Rabu, 18 September 2024

Good bye JC!

Salam semua,

Alhamdulillah, hampir tiga minggu telah bertugas di jabatan baharu. Masih dalam fasa adjustment, Insha Allah dalam dua tiga bulan nanti ok la kot.

Penempatan jabatan atau orang panggil reshuffle, adalah benda biasa bila bekerja. Kau suka ke tak suka, tetap la kena terima. Rakyat marhain kan, bukan ada cable besar, saya yang menurut perintah je la.

Dan bila kau ada kuasa, kau boleh buat apa kau suka, request itu ini, selagi boleh. Yang tak berkuasa, dia lah yang menanggungnya.

HR maklum, tempat-tempat sensitif ni kena tukar 5 tahun sekali, untuk elak korupsi, salah guna kuasa dan sebagainya. Kata HR la, betul ke tak, HR ajalah yang tahu.
 
Bye lif kayangan. Bye pejabat kayangan. Lepas je dengar taklimat reshuffle, kita pun teruslah kemas barang. Nasib la barang tak banyak mana sebab baru 4 tahun kat sini. Heret Che Suami tolong angkat dan tolong teman.

Tempat makan dengan tenang setiap pagi selepas chaos dengan rutin rumahtangga. |I jenis sampai awal. Kalau tak breakfast dengan suami, I akan tapau, buat kopi dan makan sensorang kat sini. Tenang je rasa, bila kau breakfast awal, then fokus kat kerja je lepas tu.

Beberapa hari sebelum tamat kat tempat lama, rakan sarapan I, Kak Ina, Pembantu Kebersihan kat situ tanya nak makan apa. Dia selalu bawa bekal bagi I rasa lauk dia. So, dia masakkan apa yang I nak makan. Air tangan kak |Ina ni macam emak-emak masak. Berasa. Sedap. Rindu lauk-lauk kak Ina.

Office 4 tahun with 2 bosses. 4 tahun yang macam-macam. Bertahan je dengan 'ribut' kat situ. Ingatkan dapat kekal lama kat sini sebab bertahan dengan ribut kannn, apakan daya, Allah kata, cukuplah 4 tahun saja di sini. Sila ucapkan selamat tinggal haha.

Dulu kat JC juga, tapi bahagian lain untuk 2 tahun setengah. Now, kembali semula hanya untuk 4 tahun.

Sesi menyerahkan apa yang patut sebelum keluar dengan rasminya.




Terima kasih juga kepada semua rakan strategikku.


I hate farewell! Haha. Penat tahan tangis, sekali Ketua Jabatan (baju oren) lak yang start crying. Terus lah banjir sesama. Kami bertiga yang dirai, bertukar jabatan. 

Tq sister, selalu ada during my ups and downs. Ada je cara dia nak buat kita happy walaupun tengah sedih nak bertukar.

Last day at JC, tak sangka pula dapat hadiah dari mereka ni.  Dua-duanya baru join JC. 
Thank you, sisters!

Sedih nak tinggalkan kawan-kawan sebenarnya bila reshuffle ni. I bertahan kat sini sebab teamwork je. Yang tahu je la tahu apa yang diharungi sebelum ni. Haha. Ikut hati memang nak minta tukar time tu, tapi sapa je yang nak handle ribut kat situ. Disebabkan teamwork kat sini hebat, kadang sampai lupa ribut  yang ada.


Goodbye Ain yang dulu!  Now, kita berdamai dengan takdir jelah walaupun dalam hati ini, hanya tuhan je yang tahu apa yang terpendam, terbuku. 

Terima kasih JC. Terima kasih untuk segalanya.
Alhamdulillah, bekerja dengan orang-orang hebat, kau pun akan dapat tempias hebatnya =)
Meh la kita abadikan segala kenangan bekerja bersama-sama di sini.





Gila depa ni, pi warna muka. Haha.

Gonna miss this coporate look, gelombang biru ;)





Every ending is a new beginning, Sayonara JC,
Ada rezeki boleh bekerja bersama lagi =)


1 ulasan:

  1. Begitulah perjalanan selagi kita bergelar pekerja kan..
    tapi insyaÁllah pasti ada hikmahnya yang baik2 kan..
    Mula-mula memang kita rasa sedihhh..lama-lama nanti kesedihan itu akan diubati InsyaÁllah...

    BalasPadam