Jumaat, 25 Oktober 2024

Bukit Melati, Nilai, Negeri Sembilan

Salam semua,

Berapa minggu kebelakangan ni, during weekend, belah petang mesti hujan. Plan ajak husband naik Bukit Melati (BM) waktu petang time weekend tapi selalunya mesti hujan.

Minggu lepas, kita berharap lagi nak naik, sebab dah lama sangat tak pi BM. Tengok keadaan cuaca macam ada harapan je nak pergi.

Alhamdulillah, cuaca cantik ahad lepas so, moh la kita anak beranak pi hiking, menunaikan permintaan ommak.

Bukit Melakti ni trek dia ok je for beginner. Takda pacak sangat bukitnya. Santai-santai anak beranak sambil cuci mata melihat kehijauan tumbuhan.

Kat sini, pagi meriah dengan orang ramai dan gerai-gerai makanan sebab tu kita suka pi petang. Tenang dan tak sesak.


Si adik yang membesar di Bukit Melati. Memang dari kecil dia dah biasa pi sini.


Ada laluan mudah, dan ada laluan susah. Yang laluan ni, kalau turun, syok je la tapi kalau naik dari sini, hazabedahhh juga bagi yang tak biasa.


Salah satu puncak bukit yang ada di sini.


Banyak bukit lain juga ada kat BM ni. Boleh pilih nak lalu ikut mana.


The Imans!


Lama tak datang, hikers kat sini siap buat wall climbing dah.


Kenangan naik BM untuk tahun 2024 =)


Kakak suruh posing LOVE sebab dia nak snap.  Ada anak-anak estetik sikit la gambo kita ;)






 

1 ulasan: