Jumaat, 11 Oktober 2024

Run Reezqy Run ~ MSSNS 2024

Salam semua,

Anak-anak kita semua ni cepat je membesar kan? Dengan chaos menguruskan rumah tangga, berantakan sini sana mengharungi rutin hidup haha, yada yada eh, tersedar, baby yang ditatang dulu, dah sebelas tahun!

Kenangan Reezqy ketika umur 4 tahun dengan kawan-kawan. Comel je semua.

Hari Rabu lepas dan minggu ni Reezqy ada Kejohanan Olahraga peringkat Negeri Sembilan. Day 1, Daddynya sempat ambil cuti dan pergi support di Kuala Pilah. 



Di Kuala Pilah, Reezqy masuk acara lompat jauh untuk kategori Lelaki 11tahun (L11). First time wakil Seremban 1 untuk acara ni. Terima kasih juga pada cikgu dapat cungkil bakat dia melalui acara ni. Kami pun tak tahu dia boleh lompat jauh-jauh. Haha. Alhamdulillah, dapat pingat perak untuk acara ni.

Hari kedua kejohanan, quartet 4x100m beraksi. Acara fav I ni, tapi kami berdua tak boleh pergi support. I ada audit. Daddynya minggu student daftar masuk, memang sibuk la. Mampu doa je la dari kejauhan supaya dapat menang pingat emas. 

Acaranya pukul 3.45 petang. Cikgu suruh datang sekolah pagi, duduk kat Pusat Sumber sementara tunggu nak gerak pukul 11 ke Stadium Paroi.

Lepas I solat, dia datang mengadap I dengan muka monyok. Bagi tahu tak nak duduk di Pusat Sumber. Boleh tak dia ikut pergi office nanti pukul 10.30 hantar dia ke sekolah.

Risau pula mood dia tak ok, kang nak berlari tak laju, I ya kan ajelah. Haha.
Ambik la kau, dengan opening auditnya, bos suruh panggil orang itu ini, anak pun asyik jom la mami jom la mami dah 10.30 ni, dengan tiba-tiba JPJ pun tiba-tiba ramai di tepi jalan nak ke sekolah. 

Ya Allah, macam-macam hal!

Almost pukul 11 jugalah sampai ke sekolah. I hantar, snap gambo kejap lepas tu bergegas balik semula ke office sambil doa, moga abang dan kawan-kawan menang pingat emas. Mampu doa je walaupun dalam hati kalau ikutkan mengedik-gedik nak pergi. 


Daddynya bekalkan macam-macam untuk si Reezqy, tapi tu lah. Darjah 5 kan, siap ada yang hilang. Dah campur beramai-ramai satu Negeri Sembilan tu, dia pun tak tahu siapa yang ambil.


Hari kedua, Reezqy dah bawa siap-siap inner utk cover ketiak dia. Haha. 
Day 1 haritu, balik je dia cakap, nampak ketiak abang takda inner =p

Alhamdulillah, untuk acara kedua, quartet 4x100m Seremban 1 dapat pingat emas πŸ‘


Hari Ketiga.
Turn acara favourite Reezqy, 100m L11.

Last year dia dapat pingat gangsa sebab dia ingat dah sampai finishing line so dia slow, dan perlari lain potong dia. Daddy dia punya hanginnn tahun lepas sampai I keluar ayat, cuba you lari, nak tengok menang ke tak! 

Geram kita, haha. Penat tau anak kita berlari. Dia nak hangin lak tak menang emas.

Pagi tu saringan, dia layak ke sesi akhir pada petangnya. 
Seperti yang I plan dengan husband, kalau dia pergi final, kita ambil cuti separuh hari surprise kan dia.


Besar betul ya Stadium Paroi ni. Almaklumlah first time masuk stadium. Banyak betul pintunya.
Siap semua sesat barat mencari toilet.


Alhamdulillah, untuk acara 100m, Reezqy berjaya dapat pingat emas tapiiiiiiiiiiiiiiiii.
Haha!
Maminyaaaa kan.
Kan kan kan kan =p
Terlupa tekan button record time dia lari.
Ya Allah, sesal tak sudah rasanya tak dapat rakam best moment dia lari tapi nak buat cemane, benda dah jadi. Tadah ajelah husband asyiklah dok perli-perli.

Tahniah Abang. Mami dan Dedi tumpang bangga  dengan semua kemenangan yang abang capai. Moga abang terus success selalu dalam apa jua bidang yang abang ceburi.

Kenangan terindah dan paling manis buat Reezqy apabila memenangi 3 pingat dalam kejohanan MSSNS kali ini:
πŸ₯ˆLompat Jauh (L11)
πŸ₯‡4x100M (L11)
πŸ₯‡100M (L11)

Kami tunggu hingga majlis penutup.
Tahniah juga untuk team MSSD Seremban 1 sebab dinobatkan sebagai juara keseluruhan di Kejohanan Olahraga Negeri Sembilan.

Alhamdulillahi 'ala kulli haal πŸ’“

Tiada ulasan:

Catat Ulasan