Isnin, 14 Oktober 2024

Post gambar pasangan tanda tak bahagia?

Salam semua,

Selamat mengharungi minggu ketiga bulan Oktober.
Selamat bekerja.
Semoga kita bekerja dengan ikhlas dan ibadah kerja kita diterima Allah s.w.t.
Amin!

Kisahnya, last friday, while nak masak petang, I macam tersuka satu templat dalam Capcut terus rasa nak upload video. 
Nak masak mee goreng je petang tu,  elok dah dekat nak makan nanti goreng, baru sedap makan panas-panas kan. Sementara tu, meh la kita explore capcut. Dah jadi videonya, terus la post kat TT dan auto share kat Whats App Story.

https://bit.ly/3Y2lzmx

Alah, video lama je tu I add dalam templat capcut. 

I memang suka shoot video kami berjalan, bergambar bersama dan bergambar sekeluarga. Ada yang upload kat media sosial, ada yang upload di blog, ada yang peram je untuk tengok-tengok balik di waktu senggang. Begitulah. Kita pun bukan artis yang 24 jam nak update foto sokmo di medsos. Haha.



Sekali terima Whats app ni.
My reaction time tu, laaa, dah kenapa. Tapi cakap dalam hati je lah.

Yang i respon pada kawan I tu gini:

Prof. Muhaya kata, how we react on others, adalah menunjukkan hati kita. Hati ok, post orang nampak ok la. Hati tak ok, post orang ada je yang tak kena.

Dan, I pun berlalu sambung goreng mee for dinner.
Haha.

Fikir secara positif, mungkin dia nak nasihatkan I, jangan tunjuk sangat bahagia. Ok, baiklah. Tapi dia tak baca ayat yang dalam video tu. Ada nasihat yang I nak kongsikan untuk renungan dan reminder kita brsama. 

Tapi kan, I memang jenis suka post gambar dengan suami. 
Gambar dengan suami sendiri kot, bukan suami orang pun.
I kena post supaya orang tahu I ada suami. Ala, bukan pos hari-hari, sesekali je =p

Ok lah. 
Tata for now & happy working semua =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan