Masih lagi cerita dan gambar-gambar Sabah. Banyak sangat gambar, kena la letak sini. Nanti nak tengok balik pun senang.
Team kami ni cukup-cukup ahli je, memang gamble je la join. Reserve pun dua orang je. Nampak underdog betul sebab player ada 8 orang. Coach pun takdaa! Team lain siap bercoach, ada team medic dan pengurus!
Kena keluar duit sendiri kan, ramai yang tak mampu nak join. So, kami doa banyak-banyak, game ok, kurang injuries dan yang pasti nak menang, at least dapat gangsa pun jadi la supaya berbaloi kami ke Sabah.
Kena keluar duit sendiri kan, ramai yang tak mampu nak join. So, kami doa banyak-banyak, game ok, kurang injuries dan yang pasti nak menang, at least dapat gangsa pun jadi la supaya berbaloi kami ke Sabah.
Pihak Pengurusan turun bagi sokongan.
Di Sabah kami plan masak sendiri je sebab nak jimat. Yelar, dah la keluar duit sendiri, elaun pun takda, so, moh la kita ke pasar beli barang masak. Pasar Sabah memang terletak kat tepi laut. Cerah biji mata tengok hasi laut yang fresh!
Ya Allah, harga seafood kat sini pun, murah betul compare dengan harga di Semenanjung.
Tengok lah semua hasil laut tu! Dah la camera friendly haha, tak edit ya tu, fresh pulaaaaaa. Gerammm!
Ikan termenung fresh, size besar, harga sekilo hanya RM7. Sedap betul goreng garing makan panas-panas dengan kari kepala ikan by Captain. So sedapppppp sebab ikan fresh.
Get ready untuk majlis perasmian. Sesiap jamak then bergerak menuju ke tempat majlis.
Team bola tampar wanita =)
Antara menu kami sepanjang di Sabah. Simple food tapi kenyang, Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab Captain kami pandai masak. Benda simple pun, dapat kat tangan dia, jadi sedap semuanya. Ada ahli lain yang sesiap bawa sambal siap masak dari semenanjung. Dapat la buat tambah-tambah lauk.
Team bola tampar lelaki dan wanita. Kami takda Coach. Training pun dengan team lelaki je la. Mendapat la angkat spike berapi diorang sampai tangan lebam semua. Training dengan diorang juga buat kami kena bergerak laju. Memang membantu la kami lawan team lain.
Pasar Filipina KK. Supaya senang nak jaga, ke mana-mana pun captain suruh pakai tshirt rasmi company. Nasibbbb la labuuu!
Wajib beli, buah tangan amplang ni. Dah hebat sekarang sebab ada macam-macam flavor! I beli yang original dan flavor sotong je sebab itu je yang rasa sedap kat tekak ni.
Pasar Filipina KK. Supaya senang nak jaga, ke mana-mana pun captain suruh pakai tshirt rasmi company. Nasibbbb la labuuu!
Bilis for life! Hasil borong semuaa di Pasar Filipina.
Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang acara bola tampar. Team lelaki dan wanita dua-dua berjaya merangkul pingat gangsa. Alhamdulillah.
Selesai lawan UMS Sabah, juara bertahan 12 tahun berturut-turut. Confirmlah kami TAK MENANG lawan diorang. =p
Congrats, we did it ladies! Menang juga pingat walaupun gangsa ja.
Lengkap dah KPI perkhidmatan. Ada menyumbang pingat sepanjang berkhidmat.
Boleh la jawab soalan orang dah, bila nak stop bersukan?
Ok, dah menang pingat gangsa, saya boleh stop bersukan dah.
Alhamdulillah, kenangan terindah dan manis pi Sabah.
Congrats team!
Terima kasih juga sudi menyumbang tenaga dan wang demi menjayakan misi ke Sabah.
Alhamdulillah menang jugak walau gangsa..pengalaman dan kenangan tu yang penting kan...tahun depan cuba lagi..
BalasPadamTahniah... and Tahniah USIM juga....
BalasPadam