamdulillah, I dapat kejiranan yang semuanya baik, dan yang bestnya diorang ni, ada je aktiviti yang nak dibuat. Rasa macam duduk kat kampung pun ya sebab diorang suka buat makan-makan sambil rewang. Ni haritu, makcik kat sini buat kenduri doa selamat untuk bestfriendnya yang nak pergi menunaikan haji. So, dia panggil kami ni untuk bantu dia deco porch keretanya. 

Dapat lak jiran yang serba boleh, kita tolong je la mana yang patut.


Hari kejadian. Heret dua anak dara tu sekali. Bagi feel dan tengok macam mana orang marhaban. Esok dah besar, ada la kenangan.


The Marhaban team vs the jiranss


Yang dua di depan tu orang kuat kalau masak-masak. Yang lagi dua di belakang pembantu potong-potong dan basuh pinggan haha.

Tak reti nak agak kalau masak periuk besar-besar. 


Bawa kakak, asyik kena tolong Acik-acik ambil gambar je la. 


Acik Marhaban dengan tuan rumah.

Ada sekali tu lepa majlis marhaban ni, Atok lorong I tu buat makan-makan juga sempena hari lahir isteri dia dan cucu-cucunya. Pun nak masak-masak juga. So, moh la kita bantu apa yang patut.

Makan time. Makanan tuan rumah campur potluck yang jiran-jiran bawa.


Riang semua dapat makan.


Seperti biasa, sebelum makan, kena la masak-masak di waktu malam dan paginya. Ambil tugas mesin kelapa. Dah lama tak buat ni.




Malamnya rewang sambil membawang.







 

3 ulasan:

  1. ada kejiranan yg baik mmg best...nk plak kalo ada majlis nk masak2 kn

    BalasPadam
  2. kalau merewang, kalau tak membawang..tak merewanglah namanya hehehe

    BalasPadam
  3. Kalau dapat kejiranan yang best..memang seronok..nak tinggalkan rumah balik kampung pun tak risau sebab ada yang tolong tengok kan...area rumah akak je x best..jiran semua orang2 muda..so diorang x bergaul..memang x best

    BalasPadam